CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: farahanafarah

BUNGA AURELIA - by Farahanafarah

  [Copy link]
 Author| Post time 25-11-2018 11:55 AM | Show all posts
BAB 5

“Lari Joe. Apa pun yang jadi kau kena lari. Jangan biarkan mereka tangkap kau. Kalau aku dapat siapa yang jadi tali barut mereka, aku takkan teragak-agak untuk kerat lidah orang tu!” ujar Benjamin termengah-mengah. Hampir satu jam dia dan Joe bersembunyi disebalik tong sampah besar dikawasan lorong gelap itu.

        “Aku takkan tinggalkan kau Ben! Apa pun aku dengan kau!” marah Joe. Kerana Benjamin dia masih hidup, mana mungkin dia akan tinggalkan lelaki itu. Kalau hidup sama hidup, kalau mati sama mati. Itu sumpahnya.

        “Woi!!” jerkahan kuat itu menyebabkan Benjamin dan Joe bertempiaran lari.
       
“Tak guna!” marah Benjamin sambil berlari laju mnyelamatkan diri. Dia dan Joe sudah terpisah. Dia ke sebelah kanan, Joe ke sebelah kiri. Entah bagaimana nasib Joe. Harapnya Joe dapat bolos.
       
Benjamin pasang telinga, cuba mendengar andai ada yang masih mengejarnya atau tidak. Setelah pasti keadaan sedikit reda, dia menghembuskan nafas lega dengan kuat. Benjamin meliarkan mata ke kiri dan ke kanan, mencari port untuk menyorok.
       
Timbunan kotak yang agak tinggi berhampiran tong sampah usang menjadi pilihannya. Lantaklah kalau bau busuk sekalipun, asalkan dia selamat. Benjamin terduduk di atas lantai ditepi longkang yang beralas kotak untuk melepaskan lelah buat seketika.

Dia hampir tertidur namun bunyi suara orang-orang yang bercakap terus membuatkan rasa kantuknya terbang. Benjamin membatukan diri, cuba sedaya upaya untuk tidak menghasilkan apa-apa bunyi yang boleh menyebabkan penrsembunyiannya terbongkar.
       
“Dik, ada nampak tak sorang laki cina, tinggi lebih kurang abang tapi tinggi sikit. Pakai jaket kulit hitam dan seluar hitam, lalu kawasan ni.”
       
Benjamin lelah sendiri. Dia yakin itu suara orang yang mengejarnya tadi. Dia cam suara garau itu.
       
“Laki cina, muka putih-putih, rambut cacak-cacak tu eh bang?”
       
Suara perempuan yang menjawab itu tidak Benjamin kenali. Lembut dan halus suaranya, macam suara budak.
       
“Ha’ah…betul, betul. Adik ada nampak tak arah mana dia pergi?” suara lelaki itu kedengaran lagi.
       
“Nampak.” Jawab suara itu yakin.
       
Benjamin makin berkeringat. Bukan sebab panas tapi cuak dan takut.
       
“Dia ikut arah sana bang…yang dekat belakang kedai mamak tu. Abang ikut je pintu dapur mamak tu, lagi cepat sampai.” Usul suara budak perempuan itu perlahan konon seperti tidak mahu ada yang mendengar.
       
Lelaki itu segera berlari ke arah seperti yang ditunjukkan tadi. Dari kejauhan lelaki tadi mengucapkan terima kasih.
       
Tidak semena-mena Benjamin rasa lega dan sangat berterima kasih kepada sesiapa saja yang membantunya tadi. Tangan diraup ke muka berkali-kali, menghilangkan peluh yang menitik sejak tadi.
       
“Keluarlah…polis tadi dah tak ada.” Tegur suara itu.
       
Benjamin yang sedang memejamkan mata segera mencelikkan matanya. Pandangannya jatuh pada sepasang kaki yang berdiri di hadapannya sebelum perlahan-lahan dia mendongak mahu memandang wajah pemilik kaki dan suara yang menegurnya tadi.
       
Benjamin tersentak. Bunga tersengih.
“Kau…?” tuding Benjamin ke arah gadis remaja yang berdiri di hadapannya.
       
“Iye…aku…yang selamatkan kau tadi. Jomlah keluar, tempat ni busuk. Kesian dekat kau kan.” Ejek gadis itu sambil ketawa.
       
Benjamin hanya menurut. Disapu segala kekotoran yang melekat dibaju dan seluarnya. Bunga yang sedang berpeluk tubuh dipandang tanpa perasaan.
       
“Kenapa kau bagitahu polis tu aku lari ke arah sana?”
       
Bunga jongket kening.

“Habis tu nak bagitau sembunyi dekat sini? Biar polis tangkap kau? Aku tak ada masalah. Kalau nak sangat rasa tidur lokap aku boleh tolong hantarkan kau kat balai polis bergerak depan sana tu.”

Kelihatan Benjamin ketap bibir.

“Nah pakai ni.”

Sepasang topi dihulur ke arah Benjamin, sengaja mahu mengaburi pihak polis yang mungkin masih ada berhampiran.

Benjamin itu menyambut tanpa banyak bicara.

“Kau buat apa kat sini?” soal Benjamin sambil jalan beriringan dengan gadis itu.

Gadis itu senyum sekilas sebelum terbatuk kecil.

“Aku tinggal sini. Kau apehal kena kejar polis? Rompak orang eh?”

“Kau ingat aku macam kau?” marah Benjamin.
“Rileksla bro…itu pun nak terangkat punggung. Gurau-gurau je.”
“Kenapa kau tinggal sini? Aku rasa hasil duit kau jadi penyeluk saku tu sudah cukup banyak untuk kau dapatkan tempat yang lebih selesa dari ini. Bukan begitu?”

“Apa boleh buat, rezeki tak ada. Duit aku kena kebas dengan penyangak masa aku tidur dekat masjid. Penyangak kebas duit penyangak, so tak ada hal sangat lah kot.” Bunga gelak kuat. Walau ada rasa sakit hati tapi aku halalkan saja. Lagi pun duit haram jugak. Dia gelak lagi.

Serious Bunga tak sangka boleh terserempak lagi dengan Benjamin ini. Dia nampak segalanya. Masa polis kejar si Ben ni pun Dia nampak. Ben menyorok mana pun dia tahu.

“Kenapa kau tolong aku?” akhirnya soalan yang Bunga jangkakan keluar juga dari mulut Benjamin.

“Aku kenang budi punya orang. Kau pernah lepaskan aku dulu, masa aku curi wallet kau. Jadi hari ni aku pulak selamatkan kau. Okaylah, aku rasa sampai sini je lah. Aku blah dulu. Bye!”

Tanpa menunggu balasan dari Benjamin, Bunga meninggalkannya tapi baru beberapa langkah Benjamin panggil nama aku.

“Bunga!”

Bunga berpaling ke belakang, merenung Benjamin dengan pelik. Apa lagi lah lelaki cina ini mahu.

“Jom ikut aku…” dengan itu tangannya ditarik supaya mengikut dan dia hanya menurut. Hilang upaya untuk menegah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2018 11:56 AM | Show all posts
BAB 6

10 tahun kemudian.

“Babe! Menung apa ni? Jomlah join kitorang. Kau senyap je dari tadi ni apehal?” ajakan Cindy merencatkan segala lamunanku. Wajah gadis cina berketurunan Iban yang cantik ini aku renung sekilas. Dialah satu-satunya kawan yang rapat dengan aku semasa di universiti dulu.
       
“Tak ada apalah, teringat masa budak-budak dulu.” Ujarku perlahan.
       
Cindy mendengus perlahan.
       
“Sudahlah babe, yang lepas tu biarlah lepas. Hidup kau pun makin better sekarang kan. Jadi segala yang terjadi dulu dah tak ada penting dan gunanya untuk kau ingat. Hidup yang kau ada sekarang ni baik kau nikmati sepuas-puasnya.”
       
Itulah Cindy, sentiasa positif dan tidak suka semakkan kepala. Lama-lama aku pun terikut perangai dia.
       
“Dah! Dah! Jom! Hari ni birthday kau, takkan kau nak moody macam ni. Mana boleh birthday girl moody. Tak fun lah!”

Cindy tarik aku ke arah rakan yang lain. Aku tergelak sambil mengikutinya.

Nadia yang sedang mengunyah kek hari jadiku tersenyum manis.

“Ha…macam nilah birthday girl yang kita mau.” Ujarnya sambil mencium pipiku.

“Bunga…Ben tak datang ke sambut birthday kau?” soal Nadia sambil menghulurkan segelas coke kepadaku.
Aku geleng kepala. Setahu aku Ben masih di luar negara. Mungkin minggu depan baru dia akan pulang. Coke ditangan aku sedut perlahan.
“Nope…next week baru dia balik katanya. So dia tak datang la malam ni. But aku tak kisah pun sebab nanti mesti dia kasi aku hadiah baekkkk punyaaaa…” ketawaku sambil menunjukkan ibu jari kanan.

Bergema ruang vvip di kelab malam itu dengan ketawa aku, Cindy, Nadia dan rakanku yang lain.

“Untunglah orang ada abang yang kaya raya dan tak kedekut macam Ben tu…” usik Cindy. Aku hanya ketawa.

“Weh, agak-agak Ben nak ambik adik angkat lagi tak? Kalau nak, aku nak propose diri aku sendiri jadi adik angkat Ben.” Sampuk Wulan yang sejak tadi leka menghadap laptop miliknya. Wulan dan laptop memang tak dapat dipisahkan.

“Tak adanya Ben tu teringin nak ambik kau jadi adik angkat dia lah! Bunga ni lain. Dia cantik, sebab tu Ben nak ambik dia jadi adik angkat!”

Saja je Nadia nak bakar Wulan. Gadis itu mencebik geram.

“Habis tu kau nak kata aku tak cantik lah ni?”

Kami semua tergelak. Hanya Wulan yang memuncung.

“Semua kawan-kawan aku ni cantik macam bidadari ok. Macam Victoria’s Secret angels!” ujarku meredakan keadaan. Wulan tersengih-sengih, yang lain hanya ketawa.

Ketawa kami semua terganggu dengan bunyi iPhone X milikku, namun seketika saja sebelum mereka kembali tenggelam dalam gosip dan ketawa.

Aku buka aplikasi Whatsapps. Ada pesanan dari Ben.
Ben: Pandang bawah.

Ringkas sekali pesanannya. Aku bangun dari sofa separa bulat dan berdiri di hadapan dinding kaca lutsinar. Tak ada apa yang pelik pun. Hanya pengunjung yang begitu asyik menari dan berhibur. Lampu disco yang berbagai warna menambahkan lagi keseronokan mereka.

Dari dinding kaca itu aku dapat lihat dengan jelas hampir keseluruhan ruang kelab malam mewah ini. Bilik ini dibina khas oleh Benjamin untuk aku mengawasi keadaan kelab malam. Melalui ruang ini juga aku dapat lihat jika ada yang cuba membuat onar dalam salah satu kelab malam milik Ben ini. Walkie talkie juga disediakan supaya senang untuk aku berhubung dengan bounzer dan pekerja kelab.

Tapi apa yang Ben suruh pandang? Bukan ada apa pun. Semuanya sama seperti malam-malam yang lepas. Pasangan yang sedang bercumbu dan meraba sesama sendiri atau mereka yang asyik terkinja-kinja dilantai tari, mahupun mereka yang jalan terhuyung hayang akibat mabuk. Tak ada yang lain, semuanya sama.

Bunga: Nak pandang apa? Sama je semua…ish!

Ben: Pandang dengan mata. Bukan hidung! Itulah siapa suruh pakai bulu mata palsu panjang sangat.

Ewah-ewah Ben ni. Bukan main kutuk aku.

Bunga: Ada pulak orang mata kat hidung kannn…
       
        Selesai membalas whatsapps Ben aku scan satu persatu kelainan yang ada dalam ruang bawah kelab malam itu. Macam sama je. Apa yang Ben suruh aku tengok.
       
Baru saja nak putus asa, aku nampak ada orang melambai-lambai dari bawah. Oleh kerana keadaan lampu yang sedikit suram waktu itu, aku memicingkan mata supaya dapat mengecam siapa yang melambai aku.
        Setelah seketika, aku tersenyum lebar. Ben!
       
Tak tunggu lama aku terus meninggalkan rakanku yang terpinga-pinga kemudian menuruni anak tangga marmar berwarna hitam yang cantik untuk menuju ke ruang bawah.
       
“Ben!!!” jeritku kuat. Memang tak ada siapa nak dengarlah dek kerana muzik yang berdentam dentum.
       
Sampai saja di hadapan Ben, tubuhnya aku peluk erat. Rindunya aku pada Ben. Kedua belah pipinya aku cium manja. Pipiku juga dikucup mesra oleh Ben.
       
“Ben! I miss youuuu…” Ben ketawa galak. Tubuhku diraih ke dalam dakapannya. Aku turut membalas.
       
“I miss you too my lil princess. My lil sister look so pretty. Happy birthday honey…”
       
“Awhhh…thanks Ben. Hadiah mana?” pintaku tanpa segan silu. Ben ketawa lagi. Pasti mood Ben sangat baik sebab tu dia asyik ketawa dan senyum saja. Kalau anginnya datang semua gerun mahu mendekat.
       
“Mestilah ada…untuk satu-satunya adik aku yang tercantik ni, pasti aku akan sediakan hadiah yang terbaik.”
       
Aku sengih malu. Ben abang yang paling aku sayang. Walaupun kami tidak ada pertalian darah namun kasih sayang aku pada Ben melebihi segalanya. Kerana Ben lah, aku dan apa yang aku ada sekarang. Ben telah menjaga aku sebagai adiknya dengan baik sekali.
       
“Kata minggu depan balik, ni tiba-tiba muncul apehal?” soalku pada Ben. Lengannya ku paut mesra.
       
Ben gosok kepala aku dengan tangan kanannya.
        “Janganlah…rosak rambut.” Marahku.
       
“Hari ni kan birthday kau. Kau pun tahu aku tak pernah missed birthday kau kan. By the way aku dah sediakan hadiah yang terbaik untuk kau. Seperti apa yang kau mahukan.”
       
Aku teruja. Kalau hadiah dari Ben, belum pernah ada yang mengecewakan.
       
“Really??? Bestnya! Mana?”
       
Satu kotak kecil empat segi yang dihiasi reben berwarna merah di serahkan kepadaku oleh Ben. Sekali pandang macam kotak cincin.
       
“Hadiah kau kat luar sana. Pergilah tengok. Aku nak naik office kejap, ada kerja sikit. See you later.” Ben cium pipi kiri aku sekilas sebelum berlalu.
       
Aku menyanyi riang dan berlalu keluar dari kelab. Hadiah dari Ben pasti mahal-mahal semuanya. 10 tahun tinggal dengan Ben sebagai adiknya, aku sudah kenal sangat perangai abang angkatku itu. Apa saja keinginanku pasti tidak akan dikecewakan.
       
Tak sabar rasanya mahu lihat apa yang Ben sediakan buatku sebagai hadiah hari jadi aku yang ke 24 tahun. Aku menyelit dan menolak batang tubuh yang menghalang laluanku. Siulan nakal dari lelaki miang yang sedang melepak diruang luar kelab tidak aku hiraukan. Biasalah lelaki, pantang nampak perempuan cantik dan seksi, pasti cuba nak menjerat.
       
“Oh my God!!!” jeritku teruja. Apa yang aku lihat depan mataku kini sangat mengujakan. Joe yang sedang menghisap rokok di luar kelab terus mendengus bil mendengar jeritan nyaringku dan segera menutup kedua belah telinganya dengan tapak tangan.
       
Ah! Aku tak peduli. Yang penting aku suka sangat hadiah ni. This is AMAZING!!!

Enjin kereta baru milikku hadiah dari Ben aku biarkan begitu kerana dalam masa beberapa saat enjinnya akan mati sendiri. Itulah kelebihan Nissan Skyline GTR-35 milikku yang diubah suai oleh Ben mengikut cita rasaku. Berwarna pink dan ditinted cerminnya. Seat leather berwarna merah juga ditempah khas berserta sulaman namaku pada headrest seat pemandu. Setiap kali pedal minyak ditekan, ngauman enjinnya pasti bakal membuatkan sesiapa yang mendengar terpegun. Belum lagi masuk part mereka terkejut melihat ianya dipandu seorang perempuan seperti aku.
       
Beberapa bulan sebelum hari jadiku, setiap hari aku bercerita tentang kereta ini kepada Ben. Kereta ni cantik, kereta ni laju, kereta ni itu, kereta ni ini. Bestnya kalau aku dapat pakai dan akhirnya Ben tunaikan permintaan aku. Malah setiap apa yang aku inginkan dan angankan Ben telah realisasikan. Sekarang aku dah ada 2 biji kereta. Porshe Panamera Turbo dan Nissa Skyline GTR-35 ini. Happynya!
       
