Israel terbakar! Sebuah hutan berhampiran rizab alam semula jadi Nataf terbakar dan merebak ke kawasan perumahan sehingga mengakibatkan puluhan rumah musnah dan ribuan penduduk di kawasan terjejas dipindahkan.
Memetik laporan The Times Of Israel, Menteri Keselamatan Awam Israel, Gilad Erdan berkata kemusnahan yang melanda penempatan itu berpunca dari kebakaran sebuah hutan yang merebak ke Zichron Yaakov, terletak di hujung selatan Hutan Carmel di utara Israel.
“Kebakaran ini bermula pada hari Selasa dan keadaan semakin teruk sehingga memusnahkan banyak rumah di kawasan berkenaan.”
Sementara itu, seorang pegawai bomba di Haifa memberitahu pihak media, kebakaran sengaja dinyalakan berdekatan balai bomba di daerah itu bagi melumpuhkan operasi bomba di sana.
Sekurang-kurangnya 30 pasukan bomba dan penyelamat dikerahkan ke tempat kejadian bagi mengawal dan memadam kebakaran termasuk bantuan tentera dan empat pesawat digunakan.
Insiden itu turut dilaporkan merebak ke kawasan Orot Rabin di Hadera, Umm al-Fachm, Lachish, Nesher dan Kfar Vradim.- CARI
yer bagus juga strategi pembakaran ini....tak yah nak beli senjata mahal dan berteknologi tinggi utk menentang bangsa yahudi yang bijaksana dan berkuasa ni... bergantung kepada keadaan cuaca...