CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
Post time 9-4-2021 02:58 PM | Show all posts
jonedjonni replied at 7-4-2021 03:02 PM
takziah @achinto .. kalau sudi..share la kisah2 misteri u... kisah2 org2 lama ni..byk  ...

Thank you @jonedjonni.

TT tumpang rumah ye, ai story-story kat sini.

Mendiang ayah i ni anak bongsu dari 8 orang adik beradik, paling berjaya antara semua & anak pertama masuk menara gading. Dapat pulak kerja yang bagus. Jadinya dia ni lah harapan keluarga, saudara mara sepupu sepapat yang susah mintak tolong kat dia. Kitorang dari kecik sampai besar, memang sentiasa ada sepupu/ anak buah/ saudara dari belah ayah yang menumpang tinggal dirumah.

Sebelum mendiang datuk meninggal, dia dah siap bahagikan tanah & harta pusaka mengikut seadil yang dia rasa. Tapi rasanya macam jadi kebiasaan kot, mesti ada gaduh-gaduh antara adik-beradik yang tak puas hati, berebut tanah semua. Termasuklah family mendiang ayah saya ni.

Masa datuk meninggal, ramai saudara mara jauh yang datang, termasuklah kakak ayah saya, Indai NN. Dia ni makcik belah ayah yang kitorang sayang sebab penyayang, lemah lembut orangnya. Sangat bersifat keibuan. Kalau kitorang balik rumah panjang, kitorang akan duduk bilik Indai NN.

Elok saja lepas balik ke kampung semula lepas selesai pengebumian semua, Indai NN mula jatuh sakit. Diagnosed colon cancer & meninggal dalam masa kurang daripada setahun.

Ayah saya pun pulanglah ke rumah panjang untuk kebumikan kakak dia. Sekembali ayah saya dari rumah panjang, dia mula mengadu sakit kaki kanan, semakin lama kaki dia makin lemah & mengecil. Masa ni saya sedang study di semenanjung, jadi cuti semester saja balik jenguk family. Sayu hati tengok ayah saya makin kurus.

Ayah saya jarang sangat sakit & memang terasa hati tengok dia yang kuat sebelum ni, makin hari makin lemah. Bila check di hospital, doc diagnosed slipped disk yang menghimpit urat saraf kaki. sebab tu kaki kanan je terkesan. Check punya check lagi, akhirnya doc diagnosed kanser hati tahap 4 yang merebak ke tulang belakang & menyebabkan spinal disk dia retak.

Family cuba berubat pelbagai cara. Moden, tradisional semualah. Menurut salah seorang pengubat ni, ayah saya terkena buatan orang masa di kampung. Dia terpijak sesuatu yang orang letakkan untuk buat dia sakit. Dalam setahun tu, ayah saya pulak meninggal.

Mungkin tertulis, sudah tiba masa ayah saya pergi tapi awatnya drastik sangat? berturut-turut pulak tu. Kadang kita ni jenis yang bersangka baik, taknak buruk sangka kat orang. Tapi memang tak boleh dinafikan jugak, zaman modern2 ni pun masih lagi orang amalkan ilmu-ilmu jahat macam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2021 03:00 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 7-4-2021 03:29 PM
Bercerita pasal 'buatan orang'....

Meosl baru2 ni kehilangan seorang sahabat yg sangat rapat..u ...

Salam takziah @annabellaruz2. Busuk hati kan orang macam ni. Tak boleh tengok orang lebih daripada dia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
achinto replied at 9-4-2021 02:58 PM
Thank you @jonedjonni.

TT tumpang rumah ye, ai story-story kat sini.

zmn moden lg byk bnda bkn2 ni...msa i bljr dulu...ada junior ni...mnri makyong tgk2 org rmai gara2 reject cnta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2021 03:51 PM | Show all posts
achinto replied at 9-4-2021 03:58 PM
Thank you @jonedjonni.

TT tumpang rumah ye, ai story-story kat sini.

boleh..sila2...supaya benang ni tak sunyi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2021 03:57 PM | Show all posts
achinto replied at 9-4-2021 03:58 PM
Thank you @jonedjonni.

TT tumpang rumah ye, ai story-story kat sini.

tumpang simpati...mcm ni la yg berlaku pada adik angkat meols tu...

then ada kawan bg tau sepupu dia pun meninggal sebab buatan orang..
katanya buatan org ni akan meresap dan merosakkan organ dalaman..
Jd bila ke hospital, byklah penyakit misteri yg didiagnose kat org yg terkena tu...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2021 03:57 PM | Show all posts
achinto replied at 9-4-2021 04:00 PM
Salam takziah @annabellaruz2. Busuk hati kan orang macam ni. Tak boleh tengok orang lebih daripada ...

tu la pasal..sakit hati bila teringat..semoga allah je la yg membalasnya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2021 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Great stories
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2021 10:54 AM | Show all posts

Thanks babe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.071764 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list