CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2833|Reply: 10

Bahaya 'Gila' Kongsi Alatan Make-Up. Ketahui Sebabnya

[Copy link]
Post time 19-10-2016 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Sumber Foto: mnn.com


Biasanya wanita suka sangat kongsi barang mereka dengan kawan-kawan dan adik-beradik perempuan yang lain, terutamanya baju dan alat solek. Tahu tak perbuatan yang dianggap biasa ni sebenarnya bahaya dan boleh mengakibatkan jangkitan yang serius?


Berus Solekan
Paling parah ialah mendapat jangkitan kulit kerana bakteria yang tersembunyi dalam berus solekan. Persekitaran yang lembap dan berus basah akibat terkena bedak asas juga boleh menjadi penyebab jangkitan. Elakkan dari meminjam alat solekan orang lain kerana ia akan menjejaskan kulit muka nada.




Sumber Foto: Thehuffingtonpost


Pisau Cukur
Alat ini paling bahaya kalau dikongsi bersama sebab boleh mengakibatkan jangkita HIV! Terkena darah orang lain dari mata pisau cukur tersebut walaupun sudah dibilas, ianya tetap akan meninggalkan kesan bahaya.


Solekan Mata
Mata adalah bahagian paling sensitif kerana membran mata yang basah akan mudah dijangkiti bakteria. Ini akan menjadikan mata membengkak dan merah.

Sumber Foto: sophisticatededge.com


Gincu atau Lipgloss
sangat tak elok berkongsi gincu dengan orang lain kerana bibir sebenarnya tidak mempunyai bahagian epidermis luar jadi ia memang mudah sangat terkena jangkitan virus Herpes Simplex. Bibir akan menjadi pecah-pecah dan juga terkena selsema.

Produk Dalam Botol
Apa-apa sahaja produk dalam botol akan mudah terkena kuman jika dibiarkan terbuka. Lagi-lagi kalau banyak orang menyentuhnya menggunakan tangan yang kotor.


Jadi sekarang dah tau betapa bahayanya kalau berkongsi alat solekan kan? Lepas ini elakkan dan cuba lebih berhati-hati okay? -CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2016 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
abis yg kes2 mak andam tu cam mana pulak lah ya.. sah2 satu2 brg tu dipakaikan kt bnyk muka..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2016 11:32 AM | Show all posts
dh tu nt make up kawin mcmne?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2016 09:56 AM | Show all posts

Tumpang lalu....

Nak pakai mask semudah 1 2 3

face mask dari korea...

berminat boleh whatsapp alia 018 979 6095
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 19-10-2016 08:14 PM
abis yg kes2 mak andam tu cam mana pulak lah ya.. sah2 satu2 brg tu dipakaikan kt bnyk muka..

Biasanya mak andam dia akan basuh dulu berus2 n prepare dulu before amik job mekap.atau banyak set brush tu boleh ganti2.sekali pakai mmg kena basuh.tu ape yg iols tau lah.x tau lah mua lain camne.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2016 03:11 PM | Show all posts
estrelle replied at 23-10-2016 10:24 PM
Biasanya mak andam dia akan basuh dulu berus2 n prepare dulu before amik job mekap.atau banyak set ...

ya betoi.... kalau ada pengantin muka yg bermasalah atau kena 'campak' biasanya beli brush baru n jual balik pada pengantin tu atau pon lepas pakai buang saja (bergantung pd masalahnya)......campur2 kang kesian muka custumer yg lain....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2016 03:27 PM | Show all posts
dulu masa belajar ada juga kawan2 pinjam makeup.

skrg anak sedara je ambil berus mekap buat sapu lantai

nail clipper pun org kata jangan share.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 02:40 PM | Show all posts
mak2 andam mmg akan cuci berus tu lepas makeup customer.
iols dulu before nikah kulit muka teruk sgt jerawat and parut bagai.
masa makeup pengantin mmg elok je muka makeup, dpt tutup semua cacat cela.
habis je majlis kenduri....muka iols terus sihat balik.

ajaib pula makeup pengantin tu, leh heal kan muka iols.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2016 04:09 PM | Show all posts
kulit iols pn paling sensitip bila ade org lain pki brg2 mekap iols
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tulah risau kalau nakdapatkan khidmat make up MUA sebab2 mcm ni lah
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak suka share barang so tak kosser aku nak kasi barang make up ku ke orang lain..hihu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.076644 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list