CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1378|Reply: 1

Kos Tunai Haji Dijangka Terus Meningkat- Jamil Khir

[Copy link]
Post time 23-11-2016 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Kos menunaikan haji dijangka terus meningkat disebabkan kos penginapan, pengangkutan, makan-minum dan lain-lain perkhidmatan turut bertambah dan pada musim Haji 1437 Hijrah (H)/2016 yang baru selesai, ia sudah mencecah RM18,890 seorang.


Demikian ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika di Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji Musim 1437H Isnin lalu.


"Tabung Haji (TH) dengan sokongan kerajaan, masih dapat mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980 seorang jemaah haji 'Muasassah' sejak tahun 2009."


Memetik laporan Bernama, pada musim yang lalu sahaja, jumlah keseluruhan subsidi haji yang ditanggung oleh TH adalah melebihi RM160 juta.


Operasi pengendalian jemaah haji negara bagi musim haji 1437H dianggap sangat baik dan berjaya mencapai objektifnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah hasil muafakat semua pihak, tambah beliau.- CARI

sumber foto: http://www.tv14.my/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2016 09:55 AM | Show all posts
Memanglah kos akan naik... tu pasal Tabung Haji kena bijak mengurus kewangan & investment dari simpanan penabung supaya boleh tanggung kos kenaikan... bukan itu ke mandat penubuhan Tabung Haji in the first place?..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:45 PM GMT+8 , Processed in 0.326604 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list