Sumber Foto: auntieannes.com
Para penggemar Auntie Anne's memang kebanyakannya sanggup beratur panjang untuk membeli pretzel lazat yang mempunyai pelbagai jenis berbeza dalam menunya.
Biasa dilihat di pusat-pusat membeli belah, Auntie Anne's mempunyai banyak cawangan di seluruh negara dan tidak kira kaum, kecil, besar, tua, dan muda semua menggemarinya namun apa yang hendak difokuskan di sini adalah tentang status halalnya.
Semalam gempar apabila seorang pengguna laman sosial Facebook telah memuat naik beberapa gambar 'screenshot' tentang pertanyaannya berkenan status halal Auntie Anne's kepada Bahagian Halal JAKIM.
Sumber Foto: FB Azizah Mohamed
Terkejut dengan jawapan yang diberikan kerana premis Auntie Anne's sebenarnya tidak memegang sebarang sijil halal dari JAKIM kerana permohonannya ditolak disebabkan beberapa isu.
Menurut Azizah pada mulanya dia berfikir perkara ini tidak perlu dihebahkan dan hanya keluarganya sahaja yang mengelakkan dari membeli, namun dia sedar ia merupakan satu tanggungjawab untuk memberitahu orang lain.
"Melihat saudara seagama saya beratur panjang di hadapan premis ni, rasa bertanggungjawab pula untuk berkongsi. Tak dapat tolong semua jangan sampai tak tolong sesiapa kan. Moga apabila disoal di akhirat kelak, saya boleh menjawab, ini usaha setakat kemampuan saya kerana mencari yang halal itu fardu dan meninggalkan yang syubhah itu lebih baik."
Rata-rata netizen telah memberikan pelbagai reaksi berkenaan isu ini dan masing-masing dilihat meluahkan perasaan terkilan.
Namun, isu ini terus-terusan menjadi hangat apabila perkara ini telah mendapat perhatian oleh seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama Farhatul Kamilah, seorang QA Executive merangkap Halal Executive di Auntie Anne's Malaysia dan seorang ‘certified’ Halal Executive dibawah badan Halal Development Corporation (HDC).
Berikut adalah status yang dimuat naik olehnya di Facebook:
Sumber Foto: Farhatul Kamilah
Akhir kata darinya, dia menyeru kepada semua terutama orang beragama Islam yang was-was untuk makan produk ini supaya menunggu sehingga pihaknya mendapat status halal kerana perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk kita memakannya.-CARI |