Ruang porch kereta yang dibina khas dalam banglo milik Ben aku perhatikan. Mencari kereta mana yang tak ada. Kalau semua cukup maknanya Ben ada kat rumah tapi kalau ada yang tak ada itu tandanya Ben keluar.
       
“Susah betul ada banyak kereta ni. Yang mana tak ada pun susah nak cam.” rungutku perlahan sambil menuju ke arah lif.
       
Aku tekan angka 1, menuju ke ruang tamu rumah yang menempatkan ruang santai dan dapur. Terbuka saja pintu lif, aku sudah nampak kelibat Peter sedang menunggu. Aku tersenyum manis.
       
“Hai uncle! Laparlah…ada makanan tak?” soalku ceria sambil melangkah keluar dari perut lif.
       
Uncle Peter tersenyum sambil menganggukkan kepala. Tangannya dihulur untuk mengambil handbagku, aku biarkan.
       
“Makanan sudah terhidang. Cik Bunga nak makan sekarang? Tak nak mandi dulu?”

Aku menggeleng.
       
“Lapar sangat dah. Nak makan dulu.” Aku usap perut yang dibaluti evening dress paras lutut. Kali terakhir aku makan waktu lunch tadi, sekarang dah hampir pukul 9 malam. Memang laparlah jawab dia.
       
Meja makan yang memuatkan 12 orang membuatkan aku terasa kerdil dan sunyi bila duduk seorang diri. Kalau makan dengan Ben pun aku tetap akan rasa sunyi sebab meja ni besar sangat. Lampu chandelier yang tergantung ditengah-tengah meja makan aku renung sambil menunggu bibik cedukkan nasi ke dalam pingganku.
       
“Terima kasih, bik.”

Bibik senyum manis.
       
“Pukul berapa lagi Ben keluar uncle?”
       
Nasi aku suap ke mulut. Sedapnya! Bibik masak memang sedap, sebab itulah aku selalu makan di rumah. Yang jarang makan di rumah adalah Ben. Boleh dikira dengan jari je.
       
“Lebih kurang 10 minit sebelum Cik Bunga sampai.”
       
“Oh…” tak tahu nak balas apa, itu saja jawapanku. Okeylah tu dari tak ada.
       
Cepat-cepat aku habiskan makanan sebelum mengelap mulut dengan napkin yang disediakan. Tanpa sepatah kata aku menuju ke tangga yang diperbuat dari kristal untuk menuju ke bilikku yang terletak ditingkat 3.
       
Aku tak berapa rapat dengan bibik mahupun uncle sejak kejadian beberapa tahun yang lalu dimana aku ajak lelaki separuh abad itu dan bibik makan bersama telah mengundang kemarahan Ben. Teruk bibik dan uncle dimarahi dan aku rasa bersalah sangat. Tujuan aku ajak mereka makan bersama adalah kerana aku bosan. Tinggal dalam rumah yang persis istana dan makan sorang-sorang. Boleh gila dibuatnya.

        Kod keselamatan 4 angka aku tekan satu persatu dan setelah bunyi beep kedengaran aku tolak pintu besi yang berat itu. Rasa sejuk aircond yang terpasang 24 jam menampar pipiku. Rasa lega sangat dapat balik rumah dan bersendirian. Level 3 Ben bina khas untuk aku beberapa bulan sebelum aku pulang ke malaysia sebagai hadiah ijazah yang aku perolehi dari University of Manchester. Dan aku suka sangat!
       
Seluruh tingkat adalah ruangku, dibina persis penthouse mewah. Lengkap dengan segalanya termasuk sky pool yang dibina menghadap bukit. Satu pemandangan yang sangat menyejukkan mata yang memandang.
       
Evening dress yang tersarung sedari tadi aku tanggalkan dan biarkan terdampar di atas lantai. Aku terus melangkah ke dalam bilik mandi untuk membersihkan badan, menghilangkan peluh yang sudah kering. Seharian aku melepak dengan rakan-rakanku, sekarang tiba masa untuk aku membersihkan diri dan berehat. Malam ni aku tak ada mood nak ke kelab. Aku yakin, Cindy dan yang lain mampu mengawalnya untukku.
       
Keluar saja dari bilik mandi aku lihat dress yang kupakai tadi sudah tiada tapi aku biarkan saja. Aku melangkah ke dalam walk-in-wardrobe yang menempatkan beratus pasang pakaianku. Aku menuju ke sebelah kanan, ruang untuk pakaian santai dan pyjamas. Sehelai t-shirt v-neck berwarna kelabu aku tarik keluar, dipasangkan dengan seluar tidur La Senza yang berwarna pink.
       
Aku pandang saja vanity desk yang terletak dihujung ruang walk-in-wardrobe, tak terasa mahu manjakan diri malam ini. Yang aku mahukan adalah rehat dan beauty sleep yang aku idam-idamkan sejak siang tadi lagi. Hari ni hari yang memenatkan bagiku.
       
Controller sebesar size ipad aku capai, lampu aku malapkan dan televisyen aku pasang. Malas mahu melekatkan kembali controller pada dinding, aku campakkan saja ke atas sofa. Katil king size aku panjat sebelum mataku tertancap pada segelas susu ditepi katil. Peter memang tahu apa kehendakku. Susu suam memang kegemaranku sebelum tidur tapi biasanya aku akan arahkan Peter atau bibik sediakan buatku tapi kali ini tak payah suruh pun. Boleh kasi naik gaji ni. Aku gelak sendiri.
       
Susu memang kelemahanku, pantang masuk perut mulalah kelopak mata bagai digam-gam. Tak tunggu lama comforter tebal ku tarik sampai ke paras dada. Tv kubiar terpasang, sudah biasa tidur dengan tv terpasang, kalau aku tak pasang tv pasti susah untuk lelapkan mata. Dan boleh dikatakan setiap malam…aku dapat mimpi ngeri.























Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 11:57 AM | Show all posts
BAB 7

Panggilan dari Daniel tidak aku hiraukan. Aku buat pekak, aku buat bisu, aku buat buta. Malas aku nak layan jantan gatal macam Daniel ni.
       
“Bunga! Bunga! Hei…you dengar tak I panggil ni!”
       
Aku sentap kembali tanganku yang disentap Daniel sebentar tadi. Mataku cerlung tajam ke arahnya.
       
“Kau nak apa Daniel? Aku sibuk lah.” Pergelangan tangan yang terasa sakit aku usap perlahan. Langsung aku tak pandang wajah Daniel kali ni.
       
“Sakit ke? Sorry sayang…” ujar Daniel meleret. Aku jeling sekilas. Rasa nak termuntah.
       
“Bunga…jomlah lepak dengan I and kawan-kawan, semua nak kenal dengan you yang cantik manis ni. Jomlah I kenalkan you dekat dorang.”
       
Tangan Daniel kembali menjalar dekat lenganku yang terdedah. Rasa bengkak pula hatiku dengan lelaki ini yang suka meraba sana sini.
       
“Kau cakap pakai mulut ke pakai tangan?”
       
“Oh…sorry dear.” Daniel tarik tangannya.
       
“Alah you ni macam tak biasa pulak. You janganlah jual mahal sangat, nanti tak ada orang nak beli padan muka you.”
       
Daniel tersengih gatal. Kacak tapi perangai miangnya memang buat aku tak tahan. Benci!
       
“Ha’ah! Memang aku tak nak jual pun. Baguslah kalau ada yang tak nak beli, sebab kalau ada yang nak beli pun bukan mampu! Harga mahal! Sangat!” tekanku sambil menghadiahkan cebikan sinis buat Daniel.
       
Lelaki itu hanya ketawa riang.
       
“I kan…suka sangat tau kalau perempuan jual mahal. Challenging sangat. Tapi tak apa Bunga, satu hari nanti you pasti melutut dekat I jugak kan? You aka merangkak cari I.”
       
Aku ketawa sinis. Perah santan sangat! Perasan! Aku merangkak cari kau ke kau yang merangkak cari aku sekarang ni, kutukku dalam hati.
       
“Dah habis cakap? Kalau dah habis, excuse me…I nak naik atas. Syuhh…tepi sikit.” Aku goyangkan tangan kananku persis menghalau kucing kurap. Dapat kulihat ada api kemahan yang membakar dimata Daniel.
       
“Berani you halau I eh Bunga.” Lelaki itu ketap bibir.
       
“Ok I izinkan you naik atas tapi sebelum tu you kena jumpa kawan I dulu.”
       
Siap nak bagi izin pulak dah, apa dia ingat dia laki aku agaknya. Aku buat bolayan.
       
“Kawan you kan, so…you lah pergi jumpa! Apehal nak libatkan I pulak!” ujarku sedikit kuat demi melawan bunyi muzik yang makin galak dalam kelab.
       
“Lagipun, I dah ramai kawan. I tak perlukan kawan you atau you untuk jadi kawan I. Dah! Tepi…meluatlah aku tengok muka kau!”
       
Sabarku makin hilang. Aku tolak Daniel ke tepi sebelum berlalu mendaki anak tangga menuju ke ruang vvip, tempat biasa aku dan rakanku melepak. Tidak aku pedulikan riak Daniel. Bukan penting pun padaku.
       
Sayup-sayup kedengan suara Daniel memaki hamunku tenggelam dek bunyi musik langsung tidak aku pedulikan. Lantak kaulah Daniel nak kata apa pun. Malas aku nak ambil tahu.
       
Bunyi muzik yang menerobos masuk dari pintu yang kubuka membuatkan Wulan yang leka dengan laptopnya berpaling. Aku senyum lebar.
       
“Hei…kau sorang je? Mana yang lain? Soalku apabila melihat ruang yang luas itu hanya ada Wulan seorang.
       
Wulan balas senyumanku. Tangannya dilambaikan ke arahku.
       
“Hai gorgeous! Yang lain kat bawah, kau tak terserempak dengan dorang ke?” soal Wulan kembali. Mana nak terserempak dengan rakanku kalau dah ada ulat bulu naik daun yang kacau aku.
       
“Oh ye ke…tak perasan  aku.”
       
Dinding kaca aku rapati, cuba mencari kelibat rakanku yang lain.
       
“Nadia aku nampak tu ha…tengah menari dengan mamat mana entah. Kemain lagi perempuan ni.”
       
“Dia…biasalah! Mana jantan pun sauk.” Balas Wulan dari sofa yang didudukinya. Langsung tidak ada tanda-tanda mahu bangun. Wulan kalau dah asyik dengan laptop, bom meletop pun dia buat tak heran.
       
“Macam kaulah kan…kalau dapat laptop mana nak ingat orang kat depan mata.” Usikku.
       
Wulan angkat kepala sambil tersengih-sengih.
       
“Alah, aku tengah stalk bf aku ni ha…mana tau dia menggatal dekat facebook.” Wulan bela diri sambil kembali asyik dengan laptopnya.
        Aku kembali pandang ke lantai tari dari dinding kaca. Cuba mencari kelibat Cindy. Tapi tak ada.
       
“Cindy ada datang sini tak tadi?” tanyaku pada Wulan.
       
Gadis itu menggelengkan kepala. Mana pulak Cindy ni pergi.
       
“Kenapa kau cari dia?”
       
“Saja je tanya…biasa dia selalu lepak kat atas ni kan.”
       
Elok saja habis ayatku, aku nampak Cindy diruangan bar. Oh patutlah tak naik atas. Aku gelak perlahan tanpa menyedari ketawaku menarik perhatian Wulan.
       
“Kau gelak apa babe? Ada benda best ke?” Wulan seakan-akan mahu berdiri, menyebabkan aku segera bergerak ke arahnya. Malas kalau Wulan nampak Cindy sedang asyik dengan Ben. Takut nanti Wulan mengusik Cindy. Bukan dia tak tahu Cindy pantang diusik, nanti menyinga pula mak cik tu.

Tapi sejak bila Cindy rapat dengan Ben? Musykil aku…
       
“Eh ni facebook siapa? Ni bukan facebook kau kan, tapi…”
       
Aku pelik, sejak bila facebook Wulan bertukar nama.
       
“Ni facebook aku jugak tapi fake profile, aku buat untuk stalk bf aku.” Wulan gelak besar.
       
Ish Wulan ni, perangai pun boleh tahan macam budak sekolah.
       
“Kalau tak percayakan Si Amir tu, kau putus jelah apa susah.” Usulku pada Wulan yang disambut dengan cubitan pada lenganku.
       
“Auch! Sakitlah!”
“Ha…padan muka. Suka-suka hati kau je suruh aku putus!”

        Aku gelak perlahan.
       
“Yelah…memang patutlah putus kalau kau dah tak percayakan dia. Untuk apa sebuah perhubungan kalau tak ada kepercayaan.”
       
“Amboi engkau Bunga…kalau bercakap kemain. Tapi boyfriend sorang pun tak ada!” ejek Wulan. Aku hanya sengih, langsung tak terasa.
       
“Memandangkan kau banyak boyfriend dan banyak pengalaman, bak lah satu koleksi boyfriend kau.” Wulan ketawa mengekek.
       
“Haish kau ni. Choi! Aku setia pada yang satu je…mana ada koleksi-koleksi. Koleksi kasut aku adalah.”
       
Aku pandang lagi skrin laptop Wulan. Jemariku lincah bergerak di track pad Macbook Air milik Wulan. Bahagian profile picture aku klik.
       
“Cantiknya perempuan ni. Siapa ni?”
       
Wulan alih pandangan ke arah skrin laptop. Gelas air yang berada ditangannya kembali diletakkan di atas meja.
       
“Mana?”
       
“Ini…yang kau buat profile picture kau ni.”
       
“Oh ni…ni pelakon Thai, nama dia Pat Napapa.”
       
Aku kerut kening. Apa ke peliknya nama dia ni.
       
“Pelik kan nama dia?” aku angguk mengiakan kata-kata Wulan.
“Tapi dia ni cantik jugak kan? Pandai betul kau pilih gambar.” Aku gelak sambil mataku masih kekal di skrin.

        “Cantik tak cantik, kau tengoklah siapa yang pilih. Kau tau tak fake profile aku ni, lebih kurang 900++ aku dapat friend requests setiap hari tau.”
       
Hampir terbuntang biji mataku. Banyaknya!
       
“Wow! Gilalah…macamana ramai sangat yang add kau ni?”
       
Wulan tayang muka berlagak. Dagunya digosok-gosok, persis lelaki tua gatal. Aku ketawa kuat. Geli!
       
“Aku rasa sebab profile picture Pat Napapa ni. Dia kan cantik, orang zaman sekarang suka berkawan dengan orang cantik-cantik je. Kau tengoklah instagram artis yang cantik dengan yang tak berapa cantik. Yang cantik, sampai berjuta followers, yang suam-suam kuku dapatlah puluh ribu, up sikit dapatlah ratus ribu.”
       
“Aku setuju dengan apa yang kau cakap tu. Tapi Pat Napapa ni memang cantik aku tengok. Mesti yang add kau semua tu ingat original punya lah tu. Padahal…buat stalk orang. Haha”
       
Kami sama-sama terkekek bergelak ketawa.
       
“Tapi kan Bunga, kalau aku letak gambar kau yang jadi profile picture mungkin lagi ramai yang add facebook ni.”
       
“Apehal pulak nak letak gambar aku.”
       
Wulan tarik sengih.
       
“Yelah…kalau nak dibandingkan kau dengan artis Thailand ni, kau jauhhhhhh lagi cantik dari dia.” Pujian Wulan keterlaluan sungguh bagi aku.
       
“Sorry lah babe, tak ada duit kecik.” Jawabku. Wulan terpinga-pinga sebelum ketawa kuat.

        “Kurang ajar kau! Hahaha…aku puji ikhlas la. Dah benda betul.” Tekan Wulan lagi.
       
“Ape-ape jelah babe.” Malas aku nak layan.
       
Ping!
       
“Eh ada orang tegur kau lah Wulan.”
       
“Tak payah reply. Bersepah aku dapat inbox orang nak minta number phone la. Nak berkenalan la, nak buat adik angkat, kakak angkat. Macam-macam! Yang terang-terang mengayat kata aku cantik sangat-sangat lah, rasa nak buat bini lah. Kau buat tak tau je.”
       
Aku jongket bahu.
       
“As you said mi lady”
       
Dalam pada aku leka membelek facebook palsu milik Wulan, notification diruangan message berwarna merah menandakan ada pesanan masuk. Wulan di sebelah yang leka dengan handphone aku siku lengannya.
       
“Apa babe? Nak selfie ni, nak whatsapps my kesayangan ni. Janganlah kacau.” Marah Wulan.
       
“Ni ha…ada orang inbox kau ni.”
       
“Kau buka lah baca apa dia tulis.” Suruh Wulan.
       
Dalam teragak-agak aku klik juga ikon merah itu.

Hardy Mikail: Hei pretty! Thanks approved I. ;) Hope dapat kenal you dengan lebih dekat dan erat.

