|
|
 Sumber Foto: kidspot.com
Cerewetnya anak-anak dalam memilih makanan! Mesti ibu bapa yang berdepan dengan dilema ini berasa runsing kan? Lagi-lagi anak yang susah sangat nak minum susu padahal ia merupakan sumber nutrisi yang lengkap.
Kandungan zat dalam susu termasuklah protein, fosforus, vitamin A dan vitamin D adalah sangat penting untuk perkembangan tumbesaran kanak-kanak.
Jadi, macam mana pula nak buat kalau mereka menolak minum susu? Jangan risau, sebab cara kreatif ini akan membantu anda untuk menggunakan susu dalam menyediakan hidangan kepada kanak-kanak.
Sumber Foto: nudenicotine.com
1. Buat susu kocak yang berperisa coklat, strawberi atau apa sahaja perisa yang digemari anak-anak anda. Boleh juga tambahkan buah-buahan seperti pisang ke dalamnya, pasti lagi sedap.
2. Sediakan hidangan yang manis dan berasaskan susu untuk menarik minat anak-anak anda mencuba sesuatu yang baru seperti puding kastard.

3. Selain untuk diminum, boleh juga campurkan susu dengan bijirin sarapan pagi seperti oat, empingan jagung dam macam-macam lagi.
4.Cicahkan biskut kegemaran mereka bersama susu, cara ini secara automatik akan membuatkan anak anda suka dengan susu.

5. Ceritakan setiap hari kepada anak-anak tentang kebaikan susu supaya mereka sedar akan khasiatnya.
Lagi bagus sekiranya ibu bapa dapat melibatkan sekali anak-anak dalam proses pembuatan hidangan tersebut, bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan malah dapat merangsang otak si manja, betul kan? -CARI |
|