CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1441|Reply: 4

Kompaun RM10,000 Jika Buang Sampah Secara Haram

[Copy link]
Post time 2-12-2016 06:04 PM | Show all posts |Read mode
Selepas ini, sesiapa yang membuang sampah secara haram di kawasan bekas Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Krubong, Melaka, akan dikenakan kompaun oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sehingga RM10,000.


Menurut mStar Online, Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Hussin menegaskan bahawa orang awam yang melakukan kesalahan itu akan didakwa mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).




Sumber foto: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam




"Sebelum ini, kawasan ini telah diakses sebagai kawasan 'tutup selamat', namun kita dapati sehingga kini terdapat sesetengah kontraktor yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di lokasi tersebut. Kita juga menerima laporan bahawa kawasan ini juga turut dijadikan sarang penagih dadah.

"Justeru, kita akan mengambil langkah proaktif dengan terus memantau dan melakukan pengawasan secara berkala bagi mengelakkan kejadian seumpama ini tidak berulang," katanya kepada pemberita.


MBMB bertindak menutup laluan ke kawasan bekas Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Krubong dan memasang pagar penghalang di laluan masuk bagi mengatasi masalah pembuangan sampah secara haram selepas penutupannya tahun lepas.


Kawasan berkenaan akan dibangunkan sebagai pusat rekreasi bagi mengelak orang awam membuang sampah di kawasan itu. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2016 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Spulo ribu sikit sangat. Sejuta je teros. Biar monyet2 ni paham bahasa sket.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
"Kalau tak capai target, kami tak boleh balik!"
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 07:16 PM | Show all posts
sampah oh sampah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2016 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit naw lerr. 100k ler baru diorang campak suma sampah diorang terus dalam laut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.068191 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list