        “Euww…lain macam bunyinya.” Aku buat muka, rasa geli tiba-tiba.
       
Wulan kalih pandang ke arahku sebelum matanya terpaku ke skrin laptop.
       
“Cuba kau klik profile dia, aku nak tengok sikit.” Suruh Wulan. Dia sudah mnegengsot rapat ke arah laptop. Aku hanya menurut suruhannya sebentar tadi.
       
“Kau kenal ke dia ni?” soalku sambil menunggu skrin memaparkan laman facebook Hardy Mikail.
       
“Buka part gambar dia.”
       
Tanpa menghiraukan soalanku, Wulan mengarah.
       
“Ha…dia ni ke?! Gatal jugak mamat ni ek.” Kutuk Wulan, bibir dicebik tanda meluat. Aku jugak yang terpinga-pinga.
       
“Siapa ni? Mana kau kenal?”
       
“Apa tak kenalnya babe, kaki kelab jugak ni. Selalulah jugak aku tengok dia datang sini. Bertukar perempuan sana sini. Dia ni hot sebab anak orang kaya dan dia sendiri pun memang kaya, rupa pun kacak itu yang semua berebut. Pakai pulak kereta sport, mana tak meleleh perempuan pisau cukur tengok.”
       
Aku tergamam, banyak jugak info si Wulan ni tahu, bukan main lagi dia eh.
       
“Macamana dia boleh ada dalam facebook fake ni? Kau add dia eh?”
       
Wulan buat muka.
       
“Choi! Tak hingin aku playboy ni. Dia lah add aku kot. Aku dapat request beratus satu hari, tak ada maknanya aku nak cek satu-satu. Semua aku approved, dia pun termasuk lah agaknya.”
       
        Aku terangguk-angguk, berpuas hati dengan jawapan Wulan.
       
“Weh, try kau reply message dia tadi. Tengok dia melayan tak.” Bersinar-sinar mata Wulan menghadap aku.
       
“Ish, tak nak aku. Kau lah reply! Facebook kau kan.”
       
“Alah kita nak main-main je pun. Nak tengok buaya KL ni tersungkur ke tak.”
       
Aku mengeluh sebelum jariku menaip sesuatu di atas keyboard.

        Miranda: Hai…nice to know you.

        Ringkas saja balasanku. Miranda? Kemain lagi nama samaran Wulan ni. Aku tergelak sendiri.
       
“Tak reply pun…” adu Wulan.
       
“Malam ni kan malam minggu, sibuk berparti kot.” Telahku nakal.
       
“Mungkinlah…”
       
“Eh! Eh! Dia reply…” teruja sungguh Wulan.

        Hardy Mikail: Hei pretty! Tak tidur lagi ke? Dah lewat ni. ;)

        “Dia nak borak lah…reply lagi babe. Kau taip situ, awal lagi la bang.”
       
Baru aku nak taip aku terhenti.
       
“Kepala hotak kau!” marahku sambil ketawa. Wulan tersengih.

        Miranda: Belum.

        Bahuku dipukul Wulan.
       
“Wei! Itu je kau balas?!”
       
“Dah tu nak balas apa? Nak taip panjang lebar macam surat cinta bubuh bedak berkepuk-kepuk tu?”
       
“Taip lah panjang sikit…kau ni pun.”
       
“Ha tu! Dia reply lagi. Cepat-cepat balas balik, kali ni panjang sikit.” Wulan makin seronok nampaknya. Aku pun tak kurang jugak!

Hardy Mikail: Birthday you sama bulan dengan I, birthday I 15th August 1885. You 18th August 1990. Sweet je kan? Nanti boleh kita celebrate sama-sama.

        1885???!! Aku dan Wulan gelak kuat.

        Miranda: Tuanya you…1885. Kita tak sepadan, bye!

        Aku dan Wulan berhi-five sambil ketawa galak. This is fun!

Hardy Mikail: Eh! Eh! Tak! Typo la dear…1985…janganlah log out dulu. Temankan lah I.

        “Baru kenal dah nak berdear, dear. Nampak nau gatai merenyam.” Ejek Wulan yang dipersetujui olehku.
       
“Tak payah layan dah lah. Lantak dia lah.” Ujarku.

Cursor ku gerakkan untuk log out bagi pihak Wulan tapi message yang masuk buatkan kerjaku terhenti.

Hardy Mikail: Maybe you busy kot but if you sudi, I memang nak kenal you dengan lebih rapat lagi. Ni my phone number 012424778111. I TUNGGU YOU.

        “Wow siap bagi number phone. Save babe no dia. Save.”
       
Wulan menggapai iPhone X milikku yang berada di atas meja kaca dan dengan selamba menaip nombor yang ada di skrin laptop untuk disimpan dalam iPhoneku. Menyesal pulak tak letak passcode. Tak pasal-pasal handphoneku diceroboh.




       














Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 11:58 AM | Show all posts
BAB 8

Tersedar saja aku dari tidur keesokan harinya, serta merta aku teringatkan Hardy Mikail. Tanganku meraba handphone yang diletakkan di sebelah bantal. Segera aku buka ruangan contacts. Nama Hardy Mikail aku search. Lama aku renung nombor yang tertera. Aku terasa seperti mahu menghubunginya. Tak tahu kenapa, sedangkan aku tak pernah kenal dia dan dia pun tak pernah mengenali aku. Semalam chatting pun berapa kerat lah sangat. Namun naluri aku untuk mengenalinya terasa membuak-buak.
       
Nafas kutarik dan kuhembus beberapa kali, mencari kekuatan yang entahkan untuk apa. Aku sentuh skrin yang masih menyala, mahu menghantar SMS. Beberapa patah perkataaan aku taip dan aku padam kembali, mencari patah perkataan yang sempurna buat Hardy Mikail. Akhir sekali aku taip seringkas mungkin.

“Hai Hardy Mikail.” Bacaku sepintas lalu sebelum butang send ditekan.

Seminit…dua minit…lima minit…namun langsung tiada balasan. Aku salah nombor agaknya. Tak pun Wulan salah taip nombor. Hmmm…lantaklah, malas nak fikir aku bangun menuju ke bilik mandi. Berendam dalam jakuzi lagi best.

Tubuhku terasa segar dan bersih. Kalau tak kerana aku ada temu janji di Port Klang, mahu aku berlama-lama lagi dalam jakuzi yang dipenuhi buih-buih harum mewangi. Lilitan tuala dikepala aku perkemaskan. Sambil aku memilih baju untuk dipakai, aku menyanyi perlahan.

“Ha…this is nice.” Sehelai dress putih bercorak bunga-bungaan aku tarik keluar dan ku acukan ke tubuh. Beberapa kali aku berpusing depan cermin besar untuk melihat kesesuaian dress yang belum pernah kupakai itu.

Setelah berpuas hati aku berjalan pula ke bahagian yang menempatkan jaket milikku. Memandangkan hari masih siang, penggunaan jaket kulit pasti tidak menyelesakan dan tidak bersesuaian, maka jaket denim mengikut potongan badan menjadi pilihan. Pakaian pilihanku itu aku letakkan di atas sofa bulat yang diletakkan ditengah-tengah ruang wardrobe tersebut, kemudian aku duduk di hadapan vanity desk dan mula bersolek.

Sebelum keluar dari ruang kamar, aku melangkah perlahan ke arah cermin besar yang terletak dipenjuru bilik untuk memastikan penampilanku menarik dan tiada cacat celanya.

Dress tadi yang labuhnya mencecah lutut aku sentuh perlahan, melicinkan tempat yang mungkin berkedut. Jaket denim yg kubeli dari butik Roberto Cavalli aku betulkan sedikit kedudukannya supaya kemas dan terletak elok. Rambut yang keperangan dan berombak aku kuak kebelakang supaya tidak menutupi dadaku yang terdedah sekaligus menonjolkan rantai emas yang dihiasi loket berbentuk bunga yang tergantung dileher. Mekapku juga menambahkan kecantikan yang sedia aku miliki.

Setelah berpuas hati dengan penampilanku, sepasang heels Loubotin berwarna kuning aku sarungkan ke kaki, melengkapkan penampilan apabila tas tangan dan kasutku sedondon.

Keluar saja dari dalam lif, aku tersempak dengan Ben yang baru pulang. Matanya nampak sembab, mungkin belum tidur telahku. Takkan mata Ben sembab sebab menangis. Memang mustahil.

“Where you heading to?” tegur Ben. Aku sudah pelik.

“Meeting dekat Port Klang lah. Kenapa? Kau jugak yang suruh aku pergi kan?” soalku kembali.

“Pakai macam ni?” soal Ben lagi sambil pandang aku atas bawah.

“Dah tu? Tak boleh ke?”

Ben ketawa.

“Bukan tak boleh tapi cantik sangat. Macam nak pergi dating.” Usik Ben.
“Orang kalau dah cantik, pakai daun pisang pun cantik.” Aku puji diri sendiri membuatkan Ben cebik bibir.

“Take care. Drive safe. Aku nak naik atas, nak tidur.”

“Ok, good night then.” Tetap aku ucap goodnight walaupun sekarang sudah pagi.

Ben cium pipi aku sekilas, tak sempat mahu membalas Ben sudah masuk ke dalam perut lif.

Porsche Panamera berwarna putih menjadi pilihanku hari ini. Padan sangat dengan warna bajuku. Pintu garaj automatik terbuka apabila aku tekan remote yang berada ditanganku bersama-sama dengan kunci kereta. Kereta bergerak perlahan-lahan keluar dari parkir dan mula membelah jalan. Hampir setengah jam perjalanan barulah keretaku bertemu dengan jalan besar yang sibuk.

Rumah yang kami duduki agak jauh dari jalan besar dan perumahan lainnya tapi aku suka kerana ianya tenang dan sunyi. Tak serabutkan kepala.




Ding! Ding!
       
Bunyi whatsapps masuk mengganggu semua yang berada dalam bilik mesyuarat. Aku berdeham beberapa kali sebelum mengambil iPhone yang terletak di atas meja berdekatan botol air mineral di hadapanku.
       
“Excuse me, sorry…please continue.” Ujarku perlahan tanda rasa bersalah menyebabkan mesyuarat tergendala seketika. Cepat-cepat aku silentkan iPhone tapi sempat jugaku jeling ke arah skrin. Ada whatsapps yang masuk.
       
Dalam pada Janet sibuk menerangkan slide power point yang terbentang di skrin di hadapan kami semua, aku curi-curi buka whatsapps. Lagipun aku tak rasa apa yang Janet terangkan di hadapan penting dan memerlukan fokus yang penuh. Yang aku nampak Janet tergedik-gedik dan asyik ulang info yang sama. Sambil tidur pun aku boleh faham apa dia cakap.
       
Aku sembunyi senyum. Pesanan whatsapps dari Hardy Mikail.

Hardy Mikail: Hai Miranda! Sorry for late reply, I was busy but you made my day. Your text really make me smile.
       
Aurelia: How do you know I yang sms you?
       
        Beberapa saat saja Hardy Mikail sudah membalas.

Hardy Mikail: Mestilah I tau sebab I bagi you je number phone I, mana I ada bagi orang lain.

Hardy Mikail: But why its Aurelia? Not Miranda?

Aku garu kepala. Uh uh…almost kantoi. Ish, menyesal pulak aku contact mamat ni. Apa aku nak kencing dia ni. Gasaklah apa pun.

Aurelia: Urm…Miranda is my mum’s name. she passed away around 10 years ago.

Sorry ibu!

Hardy Mikail: Oh, sorry dear…I tak tau. So I nak panggil you apa? Aurel? Lia?

Aurelia: Up to you. Mana-mana yang you rasa selesa.

Hardy Mikail: Kalau up to me I nak panggil you sayang. ;)
Euww…jijik! Terus aku tak reply. Tak boleh betul aku dengan orang yang belum apa-apa dah nak menggatal ni. Alergik semacam okay!

“Miss Bunga…I am very frustrated with you.”

Aku terpinga-pinga mendengar namaku disebut. Excuse me, what??

“What was that all about? Care to explain?” soalku. Satu pandangan tajam aku hadiahkan buat Janet yang sedang merenungku di hadapan. Mereka yang lain hanya memandangku dan Janet berulang kali.

“I tengah explain a lot of information kat depan ni but then you kat situ tersengih-sengih and tergelak-gelak with your phone. Please have some respect.” Angkuh sekali Janet melaharku.

Berani dia sound aku, siap membohong lagi. Bila masa aku tergelak-gelak, tersengih-sengih! Paling kuat pun aku senyum je. Aku tak rasa aku mengganggu ketenteram sesiapa pun. Rasa nak ku maki hamun saja perempuan ni.

“Well…its none of your business.” Akhirnya itu saja balasanku. Tak kuasa nak meninggikan suara dan marah-marah. Tak dapat faedah. Aku tak nak jadi specis bimbo macam Janet.

“Yes it is my business. You menyakitkan mata I bila asyik dengan handphone. Terganggu konsentrasi I dan orang lain!” suara Janet yang melengking kuat membuatkan amarahku memuncak membuakan aku segera berdiri. Ekspresi muka masih kukawal.

“I admit yang I memang busy sangat dengan my phone. You know why? Sebab…phone I lagi interesting dari presentation you. Sorry ladies and gentlemen, I think I got to go now because otak I ni macam automatik sikit. Tak boleh absorb information yang sama berulang kali. Sekali key-in dah cukup, key-in banyak kali pun buat rugi space je.”

Dengan itu aku berlalu ke arah pintu keluar, berdetap-detup bunyi heels ku berlaga dengan lantai ruang mesyuarat.

Sebelum aku menarik daun pintu, sempat aku berpaling ke belakang dan menghadiahkan seulas senyuman sinis buat Janet.

“You know what…presentation you sangat awful! You keep on repeating the same informations. That’s why I bosan. Baik I dengar radio tamil dari dengar you cakap. Bye…see ya!” pintu kuhempas kuat. Dari kejauhan dapat ku dengar bunyi mereka ketawa. Pasti Janet berapi denganku. Lantaklah, siapa suruh busy body hal aku.

Masuk saja dalam kereta cepat-cepat aku hidupkan enjin dan buka aircond, saja nak sejukkan hati yang agak panas. Iphone aku buka, whatsapps dari Hardy Mikail. Sangkaku bila aku tak reply dia senyap tapi bukan main galak lagi mamat ni.

Hardy Mikail: Are you there?

Hardy Mikail: Kesian I if you tak nak layan I. ;(

Aku tak tahu nak balas apa. Beberapa saat kemudian satu lagi whatsapps masuk.

Hardy Mikail: Maybe you busy but bila you dah tak busy jangan lupa text I, im waiting.

Aurelia: I geram gila dengan bimbo tadi! Suka hati dia je nak malukan I dalam meeting. Dengki sangat tengok I belek phone. Last-last I walk out je. Malas nak layan punya pasal. Karang kalau stay lama-lama lebam pulak biji mata anak orang I kerjakan.

Sebaik saja butang send aku tekan, terus aku rasa menyesal. Apehal aku nak mengadu kat mamat yang aku kenal pun tidak ni. Alahai bodohnya kau Bunga!

“Janganlah balas, janganlah balas. Mintak-mintak phone dia tercampak dalam air then dia tak dapat baca whatsapps aku tu. Nanti kalau dia baca dia mesti ingat aku gedik sebab benda macam tu pun nak mengadu. Dah lah tak kenal!” bebelku pada diri sendiri.

Entah-entah si Hardy Mikail tak rasa apa pun, siap malas nak layan aku lagi agaknya lepas ni. Tapi eloklah tu!

Buzz! Buzz! Iphoneku bergetar, terus aku tukar ke mode ringing. Takut nanti kalau ada call masuk aku tak perasan. Pesanan Hardy Mikail aku buka.

Hardy Mikail: Wow! Garangnya you…macam gambar kat bawah ni.

Gambar yang dihantar Hardy Mikail aku buka. Singa betina! Kurang ajar! Aku ketap bibir tapi lama-kelamaan aku ketawa.

Aurelia: Amboi…seronok nampak kutuk I. Tunggulah hari you pulak. Tau lah I nak buat apa.

Hardy Mikail: Ala…I gurau je. Kalau you singa betina pun, you tentu-tentu singa betina paling cantik atas muka bumi ni.

Aurelia: Ayat buaya sangat!

Hardy Mikail: Hahahaha…you, so funny! I suka you.

Lelaki, cepat benar…sorrylah Hardy Mikail. Aku takkan jadi mangsa kau.

Hardy Mikail: You free tak now? Since you pun dah walk out dari meeting, so I think you free. I nak ajak you makan. I belanja.

Aku jongket kening. Betul lah kata Wulan, memang playboy si Hardy Mikail ni. Belum apa-apa dah ajak keluar. Kenal tidak apa pun tidak.

Aurelia: I free…tapi…I tak rasa nak keluar dengan you.

Hardy Mikail: Oh…but why, keluar makan je. If you malas drive, I boleh pick up you.

