Pasti sedih jika kejadian ini berlaku kepada diri sendiri. Melihat kembali foto dan video yang merakamkan detik-detik terakhir anda bersama insan tersayang sebelum pemergian mereka.
Itulah yang terjadi kepada peminat dan beberapa orang ahli pasukan bola sepak Brazil, Chapecoense, yang terselamat dari nahas kapal terbang baru-baru ini.
Sumber foto: The Wall Street Journal
Sumber foto: Reuters
Sumber foto: BBC News
Pasukan bola sepak Chapecoense antara 77 penumpang berada dalam penerbangan sebelum terhempas kira-kira jam 10.15 pagi, 29 November lalu.
Menurut portal BBC, seramai 71 penumpang maut dalam nahas kapal terbang itu, manakala enam lagi terselamat.
Hanya tiga daripada yang terselamat itu merupakan ahli pasukan bola sepak berkenaan.
Ekoran kejadian itu, kejuaraan diserahkan kepada pasukan malang itu untuk memperingati mereka yang terkorban.
Salah seorang pemain pasukan itu, Filipe Machado, sempat memuat naik video di laman sosial Instagram dan Facebook sebelum pesawat berkenaan terhempas. Sejurus itu, laman Facebook Borneo mengambil kesempatan untuk turut berkongsi video itu dan ia mendapat lebih enam ribu perkongsian pada masa artikel ditulis.
Sumber video: FB Filipe Machado
Pilu hati menonton video yang memaparkan kemesraan mereka sebagai sebuah pasukan dan jelas terpancar kegembiraan di wajah masing-masing kerana berjaya berjaya cipta kejutan apabila melangkah ke final Copa Sudamericana.
Sayang sekali, mereka tidak sempat menghadirkan diri ke perlawanan itu, malah itulah detik terakhir mereka dalam hidup ini. Semoga keluarga dan sahabat mangsa tabah megharungi dugaan ini. - CARI |