View: 1322|Reply: 4
|
Siri Super Terbuka HK: Bergu Campuran Negara Berakhir Awal
[Copy link]
|
|
Perjuangan pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng/Lai Pei Jing dalam saingan badminton Siri Super Terbuka Hong Kong, berakhir pada pusingan pertama semalam.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Peng Soon/Liu Ying yang turun sebagai pilihan keempat kejohanan mudah dijinakkan pasangan beregu daripada Korea Selatan, Yoo Yeon Seong/Chang Ye Na 12-21, 11-21 dalam pertarungan selama 37 minit.
Kekalahan tersebut merupakan kekalahan pertama Peng Soon/Liu Ying di tangan pasangan Korea Selatan itu selepas mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut pada pertemuan sebelum ini.
Dalam satu lagi perlawanan menyaksikan Kian Meng/Pei Jing terpaksa akur kepada pasangan Yugo Kobayashi/Misaki Matsutomo dari Jepun apabila tewas 16-21, 18-21 dalam aksi selama 34 minit.
Sementara itu, Ong Yew Sin/Teo Ee Yi meneruskan perjuangan ke undian utama beregu lelaki bersama-sama Goh V Shem/Tan Wee Kiong, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan Lim Khim Wah/Ong Jian Guo. - CARI
sumber foto: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
iskandar main gak ker terbuka ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasangan mixed tu tak konsisten, seperti beregu lelaki kita tu.
Masa dorang menang medal kat Olimpik, bukan main media especially The Star dari hulu ke hilir asyik nak up kan kisah pemain-pemain tu, especially LGY membuatkan ramai yang rimas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sad to say this, rasanya sepanjang sejarah badminton negara dan mungkin juga untuk masa terdekat nanti, tiada lagi pemain yang sentiasa konsisten seperti DLCW.
He's a rare breed. |
|
|
|
|
|
|
| |
|