Aurelia: No thanks…maybe next time. Lagipun I tak selesa lagi dengan you. I tak kenal you, and you pun tak kenal I. Agak bahaya for me actually.

Hardy Mikail: Dear…I tak ada niat tak elok pun dekat you. I ikhlas nak kenal dengan you. Gadis paling cantik yang pernah I jumpa.

Aurelia: Jumpa?

Saja aku mahu menyakatnya.

Hardy Mikail: Maksud I tengok. Tengok dalam FB you. ;)

Aku resah sendiri, bagaimana kalau dia tahu itu bukan gambar aku? Malah facebook itu pun bukan aku yang punya. Tapi…lantaklah, peduli apa aku. Bukan penting pun dia ni dalam hidup aku.

Aurelia: Hmmm…

Hardy mikail: Hmmm? Itu tanda you setuju ke? Kalau you setuju sekarang jugak I balik rumah, siap-siap then I jemput you. Give me 45 minutes. Is it ok? ;) ;)

Aurelia: Sekolah mana you belajar hmmm tu maksudnya setuju?

Aku ketawa kecil menunggu balasan Hardy Mikail.

Hardy Mikail: So maksudnya no lah? Kuciwanya diriku….;( ;( ;(

Aurelia: Maybe next time. Oklah got to go. I nak drive. Bye! Nice talking to you. Or I must say, nice texting with you.

Hardy Mikail: Oh how adorable you are! Nice to know you dear.

Lelaki buaya seperti Hardy Mikail ni banyak sungguh  pujian. Naik lemas aku dibuatnya. Whatsapps Hardy Mikail seterusnya aku tidak balas. Mahu menumpukan sepenuh perhatian pada jalan raya. Karang asyik berwhatsapps langgar orang tak ke naya? Kalau diri sendiri yang mati akibat kecuaian sendiri tak apa, tapi kalau nyawa lain?













Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 11:59 AM | Show all posts
BAB 9

“Hei Ben…” aku tegur Ben yang sedang menonton televisyen. Sofa kosong disebelahnya aku duduki.
       
“Kau tak keluar malam ni?” soalku pada Ben.
       
“Aku penat…”
       
“Kenapa? Kau tak sihat ke?” dahi Ben aku sentuh dengan tapak tangan. Tak panas. Aku sentuh pula lehernya, Ben elak sedikit. Aku sudah pelik.
       
“Kau kenapa?”
       
“Kenapa apa?” soal Ben kembali.
       
Aku hembus nafas perlahan. Aku tak ada masa nak layan baran Ben. Aku penat dan Ben sudah terlalu dewasa untuk naik baran setiap masa.
       
“Kalau kau tak ada apa nak cakap aku nak naik dulu. Nak mandi, kejap lagi aku nak keluar.”
       
“Nanti…” Ben tahan aku. Fokusnya pada skrin televisyen dialihkan kepadaku. Ben pasti ada perkara penting untuk diucapkan kepadaku.
       
“Aku dengar kau bergaduh dengan Janet dalam meeting siang tadi. Betul ke?”
       
Dengar saja Ben cakap macam tu, aku sudah nak naik angin. Apa lagilah racun Janet tabur pada Ben, tapi bila dengar ayat terakhir Ben aku sejuk sikit. Nampaknya Ben cuba untuk mendengar penjelasan aku dulu sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman.
       
“Kalau dah dia cakap macam tu, ye lah kot.” Malas-malas aku jawab. Bedak compact Chanel aku keluarkan dari tas tangan berjenama milikku. Aku tilik seluruh wajahku, takut ada kesan mekap yang comot tapi nampaknya semua masih ok. Ah, ok ataupun tidak aku tetap akan cuci muka sebentar lagi.
       
“Kau adik aku. Aku nak dengar dari mulut kau sendiri.”
       
“Nak dengar apa lagi. Betul lah kot apa yang dia cakap. Malas aku nak layan perempuan sewel tu.”
       
“Bunga…aku bukan nak marah kau tapi Janet tu our potential person yang perlu kita grab. Aku nak kau jaga hati dia sikit.”
       
Aku mula menyampah. Apa bendalah nak dikisahkan si Janet bimbo tu.
       
“Untuk apa? Apa pentingnya dia? Tak cukup lagi ke harta melimpah ruah yang kau ada ni? And aku tak paham, apa pentingnya meeting tadi. Itu bukan bidang kita Ben. Kenapa kita nak sibuk-sibuk pasal developer, construction industries semua ni? I still don’t get it.” Luahku perlahan. Sungguh memang aku tak paham. Bidang Ben lain, tapi sekarang Ben asyik suruh aku involve dalam construction industries. Pergi meeting sana sini.
       
Ben raup muka. Wajahnya terpancar kekeruhan. Pandangan Ben pada wajahku nampak lain. Sangat lain.
       
“Ada sebab aku buat semua ni.”
       
“Sebab apa? Tell me Ben, sebab apa?” sampuk aku laju. Langsung tak beri peluang pada Ben untuk mencari helah, mengelak dari menjawab setiap persoalanku.
       
“Aku nak kita ada bisnes lain, bisnes selain apa yang kita buat sekarang. Yang legal, yang dipandang masyarakat.”
       
Aku terlopong. Apa ni?!

        “Maksudnya?”
Aku beri peluang pada Ben untuk menerangkan dengan lebih lanjut sebelum aku sembur dia habis-habisan.
       
“Bunga…”
       
Ben berhenti sejenak. Dia pandang aku tepat.
       
“Aku rasa kau faham maksud aku. Aku nak bisnes yang legal. Satu bisnes yang kau boleh banggakan dan kau boleh bagitahu satu dunia yang kau adalah somebody dalam bisnes tu. Kau sendiri tahu apa yang kita buat sekarang…di luar normal. Lain dari apa penerimaan masyarakat. Masyarakat tak iktiraf kita. Aku buat semua ni bukan untuk orang lain tapi untuk kau. Kau hanya ada aku dan aku hanya ada kau.”
       
“Aku tak paham dengan kau Ben. Aku tak faham apa yang kau mahukan. Pengiktirafan macamana lagi yang kau mahu? Kau nak orang sanjung kau macam raja? Kau nak dapat anugerah Datuk? Tan Sri?”
       
“Bukan itu yang aku nakkan. Susah sangat ke kau nak faham? Sekaya mana pun kita siapa nak pandang kalau kita buat bisnes kotor! Aku bukak kelab malam! Aku buat segalanya yang dibenci masyarakat?!” suara Ben sudah melengking kuat. Ben memang bermasalah dalam mengawal emosi.
       
“Bisnes kotor kau cakap? Kerana duit itulah kau boleh dapat apa yang kau ada sekarang. Aku dapat belajar, kita dapat makan minum. Kerana bisnes kotor yang kau cakap tu lah, kau tau tak Ben?! Dan kalau orang tak suka mereka takkan datang kelab kita Ben.”
       
Suaraku juga naik satu oktaf, tak mahu mengalah dengan Ben.
       
“Ah! Susahlah cakap dengan kau ni!!” jerkahan Ben bergema diruang mewah itu.

        “Ben…” panggilku lembut. Bahu Ben aku sentuh perlahan.
        “Semua bisnes kau legal Ben. Kau dapat lesen untuk itu. Kau lupa? Semua kelab malam milik kau berlesen. Kita bayar cukai pada kerajaan, kita ikut law. Apa yang kotornya?” Suaraku sudah kendur. Bergaduh, terjerit-jerit. Itu semua takkan selesaikan apa-apa masalah.
       
“Aku tahu itu, tapi apa yang aku nak buat ni untuk kau Bunga. Kau perempuan, suatu hari nanti kau akan kahwin. Kalau keluarga bakal suami kau tanya latar belakang kau? Asal usul kau? Dari mana kemewahan yang dapat, apa kau nak jawab? Kau nak kata yang oh abang saya tauke kelab malam. Kat KL ni boleh kata semua kelab malam milik abang angkat saya tu. Macam tu? Kau rasa mereka akan terima kau?”
       
Aku terkujat. Sungguh aku terkejut. Sampai begitu sekali Ben fikirkan aku? Aku pun tak pernah terfikirkan hal itu. Dapatkah keluarga Hardy Mikail terima aku? Erk! Kenapa sebaris nama itu jugak yang aku ingat? Gila! Aku ketawa perlahan, cuba menutup mindaku dengan sebaris nama itu.
       
“Ben…dalam banyak-banyak benda itu yang fikirkan? Kau tak payah nak fikir lah benda tak berfaedah tu. Aku pun tak pernah fikir. Kalau ada jodoh aku, aku kahwin dan aku akan pastikan lelaki yang nak kahwin dengan aku tu dapat terima aku seadanya. Dan kalau dia tak nak terima aku seadanya, aku tinggalkan dia, then kalau aku dah tua tapi still tak ada laki nakkan aku. Apa susah? Aku kahwin dengan kau!”

Aku ketawa besar lihat muka Ben macam ayam berak kapur. Main-main jelah!

“Kalau kau bukan adik aku dah lama aku kahwin dengan kau.” Ujar Ben serious. Aku terdiam.

“Bunga…aku sayangkan kau. Aku hanya ada kau je dalam dunia ni yang faham aku, yang terima aku seadanya, yang tak pernah pandang serong pada aku. Aku nak yang terbaik untuk kau, sebab tu lah aku kerja separuh mati untuk semua kemewahan yang kita ada ni.”

Aku rasa sebak tiba-tiba.
“Aku tahu Ben…aku pun ada kau je. Kalau tak kenapa kau, aku pasti jadi gelandangan sampai sekarang. Aku pasti akan hidup merempat. Aku sayang kau Ben! Jasa kau aku takkan lupa. Demi kau, nyawa pun aku sanggup gadaikan andai itu dapat membalas budi aku pada kau. Aku ada kau je Ben.” Aku mula menangis. Tak boleh betul aku bila Ben ungkit kisah lalu.

Ben tarik aku ke dalam pelukannya. Hangatnya pelukan Ben memberi aku ketenangan. Ben segalanya buatku.

“Syhhhh…aku mintak maaf. Aku tak terniat nak buat kau sedih.” Terasa usapan Ben pada belakangku mendamaikan hati.

“Kau dah beri aku segalanya. Kau berikan aku tempat tinggal dan pelajaran, malah apa yang kau berikan sangat melimpah ruah. Aku bertuah ada abang macam kau.” Ujarku sambil teresak-esak dalam pelukan Ben.

“Aku nak kau faham Bunga, apa yang aku buat semua untuk kau, sebagai persediaan andai sesuatu terjadi pada aku. Aku takkan selamanya dengan kau. Suatu hari nanti aku kena pergi.”

Kata-kata Ben buat aku tersentak. Pelukan Ben segera aku uraikan. Wajah Ben kutatap sedalamnya. Ben juga pandang aku.

“Aku tak suka kau cakap macam ni. Aku tak suka!” tekanku.

“Dulu ibu cakap sama macam kau cakap. Dan akhirnya dia pergi tinggalkan aku sendirian. Aku tak nak perkara sama berulang lagi. Aku belum bersedia. Sepuluh tahun bukan satu jangka masa yang lama dan belum cukup lama untuk aku ubati luka lalu. Please Ben…jangan tinggalkan aku sama macam ibu tinggalkan aku.” Aku sudah teresak-esak, benci dengan setiap patah perkataan yang terucap.

Keluhan terpaksa terlepas dari mulut Ben.

“Aku takkan tinggalkan kau.”
“Janji?”

“Aku janji…”

Aku peluk Ben kembali. Perasaanku reda sedikit.




Usai mandi, aku golek-golek atas katil yang baru ditukar cadar dan duvet. Rancangan asal nak keluar melepak tapi bila dah nampak katil, aku batalkan saja. Lagipun aku tak ada mood nak melepak. Aplikasi instagram aku buka, satu persatu gambar aku scroll, yang mana aku rasa menarik dan aku suka, aku akan like. Yang aku tak suka, nak je aku tekan butang unlike beratus kali tapi malangnya belum ada butang unlike. Haha

        Tengah syok-syok aku layan instagram, satu panggilan masuk buatkan aku berpeluh dalam bilik yang sejuk membeku ini. Teragak-agak aku mahu jawab panggilan tersebut tapi perasaan ingin tahu buatkan aku sentuh juga skrin iphone.

        “Hello…”

        Aku senyap seketika.

        “Hell…looo…”

Suara dihujung sana kedengaran sangat gembira membuatkan aku turut tersenyum.

“Hai Aurelia…” ketawa kedengaran dari hujung talian.

“Hai…” balasku perlahan.

Beberapa saat kemudian masing-masing tetap senyap. Aku tak tahu nak cakap apa, yang hujung sana pun membisu saja.

“Kenapa you senyap?” Hardy Mikail menyoal. Suara dia…erm…maskulin! Aku gelak dalam hati. Karang gelak kuat-kuat dia kata aku gila pulak.

“I…I tak tau nak cakap apa. Sebab tak sangka you nak call. Kalau I tau, memang I dah siapkan skrip.”

Hardy Mikail ketawa besar. Aku tersenyum mendengar ketawanya, bunyi ikhlas sangat. Ish Bunga! Ketawa orang pun kau tau ikhlas ke tak eh?

“You ni kelakarlah Aurel. Is it okay I panggil you Aurel?”

“Yup! Okay je. So, ada apa you call I ni Mister Hardy Mikail?” tanyaku setelah ketawanya reda.

“Eh, janganlah panggil I Mister, dah macam bunyi Mister Potato, panggil I darling.”

“Wh…what?” soalku gelabah.

Hardy Mikail ketawa lagi.

“Just call me Hardy…so, you tengah buat apa tu? I ganggu you ke?”

“No lah, I pun bukan tengah busy, so okay je you call.”

“Erm…apa nak cakap eh?”

Hardy ketawa lagi. Aku hanya senyum.

“Kita buat orientation dulu lah. Kenalkan diri etc etc. So I start dulu eh?”

Aku ketawa kecil.

“Ok…ok…I bagi can you introduce yourself dulu.” Balasku.

“Wow! Merdunya you gelak. Rasa nak jumpa you sekarang jugak.”

Hardy ketawa lagi. Murahnya lelaki ini dengan ketawa, getusku dalam hati.

“Tak payah nak jual minyak urat sangatlah. Cepatlah introduce diri you. Lambat-lambat nanti you merapu kot lain pulak.” Sindiranku buat Hardy ketawa lagi.

“Okay…okay…dengan you ni I cepat leka, so you tak boleh salahkan I sorang je eh Aurel. I start dulu, nama I Hardy Mikail bin Abdul Rahim. I kerja dekat company my dad, jaga bahagian property. Umur 29 tahun, bujang trang tang tang and now tengah cari calon isteri. If you sudi silalah apply, I memang accept 200%!”

Aku cebik bibir. Sempat lagi nak selit dia bujang. Alah kalau dah kahwin pun bukan ada lelaki yang nak mengaku, tambah-tambah species buaya macam Hardy ni.

“Itu jelah serba sedikit pasal I kot, nak tahu lebih-lebih kena jumpa.”

“Ayat pancing je semua tu…” semburku tanpa sempat menahan. Cepat-cepat aku tutup mulut dengan tapak tangan, takut terkeluar lagi ayat pedas berapi yang lain.

Hardy ketawa lagi. Ish! Asyik gelak je dia ni.

“I dah kenalkan diri officially, now you pulak.”

Aku berdeham sebelum bersuara.

“Hai…nama I Aurelia, seperti yang tertera dalam whatsapps.” Itu saja yang aku cakap dan aku terus senyap. Hardy pun sama. Setelah seketika aku membisu baru dia bersuara.

“Aih, takkan tu je cik adik manis??”

“Cukuplah tu, cakap or cerita lebih-lebih pun buat apa. Bukan I kenal you pun.”

“Laa…tak kenal lah kena kenal, that’s why kena introduce.”

“Hmmm…kalau dah semua I cerita tak fun lah. You nak tahu kena lah korek sendiri. Kalau nasib you baik dapat lah tahu lebih-lebih, kalau nasib tak baik. Goodbye sajelah jawabnya.”

“Tsk…tsk…jual mahal ye…ni yang buat I lagi tercabar ni. Very attractive lah you ni.”

“Dah berapa lama jual minyak urat?” soalku sambil tergelak.

Aku rasa Hardy agak blur dan terpinga-pinga dihujung talian tapi tak lama sebelum ketawanya pecah.

“Ish you ni!!! Buat I geram je tau! Pandai mainkan I ye.”

Setelah ketawanya reda, Hardy senyap seketika sebelum menyambung bicara.

“I rasa nak jumpa you sangat. Jom keluar now? I pick up nak?”

Ini kali kedua Hardy ajak aku keluar dalam satu hari.

“I baru je kenal you. Baru sekali whatsapps dengan you and baru sekali ni I on the phone dengan you but you dah ajak I jumpa. Memang the answer is no lah.”

