Siapa yang tak kenal dengan bekas juara WWE Dwayne 'The Rock' Johnson. Sungguh tak sangka popularitinya kian melonjak sejak berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Malah, dia juga dinobatkan sebagai 'Lelaki Paling Seksi' tahun 2016, bagi majalah People (People’s `Sexiest Man Alive’) pada pagi Selasa.
Sumber foto: http://people.com
Dwayne, 44, memberitahu majalah The Indian Express bahawa dia kini berada di 'puncak kerjayanya' selepas menerima penghormatan itu.
Bercerita mengenai kemenangan mengejut Donald Trump, Dwayne berkata, 'apa sahaja boleh berlaku'. Dia juga dengan beraninya mendakwa bahawa dia sanggup memikul tanggungjawab Presiden Amerika Syarikat jika diberi peluang, lapor portal AceShowbiz.
"Kemungkinan berlaku itu ada dan ia adalah suatu peluang hebat jika dapat membantu orang ramai. Jadi tiada yang mustahil di dunia ini. Pilihan raya baru-baru ini juga membuktikan 'apa sahaja yang tak terduga boleh berlaku'," katanya.
Sumber foto: IG Dwayne Johnson
Dwayne mungkin tiada pengalaman dalam dunia politik, tetapi dia bukanlah seorang yang asing dalam acara politik. Dia juga pernah berucap di Konvensyen Kebangsaan Republikan pada tahun 2000, di mana dia menyeru rakyat untuk mengundi.
Wah, nampaknya The Rock semakin berani untuk 'berpolitik' pula selepas mendapat gelaran lelaki paling seksi. Bagaimana agaknya Dwayne akan memimpin AS jika dia dipilih sebagai presiden negara itu? - CARI |