Tidak dapat dinafikan, menikmati hidangan dari restoran makanan segera memang selalu kedengaran sebagai satu idea yang baik.
Namun, anda pasti sedar yang makanan ini mengandungi kalori yang tinggi, garam dan lemak trans serta lemak tepu.
Walau bagaimanapun, penggemar makanan segera pastinya tidak dapat mengelakkan diri dari terus membelinya.
Sebenarnya, ada cara untuk kekal sihat walaupun selalu mengambil hidangan makanan segera ini. Caranya:
1. Pilih sajian yang kecil
Kalau kita selalu memilih hidangaan 'combo' atau 'large', apa kata cuba yang 'medium' sahaja. Ia akan mengurangkan pengambilan kalori harian dan pilihlah saiz yang tidak lebih dari 500 kalori.
2. Pilih hidangan berserat tinggi
Daripada memilih menu yang bergoreng dan disalut tepung, apa kata pilih yang dipanggang kerana ianya adalah lebih sihat.
3. Pilih salad daripada pilih kentang goreng
Daripada memesan roti biasa, lebih baik pesan roti gandum atau pun pesan sesuatu yang vegetarian.
Sumber Foto: terbaru.burupromo.com
4. Hindari lemak trans
Biasanya ia banyak ditemui dalam produk tenusu dan daging. Jadilah lebih kreatif dan bijak dan kurangkan pengambilannya.
5. Bataskan pengambilan garam
The American Heart Association mensarankan untuk mengambil hanya 1.500 mg garam sehari.
Sumber Foto: www.simplyscratch.com
6. Pilih minuman yang betul
Biasanya restoran makanan segera akan menyajikan minuman yang tinggi gula dan kalori.Gantikannya dengan air mineral yang sudah pasti baik untuk kesihatan anda.
Jadi, lepas ni bolehlah cuba tips di atas untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik walaupun selalu mengambil makanan segera, okay? -CARI