Kedengaran Hardy mengeluh perlahan.

“I tak tahulah kenapa but I sangat tertarik dengan you. You cantik, fun to talk, tak membosankan I.” puji Hardy.
“Dalam phone memanglah, cuba depan-depan, nak pandang muka pun I malu. I ni pemalu orangnya.” Balasku sambil tergelak-gelak.

Aku tak nak jumpa kau bukan sebab aku malu tapi gila kau! Karang terkejut pulak Hardy tengok aku lain dari dalam facebook. Tak pasal kena cop mohor PENIPU!

“Tak apa…kalau you malu you tunduk je, jangan tengok I langsung. Ok?” saran Hardy.

“You jangan merapu sangat eh.”

“I bagi suggestion je, dah you kata you malu. I nak sangat jumpa you Aurel…” suara Hardy sudah bertukar rentak. Perlahan dan romantik, persis memujuk rayu. Aku telan liur.

“Hardy…I bukan tak nak jumpa you tapi kita baru ke kenal, I tak tahu pun you ni siapa. Penyangak ke, perogol bersiri ke…I bukan perempuan yang senang-senang nak keluar dengan lelaki tak tentu hala. I ada pendirian I sendiri. Let me kenal-kenal dengan you dulu. Bila you dah gain my trust, I sendiri yang akan ajak you jumpa tau. Okay?”

Senyap.

“Hardy?”

Senyap lagi…

“Hello…”

Senyap jugak, tapi aku rasa Hardy masih ditalian.

“Hardy…are you there? Kalau tak nak cakap I nak letak.” Ugutku.

“Eh…jangan, jangan!”

Dia seolah-olah teragak-agak mahu berbicara.

“Aurel…”

“Yes?”

“Wow…your voice tadi…manja sangat bila you cakap lemah lembut dengan I. Terus I cair macam ais kena letak tengah panas.”

Ketawaku pecah.

“Gila melampau hiperbola you. Melampau sangat!” ejekku.

“Serious Aurelia…I tak tipu. Sumpah!”

Baru kenal dah nak bermain dengan sumpah. Memang agak tak boleh pakai Hardy ni, telahku dalam hati. Benar kata Wulan, playboy KL ni!

“Eh, dah almost twelve ni…you tak nak tidur ke?” sedar tak sedar hampir satu jam kami berborak di telefon, naik panas telinga aku dibuatnya.

“Okaylah, memandangkan you pun dah halau I, so..I nak tidur lah.”

“Eh! Bukan I halau…tapi dah tengah malam, esok mesti you kerja. Nanti tak boleh bangun pagi macamana? Jangan ikut I, I kerja goyang kaki so…no biggie tidur lewat.”

“Ya I know, I gurau je la dear…kalau borak dengan you, I tak tidur 3 hari pun tak apa. Tak pergi kerja pun no hal.”

Aku ketawa.

“Yelah encik PLAYBOYAA…” sengaja aku tekan perkataan terakhir itu.

Hardy ketawa besar.

“Eeee… geramnya I dengan you ni. Okaylah dear, I nak tidur dah. Nice talking to you dear.”

Aku ukir senyum. Memang skill mengayat Hardy boleh tahan buat masa ni. Kalau calang-calang memang tumpas dibuatnya.

“Good ni…” cakapku dipotong Hardy.

“Wait! Aurel…I tertarik dengan you. You are different.”

“Okay…goodnight.” akhirnya itu saja balasanku. Cepat-cepat aku matikan talian. Malas nak dengar ayat buaya Hardy lagi.

Beberapa saat kemudian, whatsapps dari Hardy masuk ke iPhoneku.

Hardy Mikail: Its really nice dapat borak dengan you. Langsung tak bosan. I hope in a future I dapat borak dengan you face to face. Goodnight dear Aurelia. ;)

Aku baca tapi aku tak balas. Bala!









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:00 PM | Show all posts
BAB 10

Pagi-pagi buta lagi aku dah dapat whatsapps dari Hardy Mikail. Memang taklah aku nak balas, tengah syok tidur tapi ragu juga aku dengannya. Awal pagi betul mamat sorang ni bangun, aku kalau tak cecah angka 12 tengahari memang liat sikit nak bangun, kecuali! Aku ada temu janji atau hal penting. Bosan jugak tak kerja sebenarnya tapi kata Ben, untuk apa aku nak kerja kalau segalanya aku dah ada. Orang yang kerja semua tu sebab nak duit, nak beli rumah, kereta, bayar bil itu, ini tapi aku dah ada segalanya. So no need to work!

        Itu kata Ben lah, kalau kata aku memang aku nak kerja. Nak rasa tekanan kerja di pejabat tapi kerja dengan Ben pun tekanan jugak, kira okaylah tu. Aku bagi jawatan pada diri sendiri, Pengurus Kelab Malam! Yucks! Tang pengurus tu dah cantik dah tapi yang hujung tu, kelab malam. Sabar je lah!

        Sampai di lampu isyarat aku berhentikan kereta apabila lampu bertukar merah. Aku freekan gear dan tarik handbreak, traffic light area sini memang lama so sempatlah takat nak pakai maskara ke apa sementara menunggu lampu bertukar warna. Bunyi ngauman enjin kereta disebelah buatkan aku berpaling. Wow Audi R8! Salah satu kereta kesukaanku. Audi R8 juga ada dalam koleksi kereta mewah Ben tapi aku tak pernah pandu, pernah duduk sebelah je sewaktu Ben bawa aku ronda-ronda pada kali pertama Ben dapat kereta itu.

        Siulan nakal penumpang kereta Audi R8 tadi buat aku mendengus kasar, menyesal pulak buka tingkap sedari tadi. Aku buat pekak.

        “Nice car Si Cantik…” bunyi suara itu lagi.

        Aku pandang ke arah kereta itu. Seorang lelaki berkulit sawo matang dan sedikit tembam tersenyum gatal ke arahku. Dia kenyit mata, aku balas dengan jelingan. Serentak dengan itu dia terkekek ketawa bersama dengan pemandu Audi R8 itu.

        “Fuh…mengancam jelingan dia wei…”       
Aku dengar dia bercakap dengan kawannya disebelah.

“Nak nombor handphone boleh?” ujarnya masih dengan senyuman gatal yang buatkan aku rasa nak termuntah. Aku langsung tak pandang tapi aku dapat lihat dengan ekor mata mereka masih merenungku sambil tersengih.

        Aku perhatikan kereta di simpang sebelah kiriku sudah berhenti menandakan beberapa saat saja lagi, lampu di hadapanku akan bertukar warna hijau. Aku tekan pedal minyak beberapa kali sehingga bunyi ngauman enjin Skyline GTR menenggelamkan suara lelaki-lelaki gatal tadi yang entah apa lagi merepek merapu dan cakapkan kepadaku.

        Baru saja aku masukkan gear dan bergerak sedikit, aku brek mengejut dek kerana terkejut dengan segumpal kertas yang dicampak ke dalam kereta. Bertalu-talu kereta belakang hon aku. Aku pandang arah datangnya kertas tersebut tapi Audi R8 itu sudah menderum laju. Yang aku nampak adalah lambaian dari kedua-dua makhluk yang bikin darah aku mendidih.

        Menyedari hon makin kuat dibunyikan, aku tekan pedal sekuat hati. Berdecit bunyi tayar bergesel dengan jalan. Tingkap terus kunaikkan, aircond kupasang kuat walaupun cuaca mendung. Panas hati!

        Destinasi asalku adalah The Gardens Mall tapi dapat saja panggilan telefon dari Cindy, terus aku ubah haluan ke arah Pavillion. Boleh aku shopping sikit menghilangkan bosan.





Dari jauh Cindy sudah melambai ke arahku, aku senyum lebar.

        “Hai Cindy…” tegurku sambil kami berlaga pipi. Kerusi kosong berhadapan dengan sahabatku itu aku tarik lalu melabuhkan duduk.

        “Sorang je ke?” tegurku lagi. Selalunya Cindy pasti dengan Nadia sebab mereka duduk serumah.

        Cindy sedut ice blended depannya seraya menggeleng.

        “Nadia ada hal, so aku sorang je lah. Wulan kata nak datang, on the way kot.”

        “Mana waiter ni…” aku panjangkan leher mencari kelibat pelayan di restoren Dome Pavillion. Cindy menahan.

        “Tak payah panggil, aku dah orderkan untuk kau siap-siap tadi. Kejap lagi dia hantarlah tu. Siap dengan teddy bear coklat yang kau obses sangat tu…aku siap request 2 lagi untuk kau.”

        Aku ketawa, ni yang aku suka dengan Cindy. Tahu saja kegemaranku.

        “Ni yang aku sayang sangat kat kau ni! Nanti aku belaja kau perfume nak? J’adore? Burberry or favorite kau Gucci? Okay?”

        “Tak nak lah aku perfume, berapa sen sangatlah perfume tu. Paling kurang belanja lah aku Chanel Boy sebijik baru puas hati.”

        Aku bulatkan mata. Amboi request! Tak hengat! Dia ingat handbag Chanel ada RM2000 dah cukup agaknya.

        “Bukan main lagi kau kan. Mintak harga belas ribu aje. Aku belaja kasut LV lah nak? Kita beli sama color and design, nanti aku belikan jugak untuk Nadia dan Wulan then kita pakai sama-sama nanti. Okay??” usulku girang, macam best je pakai kasut sama design and color dengan kawan-kawanku ini.
Cindy nampak turut teruja lantas bersetuju tanpa banyak soal. Lagipun barang free siapa tak nak.

        “Tu kenapa pulak tu?”
Aku turut pandang ke arah yang ditunjukkan Cindy. Terkejut sungguh aku tengok. Ini bukan Wulan ni…

        “Babe! Kau kenapa? Muka kau…apehal teruk sangat ni?” Cindy terlebih dahulu menegur Wulan yang melabuhkan duduk disebelahku. Aku hanya mampu melihat, masih terkejut dan hairan.

        “Kau apehal pandang aku macam tu? Tak puas hati aku buruk sangat?” marah Wulan padaku sambil tangannya laju merebut gelas ais blended yang berada ditanganku.

        “Geram betul aku jantan celaka tu. Berani dia curang dengan aku.” Ujar Wulan lagi selepas separuh airku disedutnya.

        “Mana kau tahu dia curang? Kau nampak ke?” Wulan ni terlebih paranoid bagiku, sejak cinta pertamanya kecundang di tengah jalan, semua lelaki dia syak curang.

        “Betullah Bunga…aku nampak sendiri dia peluk-peluk perempuan tu sebelum masuk dalam kereta.”

        Aku dan Cindy terdiam.

        “Kau tau, aku terus serang perempuan tu. Aku tampar dia, aku tarik rambut dia! Tapi…” Wulan tarik muka sedih, tercebik-cebik bibirnya menahan tangis.

        “Tapi apa?” soal Cindy.

        “Tapi…tapi…Ray menangkan perempuan tu. Ray tolak aku sampai jatuh. Then dia break off dengan aku. Uwaaa….!!!!”

        Cepat-cepat aku tutup mulut Wulan dengan tapak tangan sebelum Wulan meledakkan tangis yang lebih kuat dari tadi. Mata-mata yang berada berhampiran mula memandang ke arah meja kami. Aku berdeham kecil, menutup malu.       
“Hoi, diamlah…kau tak malu ke melalak kat sini.” Marah Cindy perlahan.

        Wulan tarik tangan aku sebelum berkata.

        “Tak malu! Peduli apa aku dengan orang.”

        “Kau memang tak tahu malu tapi kitorang ni yang malu. Dengan muka entah apa-apa. Sememeh macam baru bangun tidur. Rambut macam kena karan. Tu muka sembab tu tak malu orang tengok?” soalan Cindy menyebabkan Wulan segera menggeledah tas tangannya. Cermin kecil dikeluarkan sebelum sahabatku itu terkejut besar.

        “Perempuan mana dalam cermin ni??? Buruknyaaa!!!” jerit Wulan membuatkan aku menggeleng perlahan. Lagi orang suruh dia senyap lagi dia tarik perhatian orang.

        “Bak lipstick, bedak, foundation, maskara and everything! Aku tak boleh hidup buruk-buruk macam ni.”

        Aku dan Cindy tergelak, Wulan ni sempat lagi buat lawak bodoh. Buruk ke cantik ke kalau belum masa nak mati tak mati jugak.

        “Manalah ada orang angkut foundation 24 jam Wulan oi. Lipstick and compact powder aku adalah kalau kau nak.” Ujarku pada Wulan.

        “Kau Cindy?” tanya Wulan.

        “Sama dengan Bunga…tak kuasa aku nak angkut foundation.”

        “Oh no….jom pergi Sephora! Aku nak beli makeup then nak pakai terus, lepas tu aku nak pergi salun nak cuci rambut. Jom cepat! Jom!”

        Terkocoh-kocoh aku dan Cindy berjalan mengejar Wulan yang sudah jauh dihadapan. Nasib baik Cindy sempat tinggalkan dua keping not RM50 di atas meja kami. Kalau tak buat malu je muka kena tampal dekat dinding sebab tak bayar minuman yang diminum.
























Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-11-2018 12:00 PM | Show all posts
BAB 11

Aku tinggalkan Ben dan Cindy yang sedang asyik berborak. Nadia dan Wulan sudah lesap ke lantai tari. Rimas dengan asap rokok dan manusia yang semakin ramai dan berhimpit-himpit aku berlalu ke tingkat atas, ruang lepak aku dan rakan-rakan yang lain.

        Aku melepaskan keluhan lega dapat melarikan diri dari kesesakan kelab. Sampai bila akum ahu begini. Bosan duduk bersendirian aku keluarkan iPhone. Buat pertama kalinya aku yang memulakan perbualan dengan Hardy Mikail.

        Aurelia: Hei there.

        Ringkas saja aku memulakan perbualan, berharap sangat dia membalas, sekurangnya hilang sikit kebosananku.

Hardy Mikail: Hei prettyyyy…wow, tak sangka you text I dulu. Biasanya kalau I tak text jangan harap you nak layan I.

        Aku kulum senyum, perasan jugak ye dia ni yang aku malas nak layan dia sangat. Tapi takkan nak mengaku kan?

        Aurelia: Ish you ni. Mana ada I tak nak layan. Kadang-kadang I busy.

        Hardy Mikail: You kat mana ni? Malam ni malam minggu, tak keluar ke?
       
        Aurelia: I kan perempuan…mana boleh keluar malam. Haha..

        Hardy Mikail: Ceh! Baiknya lah dia ni, anak siapa lah ni ye??

        Aurelia: Anak orang.

        Emoticon jelir lidah aku hantar.
Hardy Mikail: I kat Jalan Changkat ni, Azam ajak I lepak. Ikut hati nak duk rumah je macam you.

        Bunga cebik bibir. Duduk rumah la sangat. Mana ada lelaki nak duduk rumah malam minggu. Paling-paling keluar tengok wayang dengan awek. Wait! Jalan Changkat? Dekat sangat dah tu dengan aku!

Aurelia: You sebut nama Azam macam I kenal je kawan you tu. Padahal tengok bayang pun tak pernah.

Hardy Mikail: Itulah! Haish…maybe sebab I rasa rapat sangat dengan you kot.

        Hardy Mikail: You…

        Aurelia: Yes…

Hardy Mikail: Jom jumpa…I nak sangat jumpa you. I nak renung wajah you. I nak berborak dengan you depan-depan.

        Aurelia: Bila?

Hardy Mikail: You setuju? Now boleh? You kat kat mana? I boleh datang jumpa you sekarang. Ok? ;)

        Aku ketawa dengan sifat gelojoh Hardy. Aku ada jugak rasa nak jumpa dia tapi bila fikir balik buat apa aku nak jumpa. Lagi satu, Hardy pasti terkejut tengok aku yang totally lain dari dalam gambar.

        Aurelia: Maybe next time. I tak ready nak jumpa you lagi.

        Hardy Mikail: ;(
       
        Hardy hantar emoticon menangis, aku senyum.
Aurelia: Ala…masa panjang lagi, nak gelojoh buat apa. Takkan lari gunung dikejar.

Hardy Mikail: I setuju sangat. Takkan lari gunung dikejar. Masalahnya I kejar you sayang…bukan gunung.

Aurelia: You ni suka sangat panggil I sayang. Karang makan penampar dengan gf you baru tau!

Hardy Mikail: Mana I ada gf la dear. Kalau ada dah lama I berkepit dengan dia. You lah jadi gf I nak? Hehe…

        Aurelia: Thanks but no thanks…

Hardy Mikail: Jual mahal eh…nanti menyesal tak booking I awal-awal, orang berebut tau nakkan I.

        Bukan main lagi Hardy angkat bakul sendiri.

Aurelia: Kalau ramai yang berebut kenapa you still membujang. You dah tua tau!

