Sumber Foto: Malay Mail Online
Menurut penyanyi hebat ini, publisiti terhadap "artis media sosial" tidak wajar kerana mereka belum terbukti mempunyai hasil kerjaya seni.
“Kita perlu didik masyarakat, wartawan perlu tapis. Sekarang, semua pun artis [ada pengikut ramai di media sosial]. Artis adalah orang berseni. [Pengikut ramai] itu popular. Beza jadi popular atau jadi karyawan," katanya kepada Malay Mail Online.
Dia juga berpendapat yang seseorang artis itu perlulah betul-betul layak dan berbakat jika namanya hendak ditulis di dalam surat khabar.
Sumber Foto: Aaron Chin Photography
"Zaman dulu seronok dan penulis menulis berita tentang kami [penggiat seni] bukan kerana kami tidak popular.Dahulu hendak masuk majalah memang susah, kamu kena capai sesuatu dan itu membuatkan kamu dipandang. Masa itu gembiranya Tuhan saja yang tahu [bila] masuk surat khabar. Sekarang ini sudah macam tiada masalah," luahnya lagi.
Batul juga apa yang dikatakan Datuk Shila tu, Bagaimana pendapat anda di luar sana? -CARI |