CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27781|Reply: 304

Nik Michael tutup restoren

[Copy link]
Post time 25-10-2016 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Tutup restoran, Nik Michael kembali ke perniagaan katering Oleh Feride Hikmet Atak feride.hikmet@bh.com.my
http://www.bharian.com.my/node/204085

KUALA LUMPUR: Keadaan ekonomi negara yang tidak menentu membuatkan tukang masak selebriti, Nik Michael, terpaksa menutup restoran miliknya, PickNik di Solaris Dutamas, dekat sini. Nik atau nama penuhnya Nik Michael Imran Nik Ezar, 26, berkata, suasana dihadapi ketika ini membuatkan restoran beliau mengalami penurunan hasil penjualan sehingga 50 peratus. "Selepas membuat kira-kira, lebih baik saya menutup restoran itu sebelum menanggung kerugian yang besar. "Masalah ekonomi negara kita yang tidak menentu membuatkan pelanggan tetap saya mula berhati-hati dalam perbelanjaan. Sebagai contoh, jika mereka datang ke PickNik setiap minggu, ia berubah menjadi sebulan sekali," katanya kepada BH Online. Selain itu, beliau turut berdepan masalah dengan pembekal makanan yang mengurangkan kuantiti barangan dipesan berbanding biasa.

Bagaimanapun, kata Nik, beliau tidak menyesal dengan keputusan itu dan menganggap ia sebahagian daripada proses jatuh bangun sesebuah perniagaan. Katanya, jenama PickNik masih wujud, namun ia diteruskan menerusi perniagaan katering, seperti dilakukannya sebelum ini. "Apabila restoran ditutup dan kembali kepada perniagaan lama, ia mendapat sambutan yang lebih menggalakkan. "Saya juga mempunyai pasukan yang menggerakkan perniagaan katering ini. Alhamdulillah, ia mendapat sambutan, terutama bagi majlis tertutup," ujarnya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nik bersama gandingannya, Sarah Benjamin, bakal muncul menerusi program Cooking For Love yang akan disiarkan menerusi saluran Asian Food Channel (Astro 703) bermula 27 Oktober ini, jam 6 petang.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2016 12:06 PM | Show all posts
akhirnya as expection..artis/selebs kalu bukak restoran mesti melingkup..syabas..teruskan usaha anda lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:07 PM | Show all posts
kita nantikan kemunculan kemelingkupan dua sundal fizo omar dan mawar punya restoran pula...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:09 PM | Show all posts
bukak tmpt kelass2 pastu juai harga mahai
siapa golongan cust dia ni?

kalo chef bukak tmpt marhein mampu mkn kan mesti laku
bukak dekat mall MV tu rasanya laku lg
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
spe lg eh yg dh ttup restorannya selain
amy search
hafiz
david teo
sheila rusly
linda onn, khadijah ibrahim jgak yg masih bertahan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:14 PM | Show all posts
Orix replied at 25-10-2016 12:12 PM
spe lg eh yg dh ttup restorannya selain
amy search
hafiz

Ajai asam pedas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-10-2016 12:15 PM | Show all posts
Restoren Pijo Mawar hype kemain lagi dulu time launch sanggup acik2 kepam beratoq panjang...sedap ke? Iols tak pernah ke restoren pasangan merpati 2 sejoli tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
kenarikelabu replied at 25-10-2016 12:14 PM
Ajai asam pedas.

oh ye? ttup jugak? haiyoo

F&B ni susah klau tak pndai manage
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2016 12:18 PM | Show all posts
Edited by BebeQ at 25-10-2016 12:22 PM

aku pegi sekali dan tidak kembali lagi.

masakan biasa je, restoran lain pun ada masakan tu.

harga mahal.

maka di zaman gawat ni, baik la berjimat.

mengapa bayar lebih kan konsepnya~

nik pun dah kayo. kawen dah dia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:18 PM | Show all posts
Orix replied at 25-10-2016 12:12 PM
spe lg eh yg dh ttup restorannya selain
amy search
hafiz

linda onn pun tutup nasi ayam cawangan giant cheras batu 9.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 25-10-2016 12:12 PM
spe lg eh yg dh ttup restorannya selain
amy search
hafiz

Chef wan...1 market (singapore)
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
BebeQ replied at 25-10-2016 12:18 PM
linda onn pun tutup nasi ayam cawangan giant cheras batu 9.

linda mcm khadijah ibrahim, byak bukak tutup cawangan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:23 PM | Show all posts
Duta lover replied at 25-10-2016 12:20 PM
Chef wan...1 market (singapore)

owh..tutup dah ke? macam baru je buka kot dalam setahun dua ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
makan nasi campur je la,menepati piramid makanan,..tinggal pilih n letak dalam pinggan wisely aje
air sirap pun tak sampai rm5 hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kak ogy tak silap pn ad restoran kan? masih beroperasi kah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:26 PM | Show all posts
Orix replied at 25-10-2016 04:25 AM
kak ogy tak silap pn ad restoran kan? masih beroperasi kah?

yg dekat greenwood tu...dah melingkup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2016 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
BebeQ replied at 25-10-2016 12:23 PM
owh..tutup dah ke? macam baru je buka kot dalam setahun dua ni kan?

restoran kuey teow anak dia serina ad lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:26 PM | Show all posts
last2 masak kat umah,jual kat ig je ogy tu pun..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:26 PM | Show all posts
laksa sorang tu elok je bisnes bahahahhaahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2016 12:27 PM | Show all posts
pencintaABC replied at 25-10-2016 12:15 PM
Restoren Pijo Mawar hype kemain lagi dulu time launch sanggup acik2 kepam beratoq panjang...sedap ke ...

bagi aku x berapa...kalu manis tu terlalu manis...kalu masin terlalu masin...

harap air je sebeban dgn ais

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Harry-Meghan kantoi lagi
manopHarry-Meghan kantoi lagi
Views : 9687 Replies : 1
Pelacur kelas Atasan
chipmunk2024Pelacur kelas Atasan
Views : 33100 Replies : 90
Ilisha Ameera in a photo series.
grUdgE-frEakIlisha Ameera in a photo series.
Views : 39754 Replies : 76
Edisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita bekas adik ipar kok ping luah perasaan spill tea di IGStory?
QatrunnadaainEdisi ludah2 pada telefon!! : Apa cerita
Views : 41528 Replies : 196
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 177751 Replies : 1682
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 23732 Replies : 93
Walaun, tak buat lawak tak sah!
pengecattaikWalaun, tak buat lawak tak sah!
Views : 7677 Replies : 1
Nikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,Nurulhidayah Ahmad Zahid   lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
YgBenarNikah di Arab Saudi dan Selepas 7 tahun,
Views : 11079 Replies : 3
Menunggu cinta tuhan
maklukpenggodaMenunggu cinta tuhan
Views : 11540 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.079591 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list