Hardy Mikail: Amboi…tak sayang mulut nampak cakap I tua, I kiss you nanti baru tau. I muda lagilah sayang, baru 29 tahun.

Aurelia: Amboi…tak sayang mulut nampak nak kiss anak dara orang. Well, kira tualah tu. Tahun depan angka depan you dah betukar jadi 3 tapi I still 2. Tua!

Hardy Mikali: Hahahaha…kalau kiss you punya pasal, I memang tak sayang mulut. Lelaki tak apa tua, lagi pun apa orang kata tu…life begins at 40 kan…lelaki ni ibarat kelapa, makin tua makin banyak santan. Kalau perempuan macam you bahaya sebab ibarat pokok getah, makin tua makin tak bergetah. Hahaha…
Aurelia: Hardy!! Tak senonoh la you ni…

Hardy Mikail: haha, jangan marah sayang…I sampaikan dekat you apa yang orang cakap kat I. SHARING information…hehehe

Aurelia: Banyaklah you punya sharing information tu. By the way, you selalu pergi Jalan Changkat, lepak kat mana?

        Malas nak melayan topik santan dan pokok getah Hardy takut dia makin melalut, aku cepat-cepat tukar topik.

Hardy Mikail: Tak tentu jugak. Kadang Havana, Movida, Elixir but now I kat The Castle. You selalu lepak Jalan Changkat?

        Oh…hoo…The Castle. Maksudnya Hardy ada dekat sini. Dekat kelab Ben. Alamak! Nasib baik aku kat atas.

        Aurelia: Pernah jugak lepak The Castle.

        Teragak-agak aku mahu menaip The Castle.

        Hardy Mikail: You pergi dengan siapa? Bf ke?

        Aurelia: Mana ada. I ni jatuh cinta pun tak pernah, macamana nak ada bf.

        Hardy Mikail: Wow! Serious? Tak pernah jatuh cinta? Langsung??

        Aurelia: Yup! Pelik ke?

Hardy Mikail: Mestilah pelik. Orang cantik macam you tak ada bf, tak pernah bercinta langsung pulak tu. Habis tu you pergi dengan siapa?

        Tak habis lagi rupanya dia nak korek aku pergi kelab dengan siapa.

        Aurelia: Dengan kawan-kawan, dengan abang I.
       
Hardy Mikail: Sporting gila abang you boleh bawak you pergi clubbing. You ada berapa adik beradik?

        Ini soalan yang tak berapa aku gemar. Soalan-soalan peribadi memang aku lemah sikit nak jawab.

        Aurelia: I dua beradik je. Abang I and I. You?

        Saja aku tanya dia balik supaya dia tak sempat tanya apa-apa.

        Rempuhan kuat di muka pintu menyebabkan aku yang sedang leka berbalas whatsapps dengan Hardy terkejut. Terpacul wajah Nadia yang cemas dan tercungap-cungap.

        “Apehal babe?” Soalku lantas berdiri.

        “Ada orang gaduh kat bawah. Cepat! Ben tak ada.” Hampir tidak kedengaran suara Nadia dek kerana nafasnya yang termengah-mengah.

        Segera aku campakkan iPhone yang sejak tadi berada ditangan ke atas tempat yang aku duduki tadi lantas membontoti langkah Nadia yang laju menuruni anak tangga menuju ke dance floor. Muzik sudah berhenti, orang ramai mengelilingi sesuatu di tengah-tengah dance floor.

        “Move!!” jeritku pada beberapa orang gadis yang menghalang laluanku. Mereka cepat-cepat meminggir ke tepi. Baju beberapa lelaki di hadapanku aku tarik kebelakang sebelum pandanganku tertancap pada 2 orang gadis seksi yang sedang bergumpal di atas lantai.

        Bounzer yang diupah Ben hanya memandang dan teragak-agak mahu membantu.

        “Dorang tak berani nak buat apa sebab mereka perempuan. Karang salah pegang naya pulak.” Sampuk Wulan yang entah dari mana muncul. Aku lihat Wulan sedang enak mengunyah sesuatu, saat macam ni pun ada selera lagi nak makan dia ni rupanya.

        Berangin je aku dengar. Kalau takut nak pegang jangan jadi bounzer. Harap badan je besar!

        Tak tunggu lama aku cekak rambut perempuan berbaju sendat warna merah yang sedang menindih seorang lagi perempuan yang berbaju biru. Rambutnya aku genggam kemas sebelum aku tolak dia ke tepi. Menjerit kuat perempuan tadi memaki hamunku.

        “Bangun! Sebelum aku tarik rambut kau macam betina tadi. Tak malu ke bergaduh!” jerkahku garang. Macam mak tiri pula rasa.

        “Kau siapa hah nak tengking-tengking aku?!!” melengking kuat suara perempuan yang berbaju biru memarahi ku membuatkan amarahku membara.

        “Kau buat kacau tempat aku sekarang kau nak tengking-tengking aku?!!! Kau nak aku tumbuk muka kau?! Now berambus! Both of you sila berambus! Sekarang!”

        Aku pandang wajah keduanya silih berganti. Mataku cerlung tajam. Pandangan mereka yang menjadi penonton aku tidak hirau. Suara-suara yang berbisik juga aku buat tak layan.

        “Kau tunggu apa lagi? Aku pulak yang kena campak betina-betina ni keluar?!” jerkahku pada bounzer yang tercegat. Kalau nak buat perangai macam tu pergi mintak kerja jadi cashier pasaraya.

        Kelam kabut keduanya bergerak menuju ke arah perempuan yang bergaduh tadi. Malas aku nak tengok apa cara yang mereka lakukan supaya keduanya berambus, yang penting bagiku mereka dihalau keluar. Buat ganggu orang nak berhibur dan berbisnes saja.
Suara yang memaki hamun dan menjerit tidak aku hiraukan. Kakiku pantas berlalu menuju ke arah DJ. Makin lambat muzik dimainkan makin lama pula keadaan jadi kelam kabut.

        Pandangan dan siulan nakal aku hadiahkan dengan satu jelingan tajam membuatkan mereka senyap. Dalam keramaian orang aku seperti ternampak wajah Hardy dan bila aku berpaling semula hanya susuk belakang saja aku Nampak menjauhi lantai tari. Lantaklah, mungkin aku silap orang.

Beberapa ketika muzik kembali kedengaran dan keadaan kembali normal. Kalau rasa nak bergaduh pergi join WWE, keluhku perlahan. Aku berdiri di hadapan ruangan bar sambil berpeluk tubuh. Mata kuliarkan ke sekeliling ruang kelab. Pantang kalau tak pantau, ada saja lah yang nak curi tulang.

Aku bergerak perlahan ke arah hujung bar. Kelihatan seorang waitress merangkap bartender sedang asyik bermain handphone. Aku senyum sinis apabila kehadiranku langsung tak disedari.
       
“Virgin Mary please…” aku membuat pesanan. Waitress tadi langsung tak angkat muka, masih ralit dengan gadjet ditangan.

“Amer…tolong buatkan Virgin Mary satu!” laung waitress itu pada rakan sekerjanya yang datang merapat untuk mengambil beberapa stok minuman keras di bawah kaunter bar.

“Eh, order kau kan…kau buatlah. Aku nak entertain orang lain lah.” Jawab lelaki tadi dari bawah meja.

“Kau kan bertender, buatkan lah…”

“Habis kau bukan bartender?” marah lelaki itu yang kemudiannya berdiri dengan botol wiski.

“Dah habis bertekak?” sampukku sambil tersenyum sinis.
“You are fired!” ujarku pada waitress tadi dan berlalu pergi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:01 PM | Show all posts
BAB 12

“Kau serious ke ni Bunga?”

“Aku seriouslah ni. Almost a month dah aku contact dengan dia dan aku rasa seronok je kawan dengan dia.”

Wulan mengeluh perlahan, dia gelengkan kepala berkali-kali.

“Kenapa?” soalku.

“Kenapa kau tanya aku?? Kau tau tak dia tu playboy. Dia tu kaki perempuan tau, aku tak nak nanti kau jatuh cinta dengan dia. Nanti semuanya kau serahkan, dia tinggalkan kau. He’s not worth it for you babe. Kau boleh dapat orang yang better dari dia. Advice akulah kan, baik kau stop je contact dengan dia sebelum kau tangkap cintan dengan dia.”

“Agak-agaklah wei nak jatuh cinta dengan dia…jumpa pun tak pernah. Takat borak dalam phone je. Mustahil nak jatuh cinta.” Sanggahku. Memang aku rasa tertarik dengan Hardy Mikail, dia kelakar, pandai ceriakan hari-hari aku tapi tak semestinya aku tertarik aku akan jatuh cinta. Wulan ni paranoid lebih betul!

“Let say kau tak jatuh cinta dengan dia tapi dia jatuh cinta dengan kau, macamana? Aku kenal sangatlah dia tu. Kawan-kawan aku semua cakap yang dia ni lain macam. Kalau dia kata dia nak, orang punya pun dia kebas.”

Aku baling bantal berbentuk empat segi ke arah Wulan. Geram betul aku tengok dia bersungguh-sungguh bercerita pasal Hardy Mikail. Bagiku, semua itu tak penting sebab aku dan lelaki itu bukan bercinta pun. Wulan ni yang melebih-lebih.

“Wei! Apa baling-baling bantal ni!” marah Wulan.

Sahabatku itu terus mengambil bantal yang menjadi alas kepalanya tadi kemudian menuju ke arahku yang sedang duduk di atas sofa. Aku sudah tergelak.

“Ooo…nak main baling-baling ye! Meh sini kau…”

Wulan hempuk aku berkali-kali dengan bantal yang berada ditangannya. Aku menahan dengan kedua belah tanganku sambil ketawa. Tak ada sakitnya aku dipukul dengan bantal gebu milikku itu.

“Wei! Main kotor! Aku baling kena sekali je, ni kau hempuk-hempuk aku banyak kali. Mana aci!” jeritku disebalik bantal yang bertubi-tubi menghentam tubuhku.

Wulan terkekek-kekek ketawa.

“Aci-aci tak ada, aci tengah jual cendol. Yang ada Wulan The Warrior!” jerit Wulan sebelum kembali menyerangku. Aku dan Wulan bergelak ketawa dan terjerit-jerit. Aku cuba geletek Wulan tapi tak berjaya. Akhirnya kami sama-sama tergolek atas karpet kepenatan.

“Bongoklah kau ni…” ujarku termengah-mengah.

Wulan ketawa.

“Kau…lah…bongok!” semput betul Wulan nampaknya sampaikan perkataan pun satu-satu yang keluar.

Kami ketawa lagi.

“Weh! Syuhhh…” ujar Wulan kepadaku sambil jari telunjuknya dirapatkan ke bibir.

Aku bingkas duduk.

“Kenapa babe?” soalku cuak.

Wulan meliarkan matanya seperti mencari sesuatu sebelum bersuara perlahan.

“Kau dengar tak bunyi tu? Dah dua kali dah aku dengar…”

“Bunyi apa? Tak dengar apa pun.” Aku cuba pasang telinga tapi tak ada apa pun yang kedengaran. Bunyi jantung aku yang berdebar adalah.

Kami senyap.

“Ha! Tu! Dengar tak? Bunyi macam itik…”

“Itik???” soalku pelik. Namun beberapa saat kemudian mataku membulat.

“Ngok! Itu bunyi phone aku lah! Buat cuak je!!” jeritku pada Wulan. Sempat aku cubit pinggangnya yang masih terbaring di atas karpet sebelum segera bangun menuju ke tepi katil, dimana terletaknya tas tangan Prada milikku.

Aku selongkar tas tangan tapi tak dapat menjumpai iPhoneku. Last-last aku muntahkan segala isi handbag di atas katil. Ambik kau! Semua keluar.

Lincah jemariku menyentuh skrin iPhone. 3 missed calls dari Hardy Mikail! Tanpa mempedulikan Wulan yang memandang, aku segera membalas panggilan Hardy. Nanti kalau tak call terus aku lupa.

“Siapa?” soal Wulan tanpa suara. Dia sudah berdiri di hadapanku yang sedang bersila di atas katil.

Aku dongak pandang wajah cantik Wulan.

“Hardy?” jawabku, juga tanpa suara. Hanya mulut yang bergerak. Dah macam apa dah.

Panggilanku disambut, aku tersenyum lebar.

“Hai dear…kenapa tak pick up I call tadi?” serbu Hardy padaku.

“Oh…I tak dengar you call tadi. Sorry.”

“Its ok sayang…” dapat kukesan senyuman pada suaranya.

“Ada apa you call tadi?” soalku perlahan.

Wulan kulihat sudah menjinjit tas tangannya. Dia paling ke arahku sambil buat isyarat nak balik. Aku hanya mengangguk.

“I bosan…kawan I semua keluar dating. I teringat kat you tiba-tiba, that’s why I call tadi. You busy ke?”

Aku simpan senyum. Hardy rindu aku?

“Sampai hati you, bila bosan baru nak ingat kat I, kalau tak bosan tak ingatlah tu.” Sakatku.

Kedengaran ketawa Hardy di hujung talian.

“Eh mana ada…I tiap saat teringatkan you, rindukan you tau.” Suara Hardy mula bertukar rentak. Lembut dan romantik, buatkan aku terbuai sendiri.

“Iye lah tu…”

Aku turut ketawa dengan kataku sendiri.

“Betullllll…kalau tak percaya meh jumpa I.”
“Nampak tak permainan kat situ? You nak ajak I jumpa sebenarnya ni…kan? Kan?”

Hardy terkekek ketawa. Cepat betul lelaki ini terhibur, padahal bukan aku buat lawak pun.

“Pandainya sayang I ni…bertambah sayang I kat you.”

Aku sengih, dalam diam aku suka sangat Hardy panggil aku sayang.

“Hardy, 5 seconds…” pintaku setelah mendengar bunyi bising di muka pintu bilik. Aku segera bangun bersama iPhone yang masih ditangan, Hardy juga masih ditalian.

Aku lihat Ben dan Wulan berada di muka pintu.

“Eh, kau tak balik lagi Wulan?” soalku.

Wulan berpaling ke belakang, menghadap aku.

“Belum lagi, terserempak dengan Ben kat depan pintu bilik kau ni ha.”

Aku pandang Ben yang berdiri di belakang Wulan. Ada sejambak bunga dan sekotak hadiah ditangan Ben.

“Ni ada hadiah untuk kau. Aku terserempak dengan Daniel then dia kirimkan ni untuk kau.” Hadiah yang dihulur Ben aku sambut, tak sangka bunga dan hadiah itu untuk aku.

“Thanks…tapi buang tebiat apa pulak Daniel bagi aku ni. Gila ke apa.”

“Daniel tu kan gila bayang dekat kau! Dahlah, tepi-tepi aku nak balik. Bye babe! Bye Ben!” Wulan sudah mencelah antara aku dan Ben kemudian lesap ke dalam perut lif.
Ben pandang aku kembali.

“Aku nak keluar kejap, anything call Joe kalau kau tak dapat call aku.” Pesan Ben, aku hanya mengangguk.

“Hello Hardy…sorry buat you tunggu lama.” Pintu bilik aku tutup, iPhone kembali melekap ke telinga.

Hardy berdeham kecil.

“Tak apa…siapa tadi?” soalnya.

“Abang and kawan I.” jawabku sambil merebahkan badan di atas katil.

“Aurelia…” panggil Hardy perlahan.

“Hmmm…” balasku.

Hardy senyap seketika.

“I think…I like you.”

Terus aku terbatuk-batuk. Berdiri bulu roma aku dibuatnya. Sungguh aku tak tahu nak jawab apa. Masing-masing terdiam.

“I dengar tadi ada orang bagi you hadiah, dari siapa? Hadiah apa?” setelah tidak mendapat balasan dariku, Hardy tukar topik.

“Daniel, bagi I hadiah and bunga. Entah buang tebiat apa dia tu. Bukannya birthday I pun.” Aduku pada Hardy. Meluat pula aku dengan Daniel, dah orang kata tak nak, lagi dia nak kacau. Siap pass hadiah dekat Ben lagi. Patutnya aku suruh Ben bagi hadiah juga tadi, penumpuk sebijik!

“Patutnya you happy dapat hadiah, ni macam tak suka je I dengar.”
“Haa…tau tak apa! Memang I tak suka pun dapat hadiah dari dia. Kalau dari you I sukalah!.” Amboi Bunga, gatal ketiak jugak kau eh! Kutukku pada diri sendiri.

Hardy ketawa besar.

“Sweet sangat bila you cakap macam tu. Aurel, jom jumpa I…I really, really can’t wait to see you. I rasa kita ada chemistry. And I janji if you jumpa I, I bagi you hadiah banyak-banyak okay? Lagi banyak dari Daniel bagi.”

Aku senyum lebar. Sebahagian rambutku tarik ke muka, menghidu bau wangi yang terhasil dari syampu yang ku pakai.

