CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayushuhada04

[MBC]~Traitor Hong Gil-Dong~ Yoon Kyun Sang, Chae Soo Bin, Lee Ha Nui, Kim Ji So

[Copy link]
Post time 16-5-2017 01:27 PM | Show all posts
kartieka replied at 16-5-2017 01:04 PM
rsa nyer mori ni matlamat hidup dia x sama dgn org lain..n dia x paham nape org kna susah payah, s ...

MoRi tu kekurangan kasih sayang sbnrye..kesian kat dia..ayah kandung nak bunuh dia.. ayah angkat plak betray die..

tu yg mungkin dia pikir dia just  nak capai matlamat die tanpa pikir kesian kat orang..sbb die mmg takde rasa kasih sayang tu..


die kan mcm ade crush sikit kat Garyung..die ade duk teringt dkt Garyung masa berlatih sorang2 kat hutan..lps tu tibe2 die terus dapat kuasa dia balik tu
before die nak lawan gildong tu die macam marah kat gildong sebab panah Garyung..
dalam ep29 ni  die kuar 1 scene je..OkRan jumpe die..tak taula nnt kalau die end up dengan OkRan ke kan..
iols tengok kat gambar2 last filming dieorg..MoRi ni still ade je lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2017 01:31 PM | Show all posts
dauswq replied at 2-5-2017 03:00 PM
aku predict dia akn jd mcm kim soo hyun
selalu pelakon ni wlpn wtk bodoh2 jek, dia boleh impre ...

macam Dongha a.k.a Myung-Seok juga kan
iols tak sabar nak tgk Dongha dlm Suspicious Partner
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2017 01:57 PM | Show all posts
kartieka replied at 16-5-2017 01:04 PM
rsa nyer mori ni matlamat hidup dia x sama dgn org lain..n dia x paham nape org kna susah payah, s ...

betul le tu....cara pemikiran dia tk sama dgn org lain..
dia lebih pentingkan diri dia sendiri....janji dia senang..
so klu mmg perlu...dia ikut org tu....

aah ler dia sememangnya ada hati pada GR tu...tp apakan daya
GR ttp pilih GD kan...beria GR amik hati GD...wpun mmg asalnya
GD tk suka pada GR....tp lama2 terima juga...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 02:44 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 16-5-2017 02:45 PM

honey lee (nok su) should get nomination  ...

gagah jugak dia teman raja tu sehingga penghujung hayat.
mase dia dpt predict tentang revolusi tu drpd ja won, dia tau akn mati, kekal jugak offer feast buat kali terakhir..

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 02:46 PM | Show all posts
sukebintang replied at 16-5-2017 01:31 PM
macam Dongha a.k.a Myung-Seok juga kan
iols tak sabar nak tgk Dongha dlm Suspicious Partner ...

setakat 2 episod mgg lepas, tak muncul lagi kah @sukebintang ?



Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 02:53 PM | Show all posts
kartieka replied at 16-5-2017 12:59 PM
lh x iols asyik la dok sebak2 dok sok sek sok sek nanges tgk citer ni...
asal nyanyi jek, mula la ...

Ala raja dia tu acah2 berani je tapi sebenarnya penakut.  Next eposide nanti siap dia nyorok dalam skirt Noksu uols hahaha.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2017 03:00 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 16-5-2017 02:53 PM
Ala raja dia tu acah2 berani je tapi sebenarnya penakut.  Next eposide nanti siap dia nyorok dalam ...

aduhaiii..u dh tgk ek epi latest....kalau kain masa kat istana iols yakin jek raja tu muat nk nyorok dlm kain nok su tu..tp kalau masa nok su pakai baju marhaein tu, rsa x muat nk nyorok dlm kain
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 03:00 PM | Show all posts
dauswq replied at 16-5-2017 02:46 PM
setakat 2 episod mgg lepas, tak muncul lagi kah @sukebintang ?

dengar cite die jadi killer.. ade jugak scene tunjuk killer..tp tak tunjuk muka..tapi tengok gaya..memang nmpak macam dongha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2017 03:01 PM | Show all posts
dauswq replied at 16-5-2017 02:44 PM
honey lee (nok su) should get nomination  ...

gagah jugak dia teman raja tu sehingga penghujung  ...

igt kan masa dia ckp dia kan side yg kuat tu, dia nk ke GD balik..rupe nyer suh raja buktikan raja tu kuat..mmg majuk sgt kot GD kawen dgn ga ryung...

