Sumber Foto: IG Zizan Razak
Pelawak terkenal, Zizan Razak menafikan yang dia langsung tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan aktres cantik Mira Filzah seperti yang yang diperkatakan sebelum ini.
Zizan menjelaskan yang persahabatan antara mereka bukanlah serapat yang dijangkakan sebaliknya hanya kawan biasa sahaja.
"Sebagai kawan pun kami sebenarnya bukanlah terlalu rapat apatah lagi melibatkan hati dan perasaan," katanya kepada mStar Online.
Sumber Foto: IG Zizan Razak
Dirinya kini masih belum mempunyai kekasih hati dan meletakkan soal itu kepada jodoh.
"Jika ada jodoh, Insya-Allah dan sekiranya masih belum sampai waktunya tidak mengapa kerana setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah. Sementara tiada sebarang komitmen dalam hubungan boleh saya fokuskan kepada kerjaya seni selain ada peminat yang boleh menggembirakan saya," ujarnya.
Sumber Foto: IG Mira Filzah
Artis-artis Malaysia ni memang selalu menafikan dan pandai sorokkan hubungan sebab masing-masing nak jaga 'market'.
Tahu-tahu nanti ada pula jemputan ke majlis perkahwin mereka berdua, tak begitu? -CARI |