“I boleh beli sendiri apa yang I nak, tak payah you bagi pun Hardy.”

“Macam mana you nak beli? You kan penganggur tercantik kat KL ni.”
Aku ketawa.

“Hei, I ni bukan goyang kaki sebarang tau. I goyang kaki dapat duit okay…”

“Eleh! Banyak lah goyang kaki dapat duit, kalau macam tu I pun nak goyang kaki jugaklah! Boleh dapat duit macam you.”

“You kalau goyang kaki, bukan nak kata lah…tapi kalau you goyang kaki lari semua orang. Bau hachemmm!!!”

Hardy ketawa kuat, aku sengih lebar. Lama barulah ketawa itu reda. Aku geleng kepala sendiri.

“You ni kelakarlah. I suka sangat. Please dearrr…jumpa I please…and if you jumpa I then you tak suka I or rasa I tak handsome nevermind, I redha.”

Terasa lucu ayat Hardy yang terakhir itu, redha konon. Masalahnya aku ni yang tak redha nak jumpa kau. Dan…ayat tu aku yang patut cakap bukan kau. Keluhku.
“Why Aurel? Kenapa you mengeluh? I push you ke? If yes, im so sorry dear…I just…I nak sangat jumpa you. Sangat!”

Kasihan pula aku bila Hardy merayuku.

“I bukan tak nak tapi I tak ready dan I segan. I ni buruk tau, gemuk, hitam lagi. Mana padan nak kawan dengan you.” Ujarku sambil tahan senyum.

Hardy terdiam. Terkejutla tu bila aku cakap aku hitam and gemuk. Lelaki!

“I tak kisah semua tu Aurelia. I just wanna meet you. Please…sekali pun tak apa.”

Aku berfikir-fikir sejenak.

“Macam nilah Hardy, I hanya boleh janjikan you satu benda.”

“Apa dia?” laju saja Hardy menyampuk.

“Ish dia ni, cubit kang! I tak habis cakap lagi.”

Hardy ketawa lagi.

“Okay…okay…sorry. Teruskan my princess.”

Princess?? Hardy orang kedua yang panggil aku princess selain Ben. Bila Ben panggil aku princess aku rasa seronok sangat tapi bila Hardy yang panggil aku rasa bahagia. Ah sudah! Parah dah ni.

“I tak boleh janji bila I akan jumpa you tapi I janji I akan jumpa you tahun ni jugak. Whatever it is, tahun ni I akan jumpa you. Maybe akhir tahun ni. Paling lewat time new year.”

“Perfect! So I still ada time nak handsomekan diri I, nak pergi spa, nak pergi facial. Nak buat kuku, apa yang you cakap hari tu, something with cure. Ah tak retilah I nak sebut.”

Aku ketawa galak. Kelakarnya!

“Manicure untuk kuku tangan dan pedicure untuk kuku kaki. Melampaunya you siap nak pergi facial. Mengalahkan I! Ke you ni pondan?” sakatku.

“Eh tolong sikit eh, I jantan sejati. Tak percaya I boleh buktikan kalau you nak tengok. Nak tak?”

“Euwww!!!”

Aku tutup muka dengan bantal, malu dengan patah perkataan Hardy yang aku kira agak sensitif untuk dibincangkan.

Aku dengar Hardy ketawa kuat. Bencinya aku! Tapi suka jugak dengar suara dia ketawa.

“I think kita jumpa lepas raya pun ok. Lagi seminggu nak puasa, then sebulan after, kita raya. After that kita jumpa? Ok tak cadangan I?”

Aku berfikir sejenak, tak sangka dah nak puasa rupanya. Lama jugak aku berkenalan dengan Hardy. Cuma belum jumpa je lagi.

“Boleh jugak…so lepas raya kita jumpa.” Putusku. Mungkin bila jumpa lepas raya, bila kantoi yang aku ni bukan seperti yang dalam facebook Hardy boleh maafkan aku sebab ye lah hari raya kan. Mestilah kena saling memaafkan. Tak gitu?

“Yes! Finally! Tak sabarnya nak tunggu puasa. Nanti I free I hantar juadah berbuka for you ok? Eh I lupa nak tanya. You muslim kan Aurel?”

Soalan Hardy ibarat batu besar menghempap kepala aku. Ya Allah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2018 12:02 PM | Show all posts
BAB 13

Sejak semalam, pertanyaan Hardy tidak putus-putus bermain difikirannya.
       
“You muslim kan Aurel?”
       
Sungguh, itulah soalan yang tak pernah aku jangkakan bakal ditanya kepadaku. Dan soalan itu aku sendiri tak mampu menjawabnya sehinggakan aku terus memutuskan talian, membuatkan perbualan Hardy dan aku terputus begitu saja. Cepat-cepat aku matikan phone sebab aku tahu Hardy pasti akan hubungi aku kembali. Aku masih belum bersedia. Aku takut dengan soalan itu sebab aku aku takut aku salah jawab.

Tak cukup lagi ke dengan namaku Bunga Aurelia? Nama tu tak menunjukkan aku islam ke sehinggakan ada yang mempersoalan agama aku. Ye…Hardy tak tahu nama penuh aku tapi Aurelia, Aurelia tu sudah cukupkan untuk menunjukkan aku ni Muslim, betul tak? Soalan yang aku tanya pada diri ssendiri, soalan yang aku sendiri cuba untuk larikan diri.
       
Dan buktinya sehingga ke petang aku langsung tak on kan handphone. Aku langsung tak keluar bilik. Pada Ben aku katakan aku period pain, nasib baiklah Ben faham.
       
Usai mandi aku duduk di atas sofa depan tv dengan iPhone ditangan. Terasa teragak-agak mahu menghidupkan gadget yang menghubungkan aku dan Hardy. Pasti bertalu-talu missed calls dan whatsapps dari lelaki itu.
       
Aku kuatkan hati. Iphone aku hidupkan. Sudah ku agak, bertalu-talu whatsapps dari Hardy dan beberapa dari Daniel bertanyakan hadiahnya. Sorry Daniel, hadiah dan bunga kau sudah selamat bersemadi dalam tong sampah.
       
Pesanan sms dari Hotlink menunjukkan 25 missed calls dari Hardy. Baru beberapa minit iPhone aku hidupkan, panggilan dari Hardy kuterima. Dengan teragak-agak aku sambut panggilan itu       
“Hello…” seruku.
       
“Oh God! Aurelia…where have you been?? I risau gila. Tiba-tiba call putus then bila I call balik tak dapat. What’s wrong dear? I ada salah cakap ke?”

        Suara Hardy kedengaran sangat risau tapi dalam masa yang sama lega.
       
Aku cuba beriak biasa supaya tidak menimbulkan syak wasangka.
       
“Sorry Hardy, phone I tiba-tiba hang. I pun tak tahu kenapa. So now I baru beli phone baru, that’s why lah.” Aku beralasan. Lantaklah macam nampak tipu ke apa ke, janji Hardy percaya.
       
“Oh…really? You pakai iPhone eh?” soal Hardy.
       
“Ha’ah…” kelam kabut aku jawab.
       
“Patutlah, my friend dah 2 kali Apple terpaksa bagi phone baru sebab asyik rosak home button and still dalam warranty. Your phone still dalam warranty ke tak?”
       
“Erm…still warranty.”
       
“Kenapa you tak bawak pergi tempat service dia je, nanti dapat tukar yang baru. But take time sikit.”
       
“I…I beli terus yang baru sebab kalau tunggu yang dia nak ganti tu lambat sangat, nanti I tak dapat contact you, I rindu you…” Ops! Dah terlambat. Laju saja perkataan rindu meluncur laju dari bibirku.
       
Hardy ketawa senang.
       
“Wow…happynya I you rindukan I.”
       
Aku senyum. Ada benda lain yang aku nak tanya.       
“Hardy…” panggil aku perlahan.
       
“Ye Aurel…kenapa suara you lain macam je ni?” suara Hardy juga bertukar rentak, lebih serious dan curious.

        “Semalam you ada tanya I something kan? yang I tak sempat nak jawab tu.”
       
Hardy senyap.
       
“Yang mana eh?”
       
“Yang last sekali, before you lost me.”
       
Hardy senyap lagi. Berfikir barangkali.
       
“Oh yes! Ingat, ingat…yang I tanya you Muslim ke tak tu kan? Kenapa Aurel? You bukan Muslim ke?”
       
“Bukan…bukan macam tu.” Terus aku bingkas duduk.
       
“I nak tanya you something actually.”
       
“Tanyalah, kalau I boleh jawab I akan jawab.”
       
Aku masih teragak-agak. Patutkah aku tanya dia.
       
“Aurel…?? Still there?”
       
“Ya! Ya! Sorry…erm…kalau lah kan…”
       
Aku senyap lagi, mengumpul kekuatan untuk bertanyakan soalan yang entah patut atau tidak aku tanya.
       
“Kalau apa Aurel? Listen…you boleh tanya atau cakap apa saja yang you nak cakap. Im always here for you. Just for you. You nak tanya apa, tanya je. Kalau I boleh jawab I akan jawab.” Suara Hardy menenangkanku.
       
“I malu sebenarnya tapi I curious sangat. I nak tanya, kalaulah seorang Islam tu tak solat, tak puasa…senang cerita, dia tak buat apa yang patut seorang muslim buat. Dalam satu jangka masa yang sangat lama, maybe dalam 10 tahun, 15 tahun or more than that lah. Orang tu boleh consider as a muslim lagi ke? Atau dia dah jadi kafir?” usai meluahkan apa yang ada dibenakku, mataku pejam erat. Takut akan jawapan yang bakal diberikan Hardy.
       
“I tak cukup sempurna untuk bagi you jawapan yang sangat-sangat tepat tapi kalau setakat basic agama, insyaallah I ada…” ujar Hardy serious.
       
“Dan berdasarkan apa yang I pernah belajar dan I tahu, tak jatuh kafir seseorang Islam itu seandainya dia tidak melakukan segala suruhan agama tapi seandainya dia sudah menyesal dan menyedari akan segala kesilapan dan kesalahannya maka dia kena bertaubat nasuha dengan kadar segera, taubat yang mengatakan dia tidak akan mengulangi kesalahan-kesalahan yang pernah dia lakukan.” Sambung Hardy.
       
“Islam ni cukup mudah sebenarnya, yang merumitkannya adalah muslim itu sendiri. Pandai-pandai buat hukum hakam sendiri sebagai contoh kawan I dulu tak bertudung and then dia start pakai tudung. You know, trend sekarang tudung corak-corak yang tak berapa nak labuh tu. If you pakai baju longgar should be no problem tapi bila baju ketat sikit tu yang problem.”
       
“And then apa jadi dengan kawan you, dia pakai baju ketat ke longgar?” soalku tidak sabar. Kedengaran Hardy tergelak dihujung talian.
       
Aku ketap bibir perlahan, sedikit terasa. Bodoh sangat ke soalan aku?
       
“Sabarlah…I nak ceritalah ni. Kawan I tu dari family yang sangat open sampaikan I tak boleh nak agak diorang ni beragama apa. Pakaian memang tak payah cerita, seksi habislah! So bila kawan I berubah, dia pakai tudung, pakai baju dan seluar jeans yang longgar-longgar. Tak nampak susuk badanlah. Masalah timbul bila ada seorang kenalan kitorang, satu course jugak, perempuan…sound dia.”
       
“Really?? Dia sound apa?” soalku teruja. Nak jugak tahu kenapa orang yang dah berubah pun nak disound-sound.

        “You tau perempuan tu cakap apa? Lebih kurang macam ni lah, tak guna you pakai tudung kalau you pakai seluar. Seluar ni haram dipakai, kemeja ni haram, t-shirt ni haram. Kalau nak pakai jeans jangan pakai tudung, tanggal je tudung ni.”
       
Aku mendengus. Teruknya!
       
“Betul ke pakai jeans tu haram?” soalku kembali.
       
“Pakaian macamana yang Islam tak benarkan perempuan pakai?” soal Hardy kepadaku.
       
“Pakaian seksi, ketat-ketat. Tak pakai tudung.” Jawabku pelik. Dah apehal main soal jawab pulak Hardy ni.
       
“Pandai pun sayang I ni…”
       
Aku simpan senyum, bangga terselit apabila Hardy puji aku.
       
“See the leg lah bro…” saja aku mengusiknya. Hardy ketawa.
       
“Nanti jumpa I tengok puas-puas kaki you okay?”
       
Aku ketawa, gatal kau eh Hardy.
       
“Okay sambung balik, Islam melarang perempuan Islam pakai ketat, seksi dan mendedahkan bentuk tubuh. So kalau pakai seluar yang longgar dan tak menampakkan bentuk tubuh, tak haram hukum dia. Tak kiralah seluar jeans ke, seluar hantu ke, iblis ke…selagi tak menampakkan bentuk tubuh. Boleh je..”
       
“Eee you ni cakap pasal hantu pulak!”
       
“I cakap supaya you senang faham sayang…”
       
“Okay…okay…lagi, ceritalah lagi pasal kawan you tu.”

        “Tak ada apa nak cerita dah, itu je yang I tahu tapi tak silap I kawan I tu buat tak tahu je dengan perempuan tu. Lagipun at that time kawan I tu tengah belajar agama dengan sorang ustazah ni, so maybe dia ada tanya ustazah tu lah kot pasal pakaian dia tu. Orang kadang-kadang silap, dia ingat kalau pakai jubah or baju kurung je tak haram. Actually pakai je lah apapun asalkan menutup aurat yang sepatutnya.”
       
Aku angguk  kepala, Hardy nampak ke tak belakang kira. Janji aku faham apa yang dia cakap.
       
“Thanks Hardy sebab sudi share ilmu you dengan I. I sangat appreciate. Next time kalau I ada benda nak tanya you lagi boleh kan?”
       
“Mestilah boleh…untuk you, apa saja I sanggup lakukan.”
       
Kata-kata Hardy membuai jiwaku. Indah sungguh perasaan ini.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:02 PM | Show all posts
BAB 14

Aku berlari-lari anak di gigi air. Seronok sangat apabila ombak yang menghempas pantai menenggelamkan kakiku, membawa pergi segala kekotoran yang melekat. Setiap kali aku berjalan, pasti meninggalkan bekas tapak kaki di belakang tapi hanya untuk seketika cuma, semuanya akan hilang bila ombak datang menghampiri.
       
“Ibu!!! Ayah!!! Jomlah main air!!!” laungku dari kejauhan sambil melambai mereka yang sedang duduk di atas tikar dibawah pohon rendang.
       
Kelihatan ibu melambai kembali.
       
“Mainlah dulu!!! Ayah nak makan sekejap!! Nanti ayah datang!!!” jerit ayah pula. Aku ketawa galak.
       
“Okay boss!!!” balasku. Sakit tekaK pulak rasa main jerit-jerit begini.
       
Cuti sekolah kali ni seronok sangat sebab ayah bawa aku dan ibu bercuti ditepi pantai, walaupun hanya di Port Dickson tapi aku suka sebab dapat luangkan masa dengan mereka. Balik sekolah nanti aku nak bagitau kawan-kawan yang aku bercuti ditepi pantai. Seronok!
       
Kulit-kulit cengkerang yang terdampar di persisir pantai aku kutip satu persatu, pelbagai warna dan rupa bentuk. Nanti aku mahu suruh ibu karangkan untukku menjadi seutas rantai. Pasti cantik!
       
Sedang asyik mengutip kulit cengkerang, aku terasa tubuhku diangkat sehingga plastik yang penuh kulit tadi terjatuh. Aku terjerit-jerit minta diturunkan tapi ayah tetap mendukungku sambil ketawa. Bila terasa kami semakin hampir dengan air, lagi kuat aku menjerit. Dah tau sangat perangai ayah, pasti dia mahu mencampakku ke dalam laut. Sempat ku lihat ibu mengambil plastik berisi cengkerang milikku sambil memerhatikan kami dengan wajah ceria.
       
Aku redha saja apabila tubuhku dan tubuh ayah jatuh ke dalam laut. Kami ketawa galak. Aku cuba mengapungkan diri, begitu juga ayah.
       
“Padan muka ayah jatuh jugak!” aku ejek ayah.
       
Ayah ketawa besar sambil memerhatikan aku.
       
“Dah besar anak ayah ni, berat sangat! Itu yang tak larat tu.”
       
“Ayah nak kata Bunga gemuk ke apa ni?” marahku, pura-pura merajuk. Kalau ayah kata aku gemuk pun langsung aku tak terasa.
       
“Gemuk tu taklah tapi macam anak badak adalah sikit!”
       
Aku terkejut. Anak badak?
       
“Kalau Bunga anak badak, ayah tu bapak badak!” aku ketawa sambil memercikkan air ke arah ayah. Ayah hanya mengelak sambil ketawa.

        Aku mula berenang ke tepi tapi ayah berenang makin ke tengah, aku hanya membiarkan.
       
