Edited by Fienomenology at 30-12-2016 10:17 AM
Second Misadventure
Are you ready for Round 2?!
Memandangkan citer pertama aku (ejaan penuh atas teguran hakak idakamaruddin) agak tak beberapa umph!/kick, aku teruskan dengan pengalaman aku sendiri. Here we go!
Intro: Kisah member aku Rza berlaku a few years before aku menjejakkan kaki ke Lady Templar. Lepas dia cerita pengalaman dia tu, our boys (clique) including me, are excited to go there. First time aku ke sana sekadar “melawat” saja, lalu dengan kereta dan tengok keadaan sekeliling. Kali kedua, aku turun and masuk ke blok lama.“Lawatan lapang” kali ni ramai budak2 dari USJ 2 bergabung dengan USJ 6. Kami cuba cari rumah mayat yang Rza ceritakan, tak jumpa. Maka halfway kami patah balik,dan kebetulan ada a few girls dalam group tengah hadas besar! (tengs Bebe and Kunida)
Masa nak balik si Bebe ni bisik kat bf dia (member aku jugak) yang dia nampak cik Pon tengah bertenggek kat pokok besar di simpang jalan*. Oleh itu, kitaorang pun cepat2 keluar dari situ dan terus ke jalan besar.
*simpang ni adalah pertembungan jalan antara blok lama dan baru. siapa2 yang biasa ke sini tau la simpang yang mana satu. Simpang ni agak signifikan dalam cerita ni.aku dah gugel gambar simpang hospital ni mmg tak jumpa! Part 1: Kali ketiga(or keempat? aku tak ingat.lama sangat) aku ke sana beberapa bulan sebelum aku fly ke Aussie untuk sambung belajar. Pada satu malam (kebetulan Khamis malam Jumaat) yang membosankan, semasa kami tengah melepak, si Kecik bersuara ke Khamal; “eh,kita dah lama tak “melawat” hospital.jom malam ni kita gegar nak?”Khamal pun “ok gak dowh!”
Diaorang pun pandang ke arah aku sebab masa tu aku bawak kete Unser bapak aku.
“Fie,jom?”tanya Kecik.
“Aku on je!Saper lagi nak pegi ni?”tanya aku.
Satu meja pandang masing2.Semua setuju nak follow. Maka malam tu, kami berlapan(Aku,Gie,Kecik,Tham,Tazmie,Ad,Elal,Khamal) naik keta aku menuju ke Lady Templar.
Perjalanan macam biasa, riuh rendah dalam kete. Bahan membahan serta lawak bangang berpisah tiada dengan budak2 laki. Tiba di kawasan velodrome Cheras, gelak tawa kami semakin pudar. Kitaorang pun masuk ke jalan belakang BHP and drive ke arah Lady Templar. Kete aku pun mendekati simpang jalan dan terus ke depan bangunan lama. Kita orang berhenti depan bangunan lama dan usha2 dalam hospital dari dalam kereta. (aku pun tak tau kenapa kitaorang tak turun malam ni) Kitaorang decide nak patah balik ke simpang untuk tengok blok baru*
*Orang cakap kat blok baru ni pun sama angkernya dengan blok lama. Ada orang penah nampak cik pon kat salah satu tingkap blok baru ni.wallahualam.
Untuk ke blok baru tu aku kena buat U-turn, so aku buat la U-turn di hujung jalan blok lama (jalan ni jalan mati, so aku ke depan sikit supaya aku ada ruang untuk buat U-turn). Selepas U-turn,kami pun berhenti dekat area pokok di simpang jalan hospital ni. Time ni semua orang dalam kete senyap and tenung je ke arah blok baru. Tak tau apa yang kami pegun/kusyuk sangat dengan blok tu. Tiba2 bunyi pintu kete tertutup *gedebuk!* semua terkejut! Si Kecik dah gelak sakan!
“CibaiKecik!ko dah kenapa buat macam tu?!”tanya aku.
“Dah korangsemua senyap ak kasi la korang bersuara!kahkahkah!”
Hampeh punyaperangai!
“Wei,Gie hang amek la gambar pakai Samsung baru hang.”ujar Elal.
“Ah!buat pa!kang tak pasai2 keluaq gambar hantu!”balas Gie (Gie ni memang asal dari Penang)
Selepas seketika dan kebosanan, kitaorang decide ke Bukit Antarabangsa nak cari apartment yang orang kata angker sebab ada kes orang bunuh diri dan ke HighlandTower. Kami pun turun ke jalan besar and menuju ke arah Bukit Antarabangsa.Sampai di sana kami ke Highland Tower dulu, malangnya masa ni kawasan Highland Tower dah dipagar. So we decided to search for the haunted apartment. Dah pusing2 atas tu, kitaorang pun decided nak balik memandangkan malam pun makin larut. Masa turun dari Bukit Antarabangsa tu aku perasan budak2 ni senyap je kat belakang aku pun tegur Gie;
“Gie cuba hang jengok kat belakang tuh.senyap je depa.bantai tido ke apa?”
