Selalu saja kita tutup hidung ketika bersin. Tapi tahukah anda apa risikonya bila menutup hidung semasa bersin?
Bersin adalah suatu reaksi apabila terdapat gangguan asing yang masuk melalui hidung di mana ketika anda bersin, udara kotor dari paru-paru dikeluarkan melalui hidung. Ada juga yang keluar melalui mulut.
Semasa bersin, udara keluar dengan kuat disertai hentakan dari lubang hidung dan mulut. Partikel seperti habuk dan mikrob (kuman) ini akan keluar melalui hidung atau mulut.
Menurut laman Boldsky, kelajuan udara yang keluar ketika bersian mencecah 160 kilometer per jam. Jadi, jika anda menghentikan bersin secara tiba-tiba, tekanan akan dialihkan ke bahagian tubuh lain seperti telinga yang kemudian dapat meretakkan gegendang telinga dan menjejaskan pendengaran.
Selain itu, tekanan udara yang terperangkap akan mengakibatkan kerosakan pada mata kerana pembuluh darah dalam mata terluka.
Menghentikan bersin juga mampu menyebabkan kecederaan pada leher dan diaphgram. Walaupun jarang berlaku, ia mampu menyebabkan strok kerana pecahnya pembuluh darah di otak.
Bagi sesetengah orang, mereka mungkin berasa segan untuk bersin di tempat awam dan cuba menahan diri dari bersin mungkin merupakan tindakan sopan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Namun, tindakan ini tidak baik untuk kesihatan. JANGAN sesekali tutup hidung ketika bersin. Paling tidakpun, tutuplah hidung dengan kain atau tangan ketika bersin.
Sumber foto: Carian Google
Dari sisi Islam, hadis Hasan Sahih Riwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah R.A berkata:
(Apabila Rasul s.a.w bersin, beliau meletakkan tangannya atau kain bajunya kemulutnya(untuk menutup) sambil memperlahankan suaranya (bunyi bersin).
Bagaimana? Sanggupkah anda merisikokan kesihatan diri demi melindungi perasaan orang lain? - CARI |