CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4436|Reply: 14

11 Perkara buatkan lelaki nampak macho dimata gadis. Try la bro

[Copy link]
Post time 12-10-2016 11:42 AM | Show all posts |Read mode



Kami yakin setiap wanita mempunyai definisi ‘macho’ mereka yang tersendiri apabila melihat lelaki. Apa yang macho di mata Aminah tak semertinya macho di mata Rogayah, begitu jugalah sebaliknya.

Jadi hari ini kami berbesar hati untuk share 11 kelakuan spontan lelaki yang nampak macho di mata wanita. 11 kelakuan spontan ini hasil survey kami terhadap 50 wanita yang suka memerhati lelaki, seram bukan?

1. Layan karenah kanak-kanak dengan sabar
Setiap wanita pastinya mengimpikan bakal suami yang mampu menjaga dan melayan karenah anak-anaknya dengan baik suatu hari nanti.

2. Layan ibunya ibarat permaisuri
Kalau ibunya dilayan dengan begitu baik sekali bak seorang permaisuri, tak mustahil layanan yang sama bakal diterima oleh wanita tersebut.

3. Imamkan solat
“Sejuk je hati bila tengok si dia imamkan solat, rasa nak kahwin sekarang je”. Nampak macho bukan?

4. Lipat lengan baju sambil tersenyum
Ada segelintir wanita yang turn on bila melihat lelaki melipat lengan baju sambil tersenyum kepadanya. Betul tak? Malah kelakuan lain seperti membetulkan tali leher, mengikat tali kasut pun boleh jadi macho.

5. Kongsi payung ketika hujan
Scene seperti ini mungkin banyak di dalam drama Korea tetapi hasil survey kami ternyata lelaki yang macho ialah ialah lelaki yang share dan payungkan wanita ketika hujan.

6. Bila lelaki masak
Sebenarnya tak ramai lelaki yang berkebolehan untuk memasak, tapi beruntunglah jika boyfriend atau suami korang pandai masak dengan begitu sedap sekali.

7. Menolak pelawaan rokok oleh kawan-kawan
Sesetengah wanita mungkin beranggapan lelaki yang merokok nampak macho tapi percayalah yang lagi macho bila lelaki tersebut pelawaan rokok oleh rakan-rakan lain.

8. Hulur wang kepada peminta sedekah
Pernah tak masa korang makan lepas tu ada kanak-kanak atau OKU buta yang minta sedekah? Si lelaki dengan baik hati menghulurkan sedikit sumbangan buat peminta sedekah tersebut. Macho plus pemurah!

9. Tak bagi perempuan drive kereta
Tak bagi wanita drive kereta ketika keluar bersama atas alasan keselamatan, bimbang kalau apa-apa terjadi.

10. Sanggup bagi kekasih hati habiskan makanan walaupun dia lapar
Disebabkan sayang, berlapar pun tak apa asalkan orang yang tersayang kenyang. Esok lusa boleh makan lagi, sungguh macho.

11. Bila lelaki minta izin ibu bapa wanita untuk ajak keluar
Jarang ada lelaki yang berani untuk berjumpa dengan ibu bapa kekasih hatinya terlebih dahulu bagi memohon kebenaran untuk keluar bersama.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang no 4 tu, aku suka tengok lelaki yg ikat tali kasut
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 12:19 PM | Show all posts
lebih pada 11 perkara tu aku buat..
baruku tahu...betapa bertuahnya bini ku....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 03:38 PM | Show all posts
ye...semua 11 perkara tu betol...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 11:45 PM | Show all posts
layan kerenah kanak2, imamkan solat, layan ibu ibarat permaisuri, dll..

niat untuk nmpk macho dimata gadis??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2016 11:42 AM | Show all posts
no.5 - kwn perempuan aku semua katik2. pyh nak berpayung berdua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2016 09:25 PM | Show all posts
wowww..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2016 08:32 PM | Show all posts
I suka no 10.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2016 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka laki dlm gmbr tu

Ahhh ahhh berdetak jantungku pncuri hati

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg no 4 tu looks hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 11:56 PM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 13-10-2016 11:45 PM
layan kerenah kanak2, imamkan solat, layan ibu ibarat permaisuri, dll..

niat untuk nmpk macho dim ...

Yang buat2 pun ada, poyo, hipokrit, realiti xmacam tu pun, contoh terdekat org yg aku pernah kenal.....

yang lawaknya pakai kemeja, setiap kali nak keluar kereta touch up rambut, pakai kasut, pastu pakai sunglass, padahal awek xpandang pun
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2016 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah bole cube nanti tips ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2016 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
turboturtle replied at 25-10-2016 11:56 PM
Yang buat2 pun ada, poyo, hipokrit, realiti xmacam tu pun, contoh terdekat org yg aku pernah kenal ...

hakak tumpang gelak.. kesiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2016 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
senarai lah 1000 list sekali pon, kalau pernah nk mintak pinjam duit dgn ppn, mmg x da machonya, tak payah nk berlagak, tunjuk baguss.

kecuali ppn yg ko pinjam duit tu sedara ko ke, family ko ke, tu baru betul.ni dgn orng luar jgk yg dok hadap..
aku tak boleh hadam btol dgn spesis mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 09:01 AM | Show all posts
ni semua pengaruh drama tv3 jam 7 petang ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.299088 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list