“Biasa la depa tuh.karkun!dah penat tido la apa lagi!apa punya turr!” jawab Gie.
“Hahahahaha!pungkoq hang!suka suki panggil orang karkun.” Aku berseloroh.
Tiba2 Khamal tanya; “Fie,lepas ni plan nak kemana?”
“BalikSubang la.apesal?”aku tanya balik.
“Kita pegi minum jap Fie.Lepak2 jap.haus la.” tambah Khamal.
Aku pun buat detour ke Taman Shamelin Perkasa untuk memenuhi hajat si Khamal. Time ni ramai je budak2 menganggur and buat keje part time.so masing2 tak kisah balik lambat.Kitaorang pun lepak kat warung tepi jalan, betul2 sebelah KYPM. Aku pun park la kete dan betul2 lepas ak tarik kunci kete, Ad dengan tiba2 turun dari kete macam orang gelabah dan tak betul.Aku budget dia nak terkucil sebab tak tahan sangat dan nak cari toilet. Si Tham pulak ikut belakang dia.
Aku tanya Tazmie; “Apahal tuh,Mie?”
Tazmie dengan selambanya jawab “Ada ‘benda’ ikut.”
“Fuck!Cibaila sial!apahal korang tak bagitau aku?!”carut aku.
“Tak nak ko gelabah la.Tuh pasal kitaorang diam” jawab Tazmie dengan tenang.
Aku nampak Tham tengah papah Ad balik ke warung. Budak2 lain dah duduk kat meja sambung. Masa kat warung kitaorang je customer awe tu. Lepas amek order,masing2senyap. Ad dah start meracau2.Tham dah baca2 dalam air penawar and siap sapu kemuka Ad. Aku dah cuak.Mampos kalo ‘benda’ ni tak bole halau balik. Ad makintenang.Tapi mulut dia berkumat kamit.Tiba2 dia naik hangin and jerit “Jangan kacau aku la!!” sambil baling wallet dia ke meja!aku makin cuak,budak2 semua senyap. Hanya Tham yang cuba tenangkan si Ad. Mulut Ad berkumat kamit. Tiba2 Ad bersuara “Gie mintak maaf. Fie mintak maaf.Khamal mintak maaf…dll. mintak maaf”. Ad sebut nama kami semua satu persatu!Dalam hati aku apa hal la plak si Ad ni petik nama kami. Keadaan Ad makin tenang dan kembali normal. Lepas minum Ad pun bersuara, “Dah settle. Jom kita balik.” Masa nak naik kete ak pun tanya; “Kita ad nak singgah mana2 tak?mana tau nak kot2 ada yang nak kena kita hantar balik.”
“tak payah.kita balik Subang” jawab Ad.
Aku pun terus drive balik ke Subang dan hantar ke rumah masing kecuali Tham. Sebabnya aku mintak Tham ikut aku balik ke rumah aku (walaupun aku duduk dengan family) sebab aku masih takut. (ye,aku ni penakut skit). Tham pun okay je nak lepak rumah aku malam tu. Maka aku pun sampai rumah pukul 4 am.
-To becontinued-
Part 2:
The next day, lepas solat Jumaat, aku pun pegi melepak ke kedai Ad.(Ad ni anak tokey kedai makan.Nasi Ambeng kedai bapak dia power beb!) Sampai je, aku dah nampak Ad tengah lepak dengan Jejep & Bebe* (diaorg ni couple) dan Kecik. Dari jauh si Bebe ni melambai2 kat aku macam excited giler.
*Bebe is one of my girl BBF. Dia jadi BFF aku sebab bf dia si Jejep(budak sekolah aku) ni menumpang kat umah aku masa dia keje kat Summit Hotel.So bila si Jejep ni keje shift pagi+petang aku la melayan Bebe ni.so dari situ la kami rapat and jadi BFF.
Sampai je kat meja Bebe bersuara “Ohmaigod Fie!I just heard what happened to you guys last night!Giler la!”
“Yeah.crazy right!I siap suruh Tham tido rumah I lagi okay!cuak punya pasal.”aku berseloroh.kami berdekah sampai satu kedai pandang kami.
“I tak bole imagine like how you stay cool bila ‘benda’ tuh atas kepala you.”
“Huh?apa you ckp ni?benda apa atas kepala I?”tanya aku.
“Laa….you tak tau ke?Ad tak cerita kat you ke?”tanya Bebe.
“Takda pun.apa cer?”jawab ak.Tak bole jadi ni! ak kena tau!
Lepas Ad melayan customer dan amek order lunch aku, aku panggil dia mintak dia explain. Ad pun buka cerita.
