Sumber Foto: IG Xolovestephi
Bintang popular Korea Tiffany SNSD sebelum ini telah mengambil keputusan untuk menyepikan diri sebentar dari industri hiburan selepas dirinya dikecam teruk akibat kes bendera Jepun Ogos lalu.
Sekarang, peminat personaliti comel ini pasti akan terubat rindu kerana Tiffany sudah membuat kemunculan semula selepas dua bulan berlalu.
Dia sudah pun kembali aktif di Instagram dan baru-baru ini telah memuat naik gambar yang menunjukkkan minat dan kegemarannya. Pertama ialah foto iklan Baby G, iklan Sheen dan sebuah gambar dirinya yang menghadap belakang memakai klip rambut.
Walaupun tiada kapsyen dituliskan, namun gambar tersebut yang tertulis 'My Name Is Elegant. No, Tiffany' sudah pun menggambarkan hati dan perasaannya yang gembira dan kembali ceria.
Rata-rata pengikut di Instagramnya mengucapkan selamat kembali buat dirinya dan menyatakan rasa rindu mereka terhadapnya.
Nampaknya, Tiffany sudah betul-betul pulih dari trauma dikecam dan bersedia menempuh hari baru dan meneruskan kariernya seperti biasa.
Pasti peminat di luar sana sudah tidak sabar menantikan kemunculan projek barunya selepas ini, kan? -CARI |