View: 5791|Reply: 41
|
Perasan Suami Belikan Makanan Untuk Aku, Rupanya Nak Bagi Gelandangan
[Copy link]
|
|
Sebuah video seorang lelaki yang memberi makan kepada seorang remaja pengutip tin telah menjadi viral di Twitter sejak malam tadi.
Di dalam video tersebut jelas kelihatan seorang lelaki membawa sebungkus beg plastik yang terkandung makanan antaranya sebuku roti.
Wanita yang memuat naik video tersebut di laman Twitternya telah menulis kapsyen, "Semalam lepas balik dari Bukit Ampang, pergi Shell isi minyak. Aku ingat dia beli makanan untuk aku, rupanya utk budak tu. My man is the best."
Sumber Foto: Twitter
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada dia merupakan isteri atau teman wanita kepada lelaki tersebut.
Rata-rata netizen telah meluahkan rasa kasihan dan sedih dengan budak lelaki yang kelihatan mendukung guni dipercayai tin kosong itu.
Jelas dapat digambarkan dari raut wajah remaja yang belum lagi dapat dikenal pasti identitinya itu betapa dia amat berterima kasih dengan pemberian tersebut.
Klip itu kemudiannya dikongsikan ke laman Facebook oleh seorang lelaki dan terus mendapat lebih dari 18 ribu perkongsian, lebih 26 ribu sukaan dan ditonton hampi 8 ratus ribu orang.
Dia juga ada menambah kapsyen, "Inilah kehidupan..yang menteri tak akan mengerti..."
Disebabkan itu ia dibanjiri dengan ribuan komen dari netizen yang masing-masing mempunyai komen dan pendapat yang tersendiri.
Sepatutnya, budak lelaki seusia dengan remaja di dalam klip video tersebut berada di rumah, mungkin sedang menyiapkan kerja sekolah atau menonton TV bersama keluarga. Namun apa yang dapat kita lihat adalah seorang remaja gelandangan yang mungkin belum makan seharian.
Mujurlah ada insan yang sudi berkongsi rezeki, sekurang-kurangnya dia memberi contoh yang baik kepada orang lain untuk sama-sama membantu orang tidak bernasib baik.
Diharapkan, orang di luar sana dapat menghulurkan bantuan, walaupun sedikit kerana kita tidak akan tahu betapa ianya membawa makna yang besar kepada mereka.
"Tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima." Semoga kata-kata ini dapat dijadikan pegangan dalam diri setiap insan, ya? -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
mcmnipun nk cerita kt org... show off sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je yang pernah buat benda yang sama tak perlu le nak viralkan pun |
|
|
|
|
|
|
|
Akak nak share something..xberkesampatan sokmo nak ambik gambar sbb akak tgh drive time tu..
Kejadian ni berlaku di shah alam -laluan org pegi keja dr kilang gula CSR ke highway Batu 3 tu..ada satu grup anak muda bawak bekas berisi kuih muih -mostly kuih talam yg mcm2 jenis -sedap sesangat (akak pernah dpt) akan distribute kuih kuih tu pd driver2 yg sdg menunggu traffic light tukor jd hijau..
Seminggu dlm 2-3 kali jgk diorg sedekah..
Akak mmg respek abis pd geng2 anak2 muda ni..sanggup bersusah2..dicelah2 kreta yg busy dipagi2 ari utk amalan yg mulia ji..kuddos buat uollss.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya org2 yg viralkan gmbr dia. Sikit2 nak tacing, lpastu letak kapsyen ala2 simpati, org viral, viral dan viral. Padahal benda biasaaa...batak like. |
|
|
|
|
|
|
|
pada aku benda ni untuk sedarkan kita. kalau kita kata diri susah ada yang lg susah. Dan untuk dikongsi agar orang yang sentiada bermewah agar membacanya. Siapa tahu, mungkin tika itu mereka membacanya terus insaf dan sedar. Manfaat buat kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus juga diviralkan sikap begini. Jadi inspirasi dan kesedaran org lain utk membantu org yg susah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by BebeQ at 16-11-2016 12:15 PM
wife/gf tu propa sangat pura2 terkejut.
gigih pulak dia tangkap video laki beliau menyoping kedai shell.
"abang nak sedekah la dekat budak tu"
dalam hati ppuan "nak ambik video la, mesti comel, boleh post dekat FB"
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan Mel.....
nampak sgt dah ready dgn phone nak rakam...laki kuar je, terus rakam....
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 16-11-2016 12:20 PM
Kan Mel.....
nampak sgt dah ready dgn phone nak rakam...laki kuar je, terus rakam....
tula psl!! lainla kalau dicandid org lain.. iols menyokong usaha murni apa dibuat shuben sheols tapi nk tayang kt fb siap ada caption bejela2... for me it's so overated lah. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam video nmpak mcm yg lelaki tu memang tak tau yg wife/gf tu tgh rekod...sebab nmpak dia sorok2 ambil video belakang kereta ... |
|
|
|
|
|
|
|
BebeQ replied at 16-11-2016 12:12 PM
wife/gf tu propa sangat pura2 terkejut.
gigih pulak dia tangkap video laki beliau menyoping kedai ...
Exactly |
|
|
|
|
|
|
|
nasi lemak dia sedap kak...tingin nk tanya sapa masak dik.....hahaha boleh jd calon somi
|
|
|
|
|
|
|
|
SEMPAT PLAK RAKAM DR AWAL SMPAI AKHIR!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
apraditha replied at 16-11-2016 03:34 PM
nasi lemak dia sedap kak...tingin nk tanya sapa masak dik.....hahaha boleh jd calon somi
Kueh talam pun sedap sesangat..
Brand Kueh Republik
Chef lelaki - by Karl Hairie
No hp 0137502000
-akak siap simpan label dia tampal dlm diary ofis..kot2 lenkali blh order.. |
|
|
|
|
|
|
|
menggelabahnya yun pekebenda ni....
konon2 tak tau tp ikut logik tu 1stime ke laki/bf ko beli roti kat ko sampai nak rakam2 segala.
bodoh2 betul budak2 wicet ni. menyampah aku. |
|
|
|
|
|
|
|
orang dah buat baik tu kita tak payah la nak cakap nak show off segala maciam..kadang2 benda tu kebetulan jugak, mungkin si wanita tu saja2 nak ambil video laki tu tetiba benda tu terjadi..unexpected orang kata..orang yang jeles tak bertempat akan cakap la show off sebab dorang tak buat benda sama seperti lelaki tu buat khennn.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|