Sumber foto: Harian Bernas
Selepas seharian penat melakukan sesuatu pekerjaan baik di rumah, mahupun di pejabat, nikmatnya apabila dapat tidur malam yang cukup dan melenakan. Namun kadangkala ada juga hari di mana anda akan mengalami perkara-perkara ganjil ketika sedang tidur yang membuatkan anda keliru dan sering memikirkannya serta mungkin sedikit ketakutan.
Berikut adalah antara perkara ganjil yang sering berlaku ketika anda sedang tidur.
1. Rasa Seperti Jatuh Dari Tempat Tinggi
Perkara ini terjadi apabila tubuh anda belum bersedia ke tahap lena namun sebaliknya bagi minda anda. Ia sering berlaku ketika anda mula melelapkan mata dan bermimpi terutamanya jika anda terlalu ngantuk ataupun kekurangan tidur.
Sumber foto: Carian Google
2. Rasa Seperti Dihempap Sesuatu
Pernah tak anda terjaga dari tidur dengan tiba-tiba dan mendapati anda tidak boleh menggerakkan badan atau bercakap untuk suatu ketika? Ini kerana minda anda terjaga sebelum tubuh anda bersedia untuk bangun dari mod lena.
Sumber foto: http://www.huffingtonpost.com
3. 'Sleepwalking' Atau Berjalan Semasa Tidur
Tabiat tidur ini boleh mendatangkan bahaya kerana tubuh anda bergerak terlebih dahulu sebelum minda anda. Jika masalah ini berlaku disebabkan ubatan yang diambil, anda perlu cari inisiatif lain sebelum ianya lebih memudharatkan.
Sumber foto: http://www.latimes.com
4. Mengigau
Ia selalunya terjadi pada jam pertama tidur anda iaitu ketika tubuh anda sedang memasuki tahap lena yang paling dalam. Hampir lima peratus daripada kita mempunyai masalah bercakap ketika sedang tidur dan kebanyakan berlaku hanya sehingga 30 saat sahaja.
Sumber foto: http://www.sickchirpse.com
5. Mimpi Sama Berulang Kali
Minda memproses dan menganalisa sesuatu melalui mimpi sebelum ia boleh disimpan dalam kotak memori.
Sumber foto: Carian Google
Bagi mereka yang cacat penglihatan sejak lahir, mereka bermimpi melalui deria lain. Manakala, mereka yang buta selepas lahir bermimpi secara bergambar. Dan apabila anda melihat kucing kesayangan anda bergerak-gerak semasa tidur, yakinlah dia sedang mengejar tikus di dalam mimpinya. -CARI |