September lalu, pelakon, Idris Khan dihimpit kontroversi gambar lucah yang mengaitkan namanya bersama pelakon wanita, Atikah Suhaime. Walau bagaimanapun, Kontroversi tidak menghalang dia daripada terus berkarya, malah kualiti lakonan disumbangkannya telah mengatasi kontroversi itu.
Menurut mStar Online, Idris Khan Abdul Ghaffar, 28, menegaskan bahawa prinsipnya untuk sentiasa memberikan yang terbaik ketika berlakon
Menurut mStar Online, Idris Khan Abdul Ghaffar, 28, terus disokong dan diberi peluang oleh pihak produksi dan stesen televisyen dek kerana prinsipnya untuk sentiasa memberikan lakonan terbaik.
"ada saya prinsip kerja memberi mutu lakonan terbaik pada setiap drama membuatkan mereka terus memberi peluang dan kepercayaan kepada saya.
"Saya percaya penonton juga sudah bijak dalam menilai kualiti lakonan daripada hanya mengambil tahu tentang kontroversi," ujarnya kepada mStar Online.
Sumber foto: IG Idris Khan
Dalam masa sama, Idris menjelaskan kontroversi berkenaan langsung tidak menjejaskan hubungannya dengan keluarga dan kekasih.
"Keluarga saya jenis yang tidak suka masuk campur urusan kerjaya. Sebelum memasuki dunia seni saya sedar bakal berhadapan dengan pelbagai kontroversi.
"Kekasih pula kenal saya ni orang macam mana dan tidak mudah percaya dengan perkara-perkara begitu," jelasnya.
Artis kalau tak dikaitkan dengan kontroversi, tak sah. Semoga Idris terus tenang menghadapi dugaan mendatang kelak dan terus berikan yang terbaik dalam industri hiburan. - CARI |