Sumber Foto: IG Rozita Che Wan
Disebabkan terlampau geram dituduh tidak membayar cukai, pelakon jelita Rozita Che Wan mengamuk di Instagram dan telah memanggil seorang netizen dengan gelaran 'bequk' yang bermaksud beruk.
Komen netizen yang menggunakan nama 'afifplc' itu membuatkan Che Ta tidak dapat menahan kemarahan lalu bertindak membalas kenyataan yang dilemparkan dengan menggunakan perkataan yang kasar.
Walau bagaimanapun ramai peminat Che Ta yang lain meminta supaya aktres ini bersabar dan tidak melayan sebarang komen yang berbaur provokasi.
Menurut sumber, komen-komen tersebut sudah pun dipadamkan untuk mengelakkan pergaduhan ini terus berlanjutan.
Disebabkan selalu mempamerkan kemewahan dia dan keluarga, ramai juga yang menuduh Che Ta seolah-olah sengaja mengelak cukai.
Namun, pelakon dan juga ahli perniagaan ini menegaskan yang dia tidak pernah mengelak untuk membayar cukai pendapatan malah cukai yang dia langsaikan sebelum ini mencecah hampir RM1 Juta.
Begitulah asam garam dunia, ada sahaja yang berhasad dengki dan sentiasa mencari keburukan orang lain. Harap Che Ta tabah okay? -CARI |