|
sumber foto: internet
Terbaru Kumpulan Militan IS menjadikan aplikasi Telegram sebagai medium terbaharunya untuk merekrut rakyat Malaysia.
Menurut laporan The Star, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati Kumpulan IS kebelakangan ini melalui perisian yang untuk tujuan sembang iaitu Telegram Messenger untuk menyebar ideologi IS.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas PDRM Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ,Telegram adalah antara 14 aplikasi media sosial yang digunakan IS untuk berhubung dengan orang ramai, sebelum ini kebanyakkan menggunakan Facebook, WhatsApp, WeChat dan sebagainya.
“Namun, sejak pertengahan tahun lepas, kita mengesan mereka beralih kepada aplikasi Telegram bagi mengelak perbualan dikesan.”
Sejak pertengahan tahun lepas, IS mendapati penggunaan Telegram adalah sukar untuk dikesan, jadi mereka mula mereka beralih kepada aplikasi Telegram untuk merekrut rakyat Malaysia.
Tambah Datuk Ayob Khan Mydin, berdasarkan rekod rekod pergerakan ke Syria yang dikesan pada Ogos dan September lepas, Kumpulan IS masih aktif mencari ruang merekrut rakyat Malaysia menyertai IS. Ini kerana anggota IS tidak mudah untuk memasuki Syria, maka mereka perlukan orang baru untuk diseludup ke Syria.- CARI
|
|