CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3944|Reply: 16

[Tempatan] Pesakit mental mati ditembak lepas melibas ketua balai dengan sabit.

[Copy link]
Post time 13-11-2016 10:59 PM | Show all posts |Read mode




TIMBALAN Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Superintendan Nik Azaham Nik Aziz melawat Yusuf yang kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah, hari ini. - Foto ihsan PDRM

KOTA TINGGI: Seorang lelaki kurang siuman mati ditembak selepas menyerang anggota polis menggunakan sabit di sebuah rumah di Jalan Pendekar, FELDA Pasir Raja di sini, awal pagi tadi.

Kejadian itu turut menyebabkan Ketua Balai Bukit Besar, Sarjan Mejar Yusuf Ahmad, 57, parah di tangan dan ditikam di rusuk kiri.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman, berkata kejadian bermula kira-kira jam 7 malam, ketika Yusuf bersama lima anggota dan dua kakitangan Klinik Kesihatan Bukit Besar pergi ke sebuah rumah selepas menerima aduan mengenai seorang lelaki pesakit mental mengamuk dan bertindak agresif.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa mengetuk pintu rumah sambil memujuk lelaki berusia 43 tahun itu, namun mangsa dan anggota diserang suspek yang melibas sabit.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian lengan dan tangan dihantar ke Hospital Kulai sebelum dirujuk ke HSA untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rahmat berkata, pada jam 4.15 pagi tadi, lima pegawai dan anggota bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bersama Pasukan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pergi ke kediaman untuk menahan suspek yang berada dalam rumah dan masih dalam keadaan agresif bersenjatakan sabit menyebabkan usaha memujuk suspek supaya menyerah diri gagal.

"Anggota kemudian masuk menerusi pintu belakang rumah itu dengan bersenjatakan pistol elektrik dan menggunakan pelindung. Bagaimanapun ketika tiba di ruang makan, tiba-tiba suspek meluru ke arah pasukan serbuan D9 dengan bersenjatakan sabit.

"Tembakan pistol elektrik terus dilepaskan ke arah suspek, namun tidak mendatangkan kesan dan suspek terus meluru ke arah anggota menyebabkan dua tembakan terpaksa dilepaskan ke arah mangsa dan suspek terus rebah ke lantai," katanya.

Beliau berkata, sabit yang digunakan suspek adalah senjata yang sama digunakan untuk mencederakan mangsa.

"Suspek cedera di dada dan terus dibawa dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, namun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan.

"Mayat suspek akan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat hari ini," katanya.

Rahmat berkata, suspek tidak bekerja dan juga pesakit mental yang dirawat di Hospital Tampoi.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2016 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hui...
Selalu klu tgk drama tembak mcm ni, mesti akn ckp npe polis x tembak tgn je ke kaki je ke..
Klu real ni..xtau nk kata apa...Adakah pegawai yg lepaskn tembakan tu akn disoal siasat terlebih dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 12:39 AM | Show all posts
pearl.silver replied at 14-11-2016 12:33 AM
Hui...
Selalu klu tgk drama tembak mcm ni, mesti akn ckp npe polis x tembak tgn je ke kaki je ke..
...

Mestilah tapi sebabnya nyata, mempertahankan diri.Elektrik tak berkesan, apa pilihan lagi selain dr menembak?

Wajarlah dimatikan, sebelum itu pun dah cederakan orang yg blh bawa kematian.

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 01:10 AM | Show all posts
selayak nya lah mati.
mereput la kau dek.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 07:12 AM | Show all posts
ya rab...

kes yang sama juga ye berulang  - ulang ?

isk apa jadi sebenarmya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ummah dna memang tingtong ke sis? Takutnya hidup di tanah tumpah dna.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2016 07:22 AM | Show all posts
sakit mental adalah penyakit DNA...jaga jaga kpd yg bujangan kalau cari pasangan tu.. ...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 08:01 AM | Show all posts
Selayaknya dia MATI, keluarga dah tau mamat tu mental, tak buat sesuatu KAH..

jgn kata ABAM POLIS KEJAM.

org mental nie samada dia MATI atau DIA MEMATIKAN orang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2016 08:17 AM | Show all posts
apa jadi ye sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 08:19 AM | Show all posts
semakin menjadi2 pesakit mental skrg ni mengganas..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 08:19 AM | Show all posts
tak payah laa dap nak jadi juara konon polis kejam etc2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 09:16 AM | Show all posts
lepas kena stun gun pun boleh menyerang lagi..pergghhh... kuat betul tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 09:22 AM | Show all posts
famri7 replied at 14-11-2016 07:19 AM
Ummah dna memang tingtong ke sis? Takutnya hidup di tanah tumpah dna.

ummah dna jawa johor? kes cangkul, sabit
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 10:18 AM | Show all posts
kentel replied at 14-11-2016 01:22 AM
ummah dna jawa johor? kes cangkul, sabit

iya sis..semoga dijauhi keturnan melayu tulen kita darpd pencemaran dna tingtong.amin
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 10:44 AM | Show all posts
yang mental tu takde family ke? kalau ada kenapa family dia tak kurung je dia dalam rumah ya..pelik sungguh..ke takut orang cakap kejam pulak kalau kurung..tapi kalau dah mendatangkan bahaya kepada orang sekeliling memang patut lah kena kurung..ataupun hantar p tanjung rambutan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2016 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
meklalala replied at 14-11-2016 10:44 AM
yang mental tu takde family ke? kalau ada kenapa family dia tak kurung je dia dalam rumah ya..pelik  ...

Kalo kurung, nanti si mental bunuh orang yg dalam rumah plak. I wonder, bole tak wujudkan isolated Island utk orang2 mental ni
So Kalo mati kena bunuh pon, tak ganggu orang lain. Sebab dah masing2 dalam pulau tu mental kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2016 03:38 PM | Show all posts
takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.075423 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list