Wah! Nampaknya penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal melakar sejarah sekali lagi dalam hidupnya apabila dia akan 'berduet' dengan idolanya, mendiang Whitney Houston.
Sumber foto: NST Online
Menurut Siti, rakaman lagu Memories 'bersama-sama' legenda pop yang meninggal dunia pada 2012 itu akan dilakukan secara digital.
“Mengenai video klip lagu Memories, pihak Yonder Music memaklumkan masih terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan membabitkan hak penyiaran gambar,” katanya kepada Harian Metro.
Proses rakaman itu akan bermula pada bulan depan, manakala pelancaran album pop baharu itu dijangka akan dijalankan awal tahun depan.
Sumber foto: Carian Google
Beberapa lagu termasuk dari komposer Malaysia dan Indonesia turut dimuatkan dalam album itu.
Bagaimana? Adakah anda teruja menantikan pelancaran album baru itu? - CARI |