Bunting pelamin? Wah, hebat! Baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 16 September lalu, sudah ada ura-ura mengatakan pelakon, Saharul Ridzwan bakal bergelar bapa.
Jelas terpancar sinar bahagia di wajahnya ketika ditemui di majlis pengumuman calon Anugerah Melodi. Namun, Saharul kelihatan seperti cuba menyembunyikan sesuatu.
Menurut sumber kepada Utusan Online, isteri pelakon itu, Deena Emir kini sudah sebulan hamil. Tahniah, Saharul!
Bagaimanapun, menurut sumber, Saharul masih belum mengumumkan berita gembira itu kerana usia kandungan masih di peringkat awal. Jika usia kandungan mencecah tiga atau empat bulan, barulah boleh dikhabarkan berita itu.
Sumber foto: IG Saharul Ridzwan
Sibuklah pelakon itu selepas ini mengurus rumah tangga dan kerjaya. Tetapi, jangan lupa anak isteri pula kerana terlalu sibuk dengan kerjaya. Semoga dia terus berjaya dalam karier dan kekal bahagia di samping keluarga tersayang. - CARI
|