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2017 03:17 PM | Show all posts
kartieka replied at 16-5-2017 03:00 PM
aduhaiii..u dh tgk ek epi latest....kalau kain masa kat istana iols yakin jek raja tu muat nk nyor ...

Hari ni dia orang ada relese theser sikit untuk ep 29.  Nasib le nyorok dalam skirt kembangnya tu tapi tah bau masam ke tidak dalam tu tak tahu le hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 09:55 AM | Show all posts
baru tamat ep30.. habis dah drama nih..
pasni leh fokus kat Ruler plak la..
ep 30 sorang2 dpt pembalasan
ingatkan Master Song terlepas.. nasib kena gak haha
Nenek uban sampai ke akhir hayat dok dendam kat Ah Moe Gae
Padan muka jadi hamba.. baru tau langit tinggi rendah
sian juga kat Soo Hak tp tuhla dah ko ngikut pangaii mak ko kenapa..
aishhhh

hujung2 drama tjk semmua menari lagu OST tu so lawak hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 01:49 PM | Show all posts
Edited by sukebintang at 17-5-2017 01:52 PM

dah habis pun drama ni
first time tengok cerita korea 30 episode yg memang tengah tayang kat korea..saeguk plak tu , sampai habis..selalunye 16 episode pun kene drop dekt ep 10
tak sedar pun..tiap2 pagi selasa rabu, ngadap tengok cite ni dulu
not perfect drama..tapi enjoy tgk drama ni walaupun banyak part emo&sedih..

iols makin tertarik dengan GilHyun dgn MoRi.. takde la kategori hensem gile..tapi sweet and pandai berlakon..menjiwai watak masing2..looking forward for their next drama yang jadi SooHak tu pun not bad


kalau rajin and ade mase iols buat review


suka part last tu..yang dieorg menari and BTS..banyak kali tgk part tu

BTS



Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 04:13 PM | Show all posts
bagi aku, tak baik lah gil hyun tu buat kt song dong hwan mcm tu
dia telah mengajar gil hyun mase susah dulu smpi jadi ahli politik

aku agak kecewa gak, patutnya tunjuk sisi kesian rather mcm berharap org tua mati..
tak ubahlah gil hyun dgn mereka yg rakus dgn kuasa..

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 04:20 PM | Show all posts


>> PANDUAN REVIEW <<


Majlis Pengkritik Kdrama akan pertimbangkan untuk CARI 2017 K-Drama Awards, untuk tahun ke-6.
Bagi sesiapa yang sudah menonton drama Rebel Hong Gil Dong
Browse kmania.info for more info.
Anda boleh memilih mana-mana cara yang anda rasa memudahkan anda
.

Tagkan @dauswq , @ismaha , @eddlisa_uyuk untuk menuntut kredit setelah masukkan review.

REVIEW BOX
(Pilih yang mana yang anda rasa mudah untuk dibuat)

CARA 1: >>KLIK SINI<<
CARA 2: >>KLIK SINI<<
---> Baca Review dari CARA 2
" >>KLIK SINI<<"

(Kredit extra diberikan kepada yang menulis / memasukkan review dengan lengkap/detail)




@ayushuhada04  @nohas  @atira  @kartieka  @sukebintang @Artemesiaa  @mushroomsup








Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 04:30 PM | Show all posts

tak pernah lagi kasi review wpon gila tgk citer korea...hahahhaha

aku tak pandai nak karang2 review ni.. camno???
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2017 04:34 PM | Show all posts
atira replied at 17-5-2017 04:30 PM
tak pernah lagi kasi review wpon gila tgk citer korea...hahahhaha

aku tak pandai nak karang2 re ...

hang antar cara ke-2 tu tira
mcm org jwb survey
kau ade org nak nominate kan ke?

aku mcm biasa prefer karang panjang2

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2017 05:57 PM | Show all posts
REBEL HONG GIL DONG



Rating Keseluruhan Drama:  (8.0+8.7+7.2+3.2+3.5) =30.5/4=7.65)


Kritik Keseluruhan: "Rebel Hong Gil Dong mempunyai plot yang agak mantap dan mendebarkan tapi kurang 'menyengatkan' apabila menghampiri penghujung cerita. Apapun, dengan mengadaptasi kisah pemberontakan Hong Gil Dong terhadap raja Yeosangun, drama ini tidak menghampakan kita dengan pembunuhan 'watak' tanpa sebab, ia sesuatu perjalanan yang menyeronokkan."

