View: 3000|Reply: 7
|
Smoothie Tak Menjadi? Mungkin Anda Melakukan 4 Kesalahan Ini
[Copy link]
|
|
Macam mudah saja kan membuat smoothie ini? Cuma perlu masukkan buah-buahan kegemaran ke dalam pengisar, sedikit ais and susu badam dan segalanya siap untuk diminum.
Namun begitu, smoothie yang anda buat tidak menjadi. Mengapa ya? Sebenarnya, dengan sedikit kesilapan sahaja, ia boleh merosakkan kelebihan kesihatan yang terkandung di dalamnya dan rasa smoothie anda itu.
Berikut adalah 4 kesalahan yang anda lakukan ketika membuat smoothie.
Sumber foto: RECIPESHUBS
1. Kisaran tidak hancur sepenuhnya
Beberapa saat sahaja tidak mencukupi. Ambil masa anda untuk mengisar bahan-bahan agar ia benar-benar larut dan tidak berketul-ketul. Disarankan untuk mengisarnya sehingga 2 atau 3 minit.
2. Tidak menambah pemekat
Anda perlu masukkan bahan yang membantu memekatkannya dan menjadikan ia lebih berkrim. Buah-buahan yang mengandungi isi yang tebal seperti pic dan pisang boleh dijadikan pemekat ramuan smoothie anda dengan berkesan dan menjadikan ia lebih berkrim.
3. Menambah gula dalam bahan
Anda tidak perlu tambah gula. Namun, jika adunan anda tetap menjadi manis, tambahkan jus limau untuk mengimbangi rasanya.
4. Terlalu banyak bahan
Pilihlah hanya 3 atau 4 ramuan utama untuk smoothie anda, jika tidak rasanya akan semakin pelik terutamanya jika anda memasukkan sayuran ke dalamnya.
Bagaimana? Mungkin selepas ini anda boleh cuba elak kesalahan yang dinyatakan di atas dan menambah baik smoothie anda. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Saya mmg amalkan smoothies
Bagus ni |
|
|
|
|
|
|
|
Suka smoothie tapi malas nak blend. |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnyaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
tambahan skit:
utk pemekat, selain buah cam pisang dan avacado, boleh gak guna yogurt.
kalau nak manis, jgn tambah gula, tapi boleh letak madu.
aku selalu bt smoothie utk bfast anak aku, cpt skit. aku suka letak oat yg dah dikembangkan, blend dgn pisang dan susu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak iols suka banana dgn chocs bar tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya...... yum yum
|
|
|
|
|
|
|
| |
|