Wah! Percaya atau tidak, orang Perancis ini mendendangkan sebuah lagu Melayu dengan baik sekali! Malah ada juga netizen yang mengakui vokal dan lenggok bahasanya lebih baik daripada penyanyi asal lagu itu sendiri. Wow!
Lebih seminggu lalu, sebuah band baru, Alam Maya, yang dianggotai vokalis dari Perancis itu memuat naik video lagu berkenaan di laman sosial Facebook rasmi kumpulan itu.
Vokalis, Phil Becket, menyanyikan semula lagu yang dipopularkan Tajul Arif, berjudul Sedalam Dalam Rindu. Kumpulan itu turut dianggotai tiga lagi ahli iaitu Zai Hamzah (Guitar), Muhammad Azim Faizal (Cajun) and Mohd Syukri Hassan (Bass).
Video itu bukan sahaja mendapat lebih 1000 perkongsian dan 'likes' pada masa artikel ini ditulis, malah ia turut menjadi viral di media sosial.
Rata-rata netizen yang menonton video itu menyukai cara lagu itu dibawa dan berharap agar kumpulan itu akan teruskan usaha supaya menjadi lebih berjaya lagi.
Sumber foto: FB Alam Maya
Moga-moga suatu hari nanti nama mereka mekar sebaris dengan pemuzik tanah air lain yang sudah berjaya menempa nama dalam industri muzik. Apatah lagi kumpulan mereka yang dianggotai warga Perancis fasih berbahasa Melayu. Sangat unik! - CARI |