Aku duduk di atas pasir bersama dengan ibu sambil memerhatikan ayah yang leka berenang ke sana ke mari. Sesekali aku membalas lambaian ayah namun lambaiannya yang kali ketiga adalah lambaian terakhirnya. Aku nampak ayah tenggelam timbul beberapa kali sebelum terus tenggelam.
       
Dalam masa beberapa saat saja ayah sudah tenggelam tak timbul-timbul. Tanpa mempedulikan jeritan ibu yang meminta tolong aku segera berenang ke tempat ayah tenggelam. Beberapa kali aku menyelam dan cuba mencari di dasar tapi air yang keruh membataskan pemandanganku. Aku selam lagi…tak jumpa. Aku sedut udara dipermukaan dan aku selam lagi, tapi tak jumpa juga. Semuanya seolah-olah sunyi dan mati. Dan aku tahu, ayah tak mungkin akan ku temui lagi.
       
Sedar-sedar saja aku rasa mataku basah, pipiku lembab. Aku mimpikan ayah setelah sekian lama aku tidak mimpikannya. Aku bangun dari tidur, pandanganku kosong. Masih terkesan dengan mimpi tadi. Semoga ayah dan ibu bahagia di alam sana.
       
Air mata yang bercucuran turun aku kesat, tapi makin aku kesat makin banyak ia turun. Akhirnya aku teresak-esak diatas katil, memeluk bantal tidurku sehingga kembali lena.
























Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:03 PM | Show all posts
BAB 15

Sedar tak sedar, lagi dua hari seluruh umat islam akan menyambut hari raya aidilfitri dan ini kali pertama aku excited sangat nak sambut hari raya. Mungkin kerana tahun ini aku berpuasa penuh, kecuali hari aku bendera merahlah. Hampir sebelas tahun aku tidak berpuasa dan sekadar menyambut hari raya ala kadar, tahun ini aku nak sambut sepuas hati. Buktinya 10 pasang baju raya telah aku beli, untuk Ben dan Peter aku belikan baju melayu, untuk bibik aku belikan jubah dan baju kurung.
       
Ben agak hairan dengan aku yang beria-ia nak sambut hari raya sampaikan satu rumah aku pasang lampu liplap berwarna warni tapi Ben tak kisah pun malah dia yang upah orang menyuruh mereka mengikut segala kehendakku. Ben memang abang yang baik.
       
Hubungan aku dan Hardy Mikail makin erat. Setiap hari kami berhubung, ada saja yang aku dan dia bualkan. Kawan-kawanku kata aku gila, bercinta dalam telefon tapi bagiku ini bukan bercinta tapi proses suai kenal. Hahaha…
       
Setiap hari Hardy akan kejut aku untuk bersahur. Hari pertama memang malas dan liat gila. Bibik pun terkejut bila aku muncul di dapur jam 5 pagi, apatah lagi aku siap join bibik bersahur. Sejak hari itu, aku dan bibik bersahur bersama.
       
Time buka puasa Hardy pasti sibuk whatsapps juadah berbuka yang dia beli, aku pun sama. Hardy pun sudah makin berani menghantar gambar dia dan rakan-rakan atau gambar dia sendiri. Banyak benda tentang Hardy yang sudah aku tahu. Rumahnya, keretanya, bisnesnya dan segala-galanya tentang Hardy. Jenama rokok yang dia hisap pun aku tahu!
       
Hardy langsung tak berahsia denganku, terang-terangan dia mengatakan cinta tapi aku buat tak reti. Malu dan belum yakin. Aku ada rancanganku sendiri untuk menguji cinta Hardy padaku dan bila tiba masanya aku akan uji dia. Bukan senang untuk aku serahkan hatiku pada sesiapa dan sekali aku serahkan aku tak akan ambil kembali. Itu tekadku!
        Hari kedua aku puasa, aku separuh mati. Rasa lembik dan tak bermaya, puncanya aku tak bangun sahur. Lepas pada hari itu aku pastikan aku akan bersahur. Nadia ada jugak menghalangku berpuasa, katanya tak guna aku puasa kalau aku tak solat, apa pun tak dapat, yang dapat lapar, dahaga dan penat. Aku tanya Hardy tapi jawapan Hardy lain pula. Katanya itu biar Allah tentukan, kalau aku mampu puasa tentu aku mampu solat jadi dirikan solat kalau aku mampu. Ringkas tapi padat.

Kalau tak boleh nak buat macamana, slow-slow kata Hardy. Nak berubah ni bukan senang katanya, tambahan pula nak istiqamah, consistency tu yang penting. Jadi Hardy suruh aku kuatkan semangat dan cuba buat yang terbaik, cuba improve hari demi hari. Aku senang sangat dengan Hardy.
       
“Hoi! Ingat apa?! Rindu cik abang Hardy lah tu…” tegur Nadia buatkan aku tersentak.
       
Mataku yang terbuka dek sergahan sahabatku itu aku pejam kembali.
       
“Mestilah rindu cik abang kita, kita kan ada cik abang.” Balasku kembali dengan suara manja dan gedik. Kedengaran Nadia ketawa kuat.
       
“Malam ni jom pergi terawih nak?” ajakanku buatkan Nadia ketawa lagi kuat.
       
“Kau gila ke? Hahaha…dah la esok lusa nak raya baru nak pergi terawih. Choi sangat perangai. Yang wajib pun ke laut dalam, sibuk nak buat yang sunat.” Ejek Nadia selamba. Aku hanya diam.
       
Aku buka mata lantas menegakkan badan yang tadi sedang bersandar malas pada seat kereta. Nadia disebelah aku pandang, buat muka kasihan.
       
“Jomlah babe…aku tengok gambar Hardy pergi terawikh macam best je, lepas terawikh boleh dapat makan moreh. Dulu kecik-kecik selalu jugak aku ikut ibu dengan ayah aku pergi terawikh, sekarang ni nak pergi tak ada genglah. Jomlah Nadia temankan aku…takkan aku nak ajak Cindy atau Wulan. Jomlah…jomlahlah…” pujukku lagi.
Lengan Nadia aku pegang dan aku goyang perlahan. Persis anak kecil mahukan gula-gula.
       
Nadia tarik lengannya, dia rapatkan badan ke pintu kereta. Kononnya takut dengan aku yang duk tarik dan pegang lengannya.
       
“Eee…apa pegang-pegang orang ni…seram…”
       
“Bongok!” marahku sambik ketawa.
       
“Mana Cindy dengan Wulan ni? Dah lama kita tunggu ni…” ujarku lagi setelah ketawa reda.
       
“Kau tunggu dorang ke?” soal Nadia tersenyum-senyum.
       
Aku dah buat muka pelik, dah tu nak tunggu siapa lagi kalau tak tunggu dorang, getusku daam hati.
       
“Kalau kau tunggu dorang, sampai besok pun dorang takkan turun. Dorang dah sampai sana agaknya. Tadi Wulan nak pergi bank, so Cindy temankan. Aku suruh dorang direct pergi sana.”
       
“Ler…awat tak habaq awai-awai!” ujarku seraya menghidupkan enjin kereta.
       
“Mentang-mentang nak jadi menantu orang kedah, sekarang dah praktis ye?”
       
Usikan Nadia buatkan aku ketawa. Kampung Hardy kat Kedah, so jadi orang kedah la aku. Hahaha.
       
“Haruslah!” aku tekan pedal dan kereta meluncur laju meninggalkan Saville Serviced Apartments yang disewa Cindy dan Nadia.



Aku mengeluh perlahan. Ramai sungguh orang dekat bazar ramadhan Taman Melati ni tambah-tambah dekat Gerai Roti John paling famous ni. Hampir setengah jam aku berdiri tunggu turn tapi tak juga tiba turn aku. Ramainya orang sampai rasa berbahang. Kat depan ramai orang sedang beratur, belakang aku pun boleh tahan ramai. Tapi tak apa, Roti John yang sedap ni punya pasal aku akan tunggu jugak!
       
Boring punya pasal aku keluarkan iPhone dari clutch beg Yves Saint Laurent yang dikepit celah lengan. Ada beberapa whatsapps aku terima tapi aku tak perasan, mungkin sebab bunyi bising peniaga dan pembeli disekelilingku.

Hardy Mikail: Dear, I kat bazar ni…ramai gila orang but roti john sedap punya pasal I rela beratur.

        Aku sengih lebar, sama pulak taste aku dan Hardy hari ini.

Aurelia: Really?? Sama lah juadah kita hari ni. You selalu beli roti john kat bazar mana?

        Cepat saja Hardy balas. Bosan nak tunggu berbuka yang lagi satu jam lah tu.

Hardy Mikail: I suka roti john dekat bazar Taman Melati. Ni I tengah beratur nak beli roti john la ni. Ramai gila orang. You nak? Kalau nak I boleh belikan untuk you then hantar. Nak?

        Aku dah gelabah. Bazar Taman Melati?? Ni yang aku duk tercegat ni bukan bazar Taman Melati ke?! Oh my…Roti john, Hardy, Hardy, Roti John…kalau balik kang rugi pulak dah lama beratur tapi…mungkin Hardy beli Roti John kat gerai lain kot. Takkan lah satu ni je ada gerai roti john. Ujarku mahu menyedapkan hati sendiri.

Hardy Mikail: Dear…senyap je…you nak tak I belikan you roti john favorite I ni? ;)

        Cepat-cepat aku balas.

        Aurelia: Thanks but I dah beli, maybe next time okay?

        Aurelia: But, boleh tak you snap tempat you beli roti john tu then send kat I?

Hardy Mikail: You jealous eh? Takut I merayap tempat lain or pergi dengan girls eh? I pergi dengan Azam, Faiq and Zahari je you. I setia dengan you sorang je. Promise!

Aurelia: Bukan jealous tapi manalah tahu next time I nak rasa roti john favourite you tu, so boleh pergi beli. You nak setia ke tak nak setia ke I peduli apa, you bukan bf I pun.

        Hardy Mikail: Amboi…jual mahal you eh! Tapi tak pe, I suka. LOL…

Beberapa ketika kemudian Hardy hantar dua keping gambar yang memang buatkan jantung aku rasa nak melompat keluar. Dia tengah beratur dekat gerai roti john yang sama aku beratur! Aku cam sangat suasana dan banner gerai abang roti john ni. Mampos!

Aku buka group whatsapps, nak inform berita tergempar pada rakan-rakanku yang lain. Masing-masing sudah berpecah mencari juadah sendiri.

Aurelia: GEMPAR!!!! Hardy Mikail ada kat sini!!! Tengah beratur sama baris dengan aku, tapi kat belakang aku. Mati aku!!!

Sekejap saja Wulan sudah balas.

Wul4n: Wow!! Gempak! Tunggu jap, aku datang. Handsome tak dia depan-depan??

Aurelia: Tak guna kau! Itu yang kau tanya! Cepatlah datang sini.

Wul4n: Okay okay… :p

Nadia: Hardy tu bukan tau muka kau pun. So nak risau apa?

Cindy: Aku tengah tunggu murtabak ni. Ramai orang nanti aku datang.

Aku berfikir sejenak, betul jugak apa Nadia cakap. Aku gelabah cacing sangat apehal, bukan Hardy tau muka aku pun. Aish! Ngok sungguh aku ni.

Aurelia: Betul jugak kau cakap tu Nadia, apa lah aku ni.

Nadia: Kau buat tak tahu je, silent kan phone. Kang dia call naya je.

Aurelia: Okay ;)

Tiba-tiba bahuku ditepuk dari belakang, terjerit kuat aku dibuatnya sebelum ada tangan menutup mulutku. Terlayar diruang mataku Wulan yang tersengih-sengih. Tak guna punya kawan, malu aku orang tengok.

“Gila kau! Malu aku…” ujarku sambil mencubit lengannya.

Wulan hanya ketawa.

“Chill lah babe, weh mana dia?” bisik Wulan perlahan. Cepat-cepat aku rapatkan kepalaku ke kepala Wulan.

“Tu kat belakang, pakai baju merah. Aku tak pandang pun tapi dia hantar gambar tadi. Cuba kau tengok ada tak dia kat belakang.” Bisikku pula.

Wulan angguk kepala. Dia buat-buat melilau mencari kawanku yang lain, padahal mata dia duk menjeling dan mencari orang yang aku sebutkan.

Tiba-tiba Wulan paut lengan aku dan mendekatkan mulutnya ke telingaku. Tapak tangannya dijadikan penghadang.

“Wei! Dia kat belakang kau…” bisik Wulan seperlahan yang boleh.
Aku mengeluh.

“Aku tahulah dia belakang aku…kan aku dan cakap dia ada hantar gambar tadi.” Ujarku dengan suara yang tertahan, takut orang dengar dan paling aku takuti, takut Hardy Mikail dengar. Kalau dia dengar kantoilah aku.

Terasa perit lenganku ditampar Wulan. Aku jeling dia sambil menggosok lengan yang perit. Dah kenapa pulak nak cubit-cubit aku.

“Masalahnya Tuan Puteri yang rupawan, dia beratur selang sorang je kat belakang kau. Yang beratur belakang kau ni pun budak kecik je. Senang cerita dia beratur betul-betul belakang kau. Jangan kata ludah, cium pun sampai.” Wulan terkekek ketawa dengan katanya sendiri.

Geram betul aku dengan Wulan, gelak kuat-kuat buat apa, buat tarik perhatian orang je nanti.

“Buat tak reti je babe, dia pun bukan kenal muka kau yang betul tapi kalau kau nak tayang muka original kau ni pun boleh. Memang tergolek-golek jatuh lah dia tu. Berganda-ganda cantik dari Pat Napapa tu.

“Ish! Diamlah…” marahku.

“Eh! Awek GTR pink lah!” tegur seseorang dari arah belakang. Wulan cepat-cepat berpaling. Teragak-agak aku berpaling, wajah pertama yang menyapaku pemandanganku adalah Hardy Mikail, tajam renungan matanya. Dan…dia sangat kacak! Sangat! Sampai aku rasa sesak nafas. Gila!

Pandangan kami bersabung seketika sebelum lelaki yang menegur tadi menolak Hardy ke tepi dan dia berdiri sambil tersengih-sengih di hadapanku.

“Kau kenal ke dia ni Bunga?” soal Wulan. Merujuk pada lelaki yang berdiri di hadapanku. Wulan buat muka annoying, aku pun agak annoying dengan lelaki di hadapanku ini.
“Entah! Tak kenal. Dah jangan layan.”

Aku tarik Wulan supaya kembali menghadap gerai Roti John. Malas mahu layan lelaki yang menegur, tapi selebihnya aku rasa tak selesa dengan renungan Hardy yang berada disebelah lelaki tadi. Tak sangka mereka berkawan, jangan kata pemandu Audi R8 tempohari tu Hardy! Oh God!

“Ek’eleh, sombong la…dah la orang bagi nombor telefon tak call balik.” Kutuk lelaki itu lagi.

Ni yang aku geram ni, main fitnah-fitnah pulak. Mana ada dia bagi aku nombor telefon.

“Cakap baik-baik sikit bang, nombor apa abang cakap ni?” ujarku.

Aku paling semula ke belakang. Tepat-tepat menghadap lelaki tadi.

“Eh, janganlah marah…nanti tak cantik, cepat tua tau. Maybe kertas kitorang baling tu tak masuk kot dalam kereta cik adik manis ni. Tapi tak pe, biar abang bagi name card terus ye? Make sure call ye sayang…”

Sekeping kad berwarna putih dihulur dan Wulan yang mengambilnya.

“Mohd Azam bin Azmin, ooo…Azam…eloklah tu, dah akhir tahun ni, kitorang tak ada azam lagi. Thank you lah Azam Tahun Baru…tolong senyap ye, jangan ganggu kitorang lagi sebab kitorang nak fikirkan azam tahun baru sambil tunggu roti john.”

Ketawa kedengaran dari pihak Hardy, menggigil bahunya menahan tawa buatkan aku rasa nak ketawa sama tapi aku tahan. Cepat-cepat aku berpaling. Sampai saja turn aku order cepat-cepat aku order dan apabila siap aku terus berlalu pergi tanpa mempedulikan Wulan yang masih gigih bergaduh dengan lelaki yang bernama Azam tadi.
Sungguh hati aku berdebar, renungan Hardy tajam dan membuai perasaan. Dia tak senyum pun kacak gila tapi bila dia senyum dan ketawa, kacaknya memang melampau!


       




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2018 12:05 PM | Show all posts
Okay settle 15 bab awal...nanti akan ada part Hardy jumpa Bunga. part tu iols pun sakit hati haha. yang mana ada typo tu sorry ye. ini raw manuskrip yang belum diedit. malas nak ambil dalam PC yang dah edit.


Korang hujung minggu ni buat apa je? mana eh geng lama bod penulisan niiii. iols ada beberapa yang trjumpa di FB
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 03:19 PM | Show all posts
yeayyy menyeri hari2 suramku....
kemon update lg
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.105680 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list