Sumber Foto: aerlingus.com
Perasan atau tidak jika kita berada dalam sebuah pesawat menuju ke mana-mana destinasi mesti makanan yang dimakan terasa hambar.
Semua ini terjadi disebabkan perbezaan tekanan udara dan sistem penghawa dingin yang sangat kuat, ia membuatkan wap udara menjadi sedikit dan tekak pula terasa kering.
Sumber Foto: aerlingus.com
20% daripada deria rasa akan hilang kerana dipengaruhi olehnya terutama ketika merasa makanan yang manis dan masin.
Selain itu, suasana bising semasa dalam penerbangan juga akan menyebabkan kemampuan seseorang untuk merasai benda manis berkurang.
Namun seorang chef profesional yang berasal dari New York, Alfred Portale, telah membongkarkan rahsia terbaik untuk membuat makanan terasa enak semasa berada dalam penerbangan.
Sumber Foto: Carian Google
Caranya mudah sahaja iaitu dengan menambahkan garam, lada dan rempah yang mempunyai aroma yang tajam.
Chef tersebut menyatakan kepada Daily Mail yang dia akan menggunakan cara ini bagi memastikan penumpang kapal terbang dapat menikmati sajian terbaik semasa berada dalam penerbangan.
Portale dan rakan-rakannya yang berkhidmat dalam menyajikan makanan untuk penumpang kelas pertama di Singapore Airlines juga akan memastikan penumpang diberikan sos dan sambal tambahan. -CARI
Sumber Foto: Carian Google |