1. Cerita  (8.0/10)
Menyaksikan drama "saeguk" tanpa "memuaskan" hati kebanyakan pihak bukan sesuatu yang mudah. Namun, sekurang-kurangnya Rebel Hong Gil Dong telah menepikan persepsi drama "saeguk" tidak harus berakhir dengan kemenangan seseorang tanpa perlu berbunuhan antara satu sama lain.

Meneruskan legasi bapanya, Hong Gil Dong telah belajar sesuatu daripadanya, apabila hendak membalas dendam tak perlu menggunakan kudrat tenaga berpanjangan tetapi hanya dengan kemahiran memanipulasikan sesuatu keadaan menjadi sesuatu bermanfaat kepadanya. Inilah Hong Gil Dong lakukan dengan bantuan abangnya, Gil Hyeon selaku ahli politik yang menyamar di barisan kabinet Yeosangun serta beberapa orang penyangak yang sudah pun mengikat janji setia dengan Hong Gil Dong.

Drama ini masih mengikut sejarah tentang bagaimana Yeosangun dijatuhkan dan menjadi seorang begitu kejam dan rakus. Gundik setianya, Jang Nok Su digambarkan dalam bentuk "positif" walaupun di mata rakyat pada masa itu, dia ialah wanita yang jahat dan mempengaruhi Yeosangun, sehingga hidupnya berakhir dengan kematian. Jang Nok Su berjaya ditunjukkan seorang yang dikasihani, tapi sebenarnya kita hampir terlupa dia seorang yang manipulatif dan kuat cemburu.

Peranan Song Dong Hwan yang tetap dengan pendirian bahawa hierakki manusia tak boleh digugat oleh sesiapapun dalam memporak-perandakan situasi politik istana menunjukkan dia juga seperti Hong Gil Dong memanipulasi situasi semasa untuk kepentingannya. Tapi, rancangannya kecundang apabila anak murid paling dihargai, Gil Hyeon mengkhianatinya di saat-saat dia memikirkan dia telah berjaya. Akhirnya Song Dong hwan akur raja yang begitu disayanginya, kalah dengan "mereka" yang dianggapnya sebagai "pest" sebelum ni. Cuma saya agak kecewa dengan garapan cerita yang meletakkan Gil Hyeon seperti sedang berpuas hati dengan apa yang berlaku pada gurunya setelah gurunya itu mengajar dan mendidik sewaktu dia susah dan memerlukan sokongan politik.

Watak Ga Ryung pula tidak penting pada permulaannya, tetap semakin dekat di hati apabila dia bertindak menyamar diri sebagai penghibur di istana. Bagaimana dia menyimpan perasaan dan menunggu peluang membalas dendam terhadap "kematian" suaminya adalah sesuatu yang boleh dipuji.
Watak-watak lain juga agak membantu, seperti bapa Hong Gil Dong, dan Mori memantapkan lagi jalan cerita ini. Walaubagaimanapun, selain Song Dong Hwan, saya agak tak berpuas hati pada perkembangan watak Orini, adik mereka bertiga yang seakan-akan tenggelam setelah dia mendedahkan identitinya. Sekurang-kurangnya, harus ditunjukkan kenapa dia perlu ada dalam cerita ini.

Kesimpulannya, 30 episod drama ini seperti terasa sekejap saja.Bagi saya, ia suatu perjalanan yang menyeronokkan.
                                       
2. Keberkesanan Lakonan (8.7/10)
Hampir kesemua pelakon telah mempersembahkan dengan baik sekali.


Yoon Kyun Sang
Walaupun baru kali pertama membawakan watak utama, Yoon Kyun Sang masih meninggalkan aura penyangak "Hong Gil Dong" dengan wajah yang gasar. Kekurangannya hanya terletak pada kecelaruan emosi antara "naif" atau sepatutnya seorang yang "pandai" dan "taktikal". Masih boleh diperbaiki lagi kelak.


Chae So Bin
Antara aktres yang menyerlah yang mampu membuatkan mereka mudah tertawan dengan senyumannya kerana keikhlasan yang ditunjukkan. Peranannya sebagai Ga Ryung lebih menyerlah di penghujung cerita.


Kim Ji Suk
Bagi saya Kim Ji Suk agak gagal untuk menjauhkan saya daripada imej kelakarnya ke atas raja sepatutnya kejam dan rakus. Sedikit tidak kena pada gambaran Yeosangun yang dilakonkannya.


