CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2603|Reply: 8

Jijik, Sarang Tikus Dalam Bekas Cili Kering Pasar Raya

[Copy link]
Post time 19-10-2016 12:52 PM | Show all posts |Read mode



Jijik! Rasa nak muntah bila kita nampak tikus berkeliaran di rumah apatah lagi bila binatang kotor tersebut berada dalam bekas makanan.


Kecoh baru-baru ini tentang sebuah pasara raya Giant di Terengganu apabila bekas cili keringnya dijadikan sarang oleh tikus-tikus yang entah berapa lama sudah hidup di dalam itu.


Pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan nama Winnie Tan telah memuat naik beberapa gambar yang membuatkan rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan tidak berpuas hati.








Tengok gambar sahaja sudah membuatkan orang mual apatah lagi melihat tikus berkenaan menjadikan bekas cili kering sebagai tempat permainannya.


Bayangkan nasib orang yang sudah membeli cili kering tersebut yang mungkin akan menjejaskan kesihatan diri mereka.


Difahamkan selepas perkara ini didedahkan, pihak yang bertanggungjawab sudah pun mengambil tindakan dengan membuang semua cili kering dari bekas tersebut.


Namun rata-rata netizen tidak berpuas hati kerana jika melihat gambar, memang sudah lama tikus-tikus itu ada di dalamnya, takkan seorang pun tidak perasan kan?


Apa-apa pun diharap selepas ini, pihak pasar raya kena lebih membuat pemantaun untuk memastikan tahap kebersihanan makan yang dijual terjaga lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan masalah kesihatan yang melibatkan pengguna. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2016 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
pnh nmpk mak kucing n anak2 kucing dlm giant..ko rase?
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 02:57 PM | Show all posts
euwww...dah la kencing tikus berbahaya
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 03:47 PM | Show all posts
leh pulak tikus tu hidup dlm tu ek..
aku klo tgn kene cili kering lame2 pun da pijo..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
caplimau replied at 19-10-2016 03:47 PM
leh pulak tikus tu hidup dlm tu ek..
aku klo tgn kene cili kering lame2 pun da pijo..

Hihihi...cik ti tu imun pijau cili kering...kembang tekak ngok gambau tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2016 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya 'orang' yg terasa pedasnya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-10-2016 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaaa tak panas pulak diaorg berumahtgga beranak pinak dlm bekas cili tu adoiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 10:49 AM | Show all posts
boleh pulak dia jadikan playground dalam tu eh.. eeeeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2016 01:53 PM | Show all posts
eeee gelinya... dah la selalu pkai cili kering. warghh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.214286 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list