View: 1250|Reply: 0
|
Tiada Perubahan Peraturan 'Forex'- Bank Negara!
[Copy link]
|
|
Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan tiada perubahan dalam peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing (FEA).
Memetik laporan The Star, baru-baru ini Bank pusat itu menerusi kenyataan memaklumkan tiada sebarang peraturan baharu yang diperkenalkan berkaitannya.
"Malaysia terus mengalu-alukan pelaburan sebenar dan menyediakan semua saluran untuk transaksi FX di samping melindung nilai keperluan dalam pesisir," kata BNM.
Selain itu BNM mengambil langkah untuk menguatkuasakan semula peraturan sedia ada yang ditetapkan bagi melarang permudahan kontrak hadapan yang tidak diserahkan (NDF) bagi ringgit.
Manakala tegas Bank pusat, pasaran tukaran asing Malaysia kekal dibuka dan ia bersedia untuk menyediakan kecairan, jika perlu, untuk memastikan pasaran teratur.
Menurut BNM lagi, ringgit kekal sebagai bukan mata wang perdagangan antarabangsa, oleh itu sebarang dagangan ringgit luar pesisir seperti NDF ringgit adalah tidak diiktiraf.- CARI
sumber foto: internet |
|
|
|
|
|
|
| |
|