Tahniah kepada Salma, juara Mentor musim kelima kerana terpilih menyertai program 3 Juara terbitan TV3.
Sumber foto: Berita Harian
Salma yang juga merupakan bekas protege Erra Fazira bakal berentap dalam kategori Balada di bawah bimbingan komposer tanah air, Ajai.
Menurut Penerbit Eksekutif 3 Juara, Muhamad Sufian Che Isa, program itu mengamalkan konsep terbuka dari segi pemilihan peserta.
"Sejak awal-awal lagi kami tidak pernah menetapkan sebarang syarat membabitkan pemilihan peserta. Lagipun 3 Juara bukan tempat untuk belajar. Jika ada penyanyi profesional yang menyertainya, ia lebih digalakkan," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui pada majlis sidang media program itu.
24 peserta program realiti terbabit turut diperkanalkan pada majlis itu dan mereka bakal menemui penonton pada 16 Oktober ini.
Dalam pada itu, penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa dipilih sebagai juri tetap kategori Balada. Manakala Awie dan Noraniza Idris bertindak sebagai juri kategori Rock dan Irama Tradisional.
Produser terkenal tanah air, Pak Ngah akan mewakili Irama Malaysia, manakala Edrie Hashim serta Ajai masing-masing mewakili kategori Rock dan Balada.
Maka, Ahad ini bermulalah konsert mingguan pertama 3 Juara yang akan disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jam 9 malam di TV3. - CARI
Sumber foto: Berita Harian |