Sumber Foto: nuestepprocedure.com
Selain kaki, kasut juga selalu membuatkan kita pening dengan bau yang tidak menyenangkan.
Biasanya kasut berbau berpunca dari tabiat sesetengah orang yang malas untuk membasuhnya untuk tempoh yang lama, terkena air dan tidak kering, sampailah kepada masalah peluh yang dikeluarkan kaki.
Sumber Foto: hitportal.com.
Namun kadang-kadang walaupun sudah dicuci dan dijemur, baunya tetap tidak mahu hilang.
Nah, rahsia untuk menghilangkan bau yang yang menggelikan itu dengan sekelip mata sahaja. Cara-caranya:
1. Ambil 2-3 kantung teh yang sudah digunakan.
2. Letakkan uncang tersebut ke dalam kasut yang berbau.
3. Biarkan satu malam di tempat yang kering.
4. Nantikan hasilnya pada keesokan harinya.
Sumber Foto: www.mingguanwanita.my
Kantung teh dapat menghilangkan bakteria penyebab bau busuk dan cara ini tersangatlah mudah dan memerlukan tenaga dan usaha yang minimum.
Jadi selepas ini sebaik sahaja bancuh air teh, bolehlah gunakan uncang tersebut dengan sebaik mungkin. Bukan sahaja praktikal malah menjimatkan, bukan? -CARI |