Jika sebelum ini Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar merahsiakan tarikh perkahwinannya, hari ini dia mengumumkan tarikh 26 November ini sebagai tarikh perkahwinannya bersama tunang, Dr Che Muhammad Hafiz.
Menurut Lufya, mereka akan melangsungkan majlis resepsi pada hari sama di mana majlis akad nikah dan bersanding akan berlangsung di ibu kota.
"Ya, kami akan berkahwin pada 26 November ini. Malah, sejak hujung bulan lalu, kami sebenarnya sibuk mengedarkan kad kahwin.
"Kami juga sepakat untuk mengadakan majlis nikah dan resepsi pada hari yang sama," katanya kepada BH Online.
Lufya mendedahkan di majlis pernikahannya, dia akan mengenakan gaun moden manakala tunangnya pula berbaju Melayu.
"Bagi majlis resepsi pula, kami akan menggayakan busana yang cukup istimewa. Bagaimanapun, biarlah ia menjadi kejutan buat semua pada majlis itu nanti," katanya lagi.
Sumber foto: IG Lufya Omar
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum detik bahagia mereka disatukan dan setakat ini, persiapan perkahwinan sudah hampir sempurna, dengan hanya beberapa perkara kecil sahaja perlu diselesaikan.
Sorok punya sorok, akhirnya Lufya umumkan juga tarikh perkahwinan mereka. Semoga segala persiapan perkahwinan pasangan itu berjalan dengan lancar. - CARI |