Sumber Foto:www.thesun.co.uk
Victoria's Secret telah melancarkan gambar Jasmine Tookes yang langsung tidak disentuh atau diedit sama sekali, dan apa yang menarik, ramai yang menyukainya.
Jika dilihat secara mata kasar dan melalui gambar-gambar model Victoria's Secret, sudah pastinya kita dapat melihat potongan badan mereka yang menggiurkan tetapi gambar belakang tabir semasa sesi penggambaran Jasmine ini menunjukkan bukanlah segalanya sempurna.
Dalam gambar tersebut kita dapat melihat kesan regangan akibat bersalin yang ada di pinggul sebelah kiri model jelita ini.
Gambar yang digunakan untuk kempen terbaru jenama pakaian dalam mewah tersebut menunjukkan keaslian serta menggambarkan realiti kehidupan sebenar dan bukanlah tampil dengan kesempurnaan yang hanya palsu semata-mata.
Wanita di luar sana turut memberi komen-komen yang positif berkenaan tanda regangan yang ada di dalam gambar tersebut;
Jasmine telah dipilih untuk memakai Bright Night Fantasy Bra berwarna perak yang direka oleh Eddie Borgo.
Bra yang mengambil masa selama 700 jam dan lebih dari 450 karat itu dihasilkan khusus mengikut bentuk badan Jasmine.
Pada tahun 2014, American Eagle telah berhenti menggunakan Photoshop dalam gambar kempenya dan hasil penjualan mereka meningkat sebanyak 20 peratus, dan kali ini Victoria's Secrets pula mengikut jejak langkahnya.
Kesimpulannya, wanita di luar sana jangan pernah berasa rendah diri dengan diri anda. Ketidaksempurnaan yang ada dalam diri itulah sebenarnya menjadikan anda seorang wanita yang sempurna. Tak begitu? -CARI |