Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Sumber Foto: mStar Online
10 lagi produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak dari membeli produk kosmetik berikut:
Melan: Off Intensive Mask
Melan: Off Cream
Afrina Night Cream
Afrina Daily Cream
Krim Herba Kemboja
Day Pinky Cream
Night Glow Cream
Debella Nadien Glow Night Cream
Mekar Semilu Scrub Muka Mutiara BeautyvCollection
Mekar Semilu Cream Mekarsutra.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkat kepada Mstar Online, produk-produk kosmetik tersebut mengandungi asid azelaik, hidrokuinon atau tretinoin dan logam berat merkuri.
"enggunaan hidrokuinon, asid azelaik dan/atau tretinoin tanpa mendapat nasihat kepakaran daripada profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf," katanya.
Pihak yang mempunyai stok produk tersebut diminta menghentikan penjualan, pengedadaran dan penggunaan.
Pemilikan produk-produk kosmetik itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. -CARI |