View: 2122|Reply: 6
|
Mangsa Dibunuh Kejam & Dikerat, Identitinya Dikenal Pasti- PDRM
[Copy link]
|
|
Identiti mangsa yang mayatnya dikerat dalam satu pembunuhan ngeri di Jalan Kesang Laut, Tangkak Johor pada Ahad lalu telah berjaya dikenal pasti pihak polis.
Pengesahan itu dinyatakan oleh Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohad Idris Samsuri pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak, kelmarin.
Memetik laporan Bernama, Superintenden Mohad Idris berkata, mangsa seorang lelaki Melayu yang bernama Omar Miskam, 49 berasal dari Kampung Sungai Alam, Panchor di Pagoh dan bekerja seabagai seorang pemandu jengkaut serta sudah berkahwin.
Tambahnya, mangsa yang sudah beristeri adalah kenalan kepada suspek utama yang juga remaja orang kelainan upaya (OKU) berusia 19 tahun.
"Bedah siasat juga mendapati mangsa dikerat lebih sepuluh bahagian termasuk kepala, kedua-dua kaki dan tangan, abdomen dan beberapa anggota badan lain."
Sementara itu, Mohad Idris turut memaklumkan seramai tiga suspek termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 56 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Hasil siasatan mendapati punca pembunuhan adalah disebabkan perasaan cemburu yang membabitkan percintaan tiga segi, ujar Mohad Idris.- CARI
sumber foto: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
ape kata humban dlm thread yg terdahulu? senang nk follow. |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan Cari ni kenapa suka buka thread banyak2?
Ni kan update dari thread lama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan Cari yang bangang..:zz |
|
|
|
|
|
|
|
laa bukan dlm news sebelum ni kata .. kemungkinan mayat mangsa berumur dlm belasan tahun ke? kira jauh jgk telahan umur tu ya. |
|
|
|
|
|
|
|
kes cemburu?? yang si mati ni pon dah berkahwin tp ade hati nak main cinta 3 segi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|