According to Ad,masa kitaorang dah keluar dari hospital tu benda tu dah start ikut kami. Si Kecik tambah, masa tuh dia perasan ada "benda" atas bumbung kereta and cuba masuk dalam. Dia cakap rupa "benda" tuh kuku dia panjang sangat and cuba korek tingkap nak masuk. Time tu pulak dia (Kecik) pandang belakang dan nampak jelmaan benda tu seekor burung yang amat besar datang kejar kete kitaorang.Aku terdiam. Muka aku berubah.
Ad sambung cerita balik. Masa dah masuk jalan besar tuh,dia nampak ada dua lembaga hitam kat tepi tingkap berdamping dengan kete! Ad pandang muka salah satu ‘benda’ tu.
Ad cakap “aku pandang muka dia hitam Fie! Kosong dan gelap!Ak terus tutup muka and pandang bawah!”
Aku sound setepek “cipet kera! Padan la korang semua senyap dalam kete! dah nampak "benda" tuh rupanya!”
Ad sambung lagi. Dia cakap benda tu ikut je kami dari hospital sampai ke Bukit Antarabangsa! Masa dekat Taman Shamelin tu, Ad cakap dia dengar bunyi kuat giler macam bunyi stampede (ala…bunyi sekumpulan haiwan i.e kerbau/lembu berlari) dekat main road (Jln Cheras). Tu yang dia berlari dari kete tu.Dia berlari ke main road nak tengok apa benda yang bising tu.
Ad pun berkata “Ko tau apa aku nampak?ko penah nampakkan Metrobus penuh time rush hour?Aku nampak tiga Metrobus yang penuh dengan hantu datang turun warung tuh serbu kita!”
“Fuck!*” jawab aku.
*okay by now korang dah perasan aku banyak mencarut.yes in real life ak memang kuat mencarut.deal with it.IDGAF.
“Masa kat warung tu ko bayangkan semua “benda2” tuh bertenggek kat pokok and bangunan sekeliling kita! Langsuir, pontianak semua ad! Atas kepala masing2 ada "benda" bertenggek! Atas kepala ko ada lembaga hitam besar and tinggi.ko punya paling besar sebab ko driver!”
Aku hanya mampu facepalm and dengar je apa Ad cerita.
Ad tambah lagi, masa kami duduk tu,datang seorang lelaki tua yang pakai serba putih datang duduk di hujung meja.Kira dia ni Penghulu la sebab nampak alim and warak. Kemudian, kiri kanan dia ada hulubalang dia. Sorang muka berdarah(kot) dan lagi satu muka dah potong setengah! Salah satu hulubalang tuh mula datang rapat ke Ad. Time tu la Si Ad menjerit “Jangan kacau aku la!!” sambil baling wallet dia ke meja!
Hulubalang 1 kembali ke sebelah Penghulu tu. Datang pula Hulubalang 2 ke arah Ad,lalu dia bisik; “Ko datang nak cari kami kan?sekarang kami dah ada depan muka ko!” Time ni aku dah seram giler dengar!
Penghulu tuh pun tanya si Ad “Kamu datang dari mana?”
“Kami dari Subang Jaya,tok.”jawab Ad.
“Tahu tak kamu dah melanggar* tempat kami?”tanya Penghulu tu.
“Ya tok”jawab Ad lagi.
*At this point,budak2 speculate masa aku reverse kete untuk buat U-turn,aku mungkin terlanggar “anak” salah satu makhluk tu.Diaorg perasan masa aku reverse tu,tiba2 reverse sensor aku terpadam.wallahulam.
Selepas berborak beberapa minit, Ad pun meminta maaf kepada Penghulu tersebut. Tuh yang tiba2 Ad sebut nama kami semua satu persatu! “Gie mintak maaf. Fie mintak maaf. Khamal mintak maaf…dll. mintak maaf”.
Setelah usai berbincang dengan Penghulu tuh,maka semua “benda” tuh kembali ke tempat asal mereka.
“Macam tuh la citernya”ujar Ad.
Aku tenung ke muka Ad. “Babi!Cibai!Apesal ko tak bagi ak tau semalam yang kita kena ‘follow!!” aku sound setepek sambil menguis2 nasi goreng ayam aku.
“Rilex la Fie.Nanti aku belanja covercharge nak masuk Nouvo okay.sayang ko!”
Maka malam Sabtu tu pun kami pegi clubbing dengan aku masuk free!yeaaahaaaa!*
*zaman jahilliyah.semua benda maksiat dan haram itu best.astaga!Alhamdulillah!aku dah lama insaf.
……………………………………………………………………………………………………………………….
Selang beberapa minggu selepas misadventure tu,aku cerita dengan Rza. Dia dumb-fucked bila aku cerita misadventure aku lagi hebat dari dia dan dia berdekah sampai keluar air mata sebab kami kena kejar dengan entity/spirit/hantu/benda tu!
Cipet ko Rza!
Morale of the story is: Jangan la kita cari pasal dengan ‘benda’ ni. Kalo kita mencari, memang nahas la jawapannya.
.Sekian.
|