CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5723|Reply: 31

[Tempatan] Saya tak pernah ada akaun Facebook, Twitter

[Copy link]
Post time 29-11-2016 03:24 AM | Show all posts |Read mode
ISNIN, 28 NOVEMBER 2016 @ 10:17 PMSaya tak pernah ada akaun Facebook, Twitter - Rosmah









[size=0.8em]PENAUNG Skuad Sayang Kebangsaan Datin Seri Rosmah Mansor berucap pada Majlis Tahunan bersama Penaung Skuad Sayang sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-70 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Isteri perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa beliau tidak pernah mempunyai akaun laman sosial, khususnya Facebook dan Twitter.
Sehubungan itu, Rosmah mengingatkan orang ramai untuk tidak terpedaya dengan mana-mana laman sosial yang menurutnya, ada 20 akaun Facebook menggunakan namanya.
"Saya tidak pernah mendaftar akaun Facebook. Saya tak ada Twitter. Cuma ada (telefon bimbit) Samsung yang antik. Asalkan boleh buat panggilan, terima panggilan, ...hantar dan jawab SMS.
"Kalau ada baca (laman sosial atas nama saya), maknanya telah kena tipu. (Jika) ada apa-apa dengan saya, tanya secara berdepan. Cakap perkara yang betul, jangan cakap bohong," katanya.
Rosmah berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tahunan Bersama Penaung Skuad Sayang Kebangsaan di Dewan Tun Dr Ismail bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Skuad Sayang Kebangsaan, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga ketua Wanita UMNO dan Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Azizah Mohd Dun.
Rosmah berkata, kewujudan akaun Facebook palsu itu 'memberi semangat' kepadanya untuk menghadiri sesi ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook, Mark Zuckerberg pada Sidang Kemuncak CEO 2016 di Lima, Peru, baru-baru ini.
Semangat untuk berjumpa dengan Zuckerberg menyebabkan beliau ditegur suaminya Datuk Seri Najib Razak yang 'hairan' melihat beliau sanggup keluar awal pagi sedangkan mereka tiba lewat di Peru, tambahnya.
"Saya jawab (kepada Najib) yang saya nak tanya soalan pada Zuckerberg iaitu " anda (Zuckerberg) perlu ada mekanisme untuk mengesan akaun Facebook yang palsu. Saya tunggu tapi tak ada sesi soal jawab.
"Saya tanya juga pada pegawai jika saya boleh bertanya kepada beliau tetapi pegawai cakap tak boleh sebab beliau perlu bergegas ke tempat lain. Saya nak tanya kerana Facebook pun ada kekurangan," katanya.
Dalam pada itu, Rosmah yang juga penaung Skuad Sayang mengingatkan anggota skuad itu untuk menguasai media sosial kerana fenomena gelombang media sosial baharu telah mentransformasikan landskap politik negara.
"Gunakan saluran media sosial yang strategik dengan optimum dalam menguar-uarkan usaha kita. Gunalah media sosial sebagai senjata maya kita untuk menyalurkan maklumat yang benar dan mematahkan fitnah dan tohmahan pembangkang," katanya.
Rosmah berkata, langkah itu sesuai memandangkan kajian Landskap Digital Malaysia 2016 melaporkan 69 peratus atau 21 juta daripada 31.5 juta populasi daripada rakyat Malaysia adalah pengguna internet.
Daripada jumlah itu, katanya 68 peratus atau 21 juta adalah pengguna aktif media sosial paling popular seperti Facebook, Twitter dan YouTube, dan secara purata rakyat Malaysia menggunakan Internet selama 5.1 jam sehari dan 2.8 jam untuk melayari laman sosial. - BERNAMA





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2016 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit simpanan habis beli cincin - nak tukar henpon pun tak mampooo kata kak mah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 08:25 AM | Show all posts
abis kena hencap kalau ada account socmed
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 08:29 AM | Show all posts
bila pembohong negara bercakap
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu ada akaun socmed pun..sah2 dik rizal yg tukang handle..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 08:54 AM | Show all posts
buruk nau tes nek mah ni...semlm tengok kt tv..ya ampoon..apa punya pesen nek mah oiii.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2016 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketika suaminya sangar rapat dengan facebook, twitter untuk menyebarkan perkembangan dirinya, aura orang lama masih kentak dalam diri DatinSeri ni untuk tidak involve dengan socmed.
Mungkin sebab ada RizalMansor yg sangat rapat dengan beliau, yg boleh mengupdate sesuatu isu terus kepada beliau.
Tapi sebagai pemimpin negara, DatinSeri perlu involve dengan socmed, sebab banyak pandangan rakyat terluah di sana. Walaupun banyak yg kasar, keras dan celupar, tapi disana ada kejujuran dan realiti masyarakat yang jarang DatinSeri temui kerana DatinSeri hidup dipagari dengan sempadan sendiri.
Kalau hati tisu sangat nk berhadapan socmed, berguru dengan AzwanAli atau RitaRudaini..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih ada macai peon percaya fitnah menabung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2016 09:09 AM | Show all posts
bik mama kat fb tu ada lagi ke?tak pasan.yg itu mmg lawak laa
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 09:10 AM | Show all posts
smsg yg antik....motip???
ko igt org pecaya
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 10:46 AM | Show all posts
Masih ade lg macai kuli yg percaya dgn kak mah ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 11:38 AM | Show all posts
Wasatiyyah bak kata shuben kak mah
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Alooooo baru nak follow.....  Sedih la cam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
syukur kak mah x minat teknologi..x dpt bayangkan kalo minat..mau tiap kali samsung launching gajet baru kak mah oder yg bertatah permata
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 11:49 AM | Show all posts
sian macai..

bangkem percaya 99% yang benci rosmah ni bermula kerana mereka terpedaya dengan fitnah

tengok tu, masih ada yang percaya fitnah menabung beli cincin
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 11:56 AM | Show all posts
cuba edit siket font tu kasi besar siket, sakit mata kite lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2016 11:59 AM | Show all posts
(Jika) ada apa-apa dengan saya, tanya secara berdepan. Cakap perkara yang betul, jangan cakap bohong," katanya.


camne nk jumpa kakmah depan depan ramai sgt bodyguard la
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 04:02 PM | Show all posts
patut die buat derk org ngate ngutuk die....

cmne nk ikuti perkembangan kak mah cmnih?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak menipu blh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 04:04 PM | Show all posts
deja vu ....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.420089 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list