Lee Ha Nui [Best Supporting Actress]

Sangat menakjubkan lakonan ditunjukkan sebagai Jang Nok Su. Bagaimana daripada seorang pelacur (gisaeng) tak dikenali yang telah mengabaikan cinta hatinya untuk mengejar hidup lebih baik di istana, kepada seorang gundik yang "mempengaruhi" raja dengan kata-katanya. Anehnya, Lee Ha Nui tidak membuatkan kita membencinya, tapi simpati dengan "keikhlasannya" riak emosinya yang tetap setia dengan raja walaupun ada peluang untuk membebaskan diri. Akhirnya, Jang Nok Su mati dengan jiwanya sebagai penyanyi.


Kim Sang Joong
Walaupun hanya muncul 11 episod saja, tetapi dialah pendukung utama cerita di awal cerita. Menjadi ayah tiga beradik, prinsip perjuangannya diwarisi oleh Gil Dong untuk membebaskan rakyat daripada tindakan kejam Yeosangun.


Ahn Nae Sang
Sukar untuk saya lupakan watak orang tua uban atau dikenali sebagai Song Dong Hwan kerana dia adalah "shadow" di belakang tindakan kejam Yeosangun. Bagi saya, Ahn Nae Sang sememangnya pelakon yang berkarisma.


Tahniah juga diucapkan pada pelakon Sim Hee Seop (Gil Hyeon) , Kim Jung Hyun (Mori) , Seo Yi Sook (mak kepada Jeong Hak) dan juga pelakon cilik, Lee Roo Won (Hong Gil Dong semasa kecil). Mereka sedikit sebanyak penggerak cerita ini.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (7.2/10)
Kaedah pengarahan masih baik tetapi kurang kreatif. Adegan sesuatu dramatik boleh dilakukan dengan lebih baik. Sinematografi juga tidak berapa menonjol.

4. Skor muzik (3.2/5)

Instrumental sayangnya tak sehebat drama saeguk yang biasa saya tengok sebelum ini. Tetapi lagu-lagu klasik banyak menutup kelemahan ini.
Contohnya yang menjadi kegemaran saya,



Lagu nyanyian Ahn Se Hyun ini juga agak membantu dalam menaikkan perjuangan revolusi menentang kekerasan berlaku di hadapan mata.



5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3.5/5)
Not too mediocre, but overall a good drama.

Rating Keseluruhan Drama: (8.0+8.7+7.2+3.2+3.5) =30.5/4=7.65)
Nomination: Lee Ha Nui

@ismaha @eddlisa_uyuk    @isabel tacang



Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 12:21 PM | Show all posts
masa scene asssasin attack mori,okran,ohrinitu.. mula-mula iols igt dieorg nak attack mori..tapi bile tgk kali ke-2..assasin tu cakap 'catch them' pastu ohrini pun muka terkejut masa Mori cakap assasin tu nak tangkap traitor..so yg sebenanrye dieorg nak attack OhRiNi la kan..baca recap kat dramabeans pun mmg nak attack  OhRiNi


masked assassins attack them looking for the traitor Geo-in (aka Eorini).
http://www.dramabeans.com/2017/05/rebel-thief-who-stole-the-people-episode-30-final/

sebab tu la kot GilHyun pun wish die mati walaupun die penah tolong GilHyun
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 02:00 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 20-5-2017 02:01 PM
sukebintang replied at 20-5-2017 12:21 PM
masa scene asssasin attack mori,okran,ohrinitu.. mula-mula iols igt dieorg nak attack mori..tapi bil ...
watak orini tu agak kecewa gak pengakhirannye..
igtkan dia boleh main politik, tp rupanya setakat reveal identiti diri jah,   

btw sila anto review guna cara ke-2 tu ... meh sopot drama ni utk award akhir tahun
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2017 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 20-5-2017 02:00 PM
watak orini tu agak kecewa gak pengakhirannye..
igtkan dia boleh main politik, tp rupanya setakat r ...

Itulanye..Bab OhRiNi tu pun mcm tak complete je..lps die keluar dr istana tu..teacher Song tak cari pun die..tapi tgk kepadatan episod episode akhir ni..iols rase writer cut kot cite pasal ohrini


Memang nak review pun drama ni pun..tunggu ye...cite ni ngan cite Chief Kim mmg akan direview nnt  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.255507 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list