Sumber Foto: health.usnews.com
Ramai di luar sana yang sebenarnya masih salah faham dengan fakta tentang tubuh yang gemuk dan mungkin juga anda yang sedang membaca ini adalah salah seorang darinya!
Menurut purewow.com, seorang doktor pakar dalam pembedahan plastik telah menyenaraikan beberapa mitos yang masih dipercayai ramai orang tentang orang yang gemuk. Antaranya:
1. Makan lemak membuatkan anda menjadi gemuk.
SALAH! Faktanya, semua orang lahir dengan sel lemak tertentu yang dapat diturunkan atau dinaikkan. Bukan itu sahaja, pengambilan lemak tak tepu akan membuatkan anda menjadi lebih kenyang untuk tempoh waktu yang lama.
2. Bersenam boleh mengubah lemak menjadi otot
SALAH! Lemak dan otot adalah dua yang berbeza. Sepatutnya anda perlu lebihkan senaman seperti mengayuh basikal dan berjalan kaki untuk membakar lemak dan membentuk otot.
Sumber Foto: www.dailymail.co.uk
3. Otot boleh berubah menjadi lemak
SALAH! Otot tidak akan pernah boleh berubah menjadi lemak, cuma bila anda sudah lama tidak bersenam, ia kan merendahkan tahap metabolisma tubuh anda dan membuatkan tubuh menjadi gemuk.
4. Orang gemuk tidak sihat
Siapa cakap orang gemuk tak sihat? Sebenarnya orang gemuk juga sihat seperti orang lain asalkan dia menjaga makan, bersenam, memiliki tekanan darah, kolesterol dan gula dalam darah yang normal. Ada orang yang nampak lebih gemuk dari orang lain tetapi tidak bererti yang dia mempunyai lemak berlebihan.
5. Kadar lemak rendah adalah lebih baik
SALAH! Tidak semestinya kadar lemak rendah ianya baik untuk badan, kerana tubuh badan manusia memerlukan kadar lemak tertentu untuk membantunya berfungsi dengan baik.
Sumber Foto: Mauimaui.org
Tidak semestinya orang yang nampak gemuk itu tidak sihat, malah mungkin mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik dari orang yang bertubuh kurus.
Jadi, lepas ni tak adalah salah faham lagi ya? -CARI |