Baru-baru ini Harian Metro melaporkan pelakon, Izreen Azminda, membuat kenyataan mengenai sikap Amyra Rosli yang dikatakan cuba mengelak daripadanya setiap kali mereka bertembung.
Sumber foto: IG Izreen Azminda
Amyra pula bagaimanapun menafikan dia bermasalah dengan pelakon itu. Tak ada modal yang nak dibualkan, kata Amyra.
"Saya pernah terjumpa dan terserempak dengannya di mana-mana acara, malah kami pernah menjalani penggambaran di kawasan sama.
"Saya tak pernah nak mengelak pun, cuma tak ada apa yang saya nak bualkan. Disebabkan itu orang beranggapan saya bermasalah dengannya," katanya kepada Harian Metro.
Sumber foto: IG Amyra Rosli
Gadis yang membintangi drama Cik Bunga dan Encik Sombong mengatakan dia bukan jenis yang suka cetuskan perbalahan dan 'cari pasal' dengan orang lain.
"Saya pun tak tahu apa yang dia perkatakan atau orang lain cakap. Jadi saya tak nak bercakap banyak mengenai perkara ini, tetapi kalau itu yang dia cakap, terpulang kerana saya memang tak pernah ada masalah peribadi dengannya," katanya.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Sekalipun kedua-dua mereka mempunyai masalah peribadi, Izreen seharusnya bersikap lebih matang dengan menyembunyikan drama mereka daripada menjadi tontonan umum. - CARI
Sumber foto: IG Amyra Rosli |