CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2582|Reply: 5

Mengapa Membazir? Gunakan 5 'Makeup Remover' Semula Jadi Ini Untuk Kecantikan As

[Copy link]
Post time 5-12-2016 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Ingin kelihatan cantik dan melindungi wajah dari kesan cela merupakan faktor utama penggunaan alat solek bagi kebanyakan kaum hawa.


Walau bagaimanapun, penggunaan penanggal mekap yang tidak betul selepas menggunakan produk kecantikan akan mendedahkan anda kepada masalah kulit seperti jeragat dan jerawat.


Amalkan lima kaedah penggunaan bahan semula jadi yang mudah dan pantas selain menjimatkan ini bagi menanggalkan mekap. Selain itu, anda juga boleh memanjakan kulit wajah dalam masa sama. Bagus, bukan?

1. Susu
Bagi mekap yang susah ditanggalkan, gunakan sedikit susu atau minyak zaitun. Oleskan ke seluruh wajah dan lap dengan tuala muka atau kapas muka.


Manakala, bagi menanggalkan mekap mata, celupkan kapas muka ke dalam susu dan lap muka dengannya.




2. Baking Soda dan Madu





Bahan ini sangat mujarab bagi menanggalkan segala jenis mekap.


Letak sedikit madu organik ke atas kain bersih dan renjiskan sedikit baking soda. Kemudian, bersihkan wajah anda menggunakan bahan tadi dengan lembut dan bilas dengan air bersih.



3. Minyak Kelapa
Minyak kelapa tinggi kandungan lemak tepu yang baik untuk melembapkan kulit. Selain boleh dijadikan pelembap, minyak kelapa juga berkesan bagi menanggalkan mekap.


Sapukan minyak kelapa pada kapas dan urutkan keseluruh permukaan wajah dan bilas dengan air.



4. Jus Timun





Timun baik untuk melegakan radang kulit atau mengurangkan pertumbuhan jerawat.


Kisar sebiji timun untuk dijadikan jus pembersih wajah. Tambah sedikit minyak zaitun atau minyak badam. Rasakanlah kelegaannya menggunakan jus timun ini ketika membersihkan wajah.



5. Wapkan wajah


Sumber foto: Carian Internet



Penuhkan sinki atau mangkuk besar dengan air panas (bukan air didih, ya), dan tadahkan muka anda bagi terkena wap selama beberapa minit.


Kaedah ini akan membuka ruang-ruang pori bagi menghilangkan minyak dan kotoran di wajah.


Pastikan anda mencuci muka selepas itu dan bilas dengan air sejuk untuk menutup kembali liang pori tersebut.




Mengapa perlu beli bahan penanggal mekap jika bahan mekap sahaja sudah mahal? Gunakanlah bahan semula jadi seperti ditunjukkan tadi. Bukan sahaja menjimatkan, malah muka akan terasa lebih segar dengan penggunaan bahan semula jadi tanpa bahan pengawet. Selamat mencuba! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2016 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Guna timun tu medti best
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 01:00 PM | Show all posts
suka pakai olive oil.. sapu satu muka, urut2 skejap pastu lap dgn tisu. memang kluar segala kekotoran. wat 2 kali diikuti dgn pencuci muka. tips lain2 xpernah try lg.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
wap muka tu slalu buat time muda remaja dulu2... memang best dn muka rasa segar
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2017 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik keje pun dah lewat.. Mana2 yg senang jelah pastu nak pengsan dah menanti hari esok demi sesuap nasi huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2017 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua.diatas.kecuali.baking.soda.xsesuai.kulit.sensitive
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.247192 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list