CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2716|Reply: 7

9 Kegunaan Aspirin Selain Melegakan Kesakitan Yang Anda Mungkin Tak Tahu

[Copy link]
Post time 5-12-2016 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Pernahkah anda terfikir bahawa aspirin mempunyai pelbagai fungsi lain selain daripada melegakan kesakitan dan mengurangkan suhu badan?








Jika tidak, anda pasti terkejut dengan pelbagai kegunaan aspirin yang tidak semua orang tahu. Menurut portal Bright Side, terdapat 9 perkara hebat yang aspirin boleh lakukan untuk anda.




1. Membantu mengurangkan jerawat.





Aspirin membantu mengurangkan jerawat kerana mengandungi bahan-bahan anti-radang. Hancurkan dua atau tiga tablet aspirin dan campurkannya dengan jus lemon. Sapukan campuran pada jerawat dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas.




2. Melegakan gigitan serangga
Aspirin juga boleh membantu mengurangkan bengkak dan melegakan gatal-gatal disebabkan gigitan nyamuk.  Basahkan sebiji tablet aspirin ke dalam satu sudu air dan oleskannya ke kawasan yang terjejas untuk beberapa minit.




3. Kecantikan kulit wajah
Aspirin mengandungi bahan larut lemak yang terkandung di dalam krim pencerah wajah dan pembersih muka.  Campurkan tujuh tablet aspirin dengan tiga sudu besar yogurt dan satu sudu madu. Sapukan pada wajah yang sudah dibersihkan terlebih dahulu dan biarkan selama 15 minit.


Rawatan muka ini akan menjadikan kulit anda berseri dan licin selain mencegah liang roma daripada tersumbat.



4. Menghapuskan kelemumur





Untuk menghilangkan kelemumur yang menyebabkan kegatalan pada kulit kepala, basuh rambut anda dengan mencampurkan dua tablet aspirin yang sudah dihancurkan ke dalam shampu anda.




5. Merawat kulit berminyak
Selain mengurangkan kulit berminyak, aspirin juga boleh digunakan untuk mengurangkan saiz liang pori. Campurkan sebiji kapsul aspirin dengan air dan dibiarkan beberapa minit. Jika kulit anda sensitif, oleskan pada wajah dengan berhati-hati untuk mengelak radang kulit.




6. Melembutkan tapak kaki





Ambil tujuh biji kapsul aspirin dan keluarkan serbuknya. Kemudian, tambah setengah sudu besar jus lemon sehingga menjadi pes. Sapukan campuran pada tapak kaki dan lindungi kaki dengan tuala hangat. Biarkan selama 10 minit dan kupas bahagian keras tadi menggunakan batu apung.




7. Merawat rambut rosak
Untuk rambut sihat dan bersinar, larutkan sebiji kapsul aspirin ke dalam segelas air suam dan sapukannya pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.



8. Menghilangkan kesan ketibas pada baju




Sapukan larutan aspirin ke kawasan terjejas dan biarkan semalaman. Basuh baju tersebut seperti biasa dan nikmatilah hasilnya!


9. Tambah jangka hayat bunga


Sumber foto: Carian Internet



Masukkan sebiji tablet aspirin ke dalam air. Tip ini amat berguna untuk bunga ros kekal segar dalam tempoh lebih lama.




Walau bagaimanapun, anda harus dapatkan khidmat nasihat daripada pakar sebelum mencuba tip di atas. Manalah tahu mungkin kulit anda terlebih sensitif daripada orang lain. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2016 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang No 2&9,penah buat...hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2016 10:33 PM | Show all posts
Apa nama lain bg aspirin? cuma ingat ada jenama Cortal kt tv dulu, berpuluh2 tahun lepas. Formula dulu2 boleh effect pd usus ke?


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Panadol kan ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 10:09 AM | Show all posts
bunga pun bole pakai panadol
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2016 10:15 AM | Show all posts
yang tepek di jerawat pernah juga buat zaman muka pecah rumah dulu..oklah especially lepas picit2 dia jd kurang bengkak dan merah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2016 06:38 PM | Show all posts
no8 tu slalu berlaku..nak try la nnt
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 5-12-2016 10:33 PM
Apa nama lain bg aspirin? cuma ingat ada jenama Cortal kt tv dulu, berpuluh2 tahun lepas. Formula du ...

Dulu masa iols kekecik kalo demam mesti mak iols bg ubat kotal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054481 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list