Sumber Foto: www.dailymail.co.uk
Sistem komputer rasis? Aduh, malang sungguh bagi seorang lelaki Asia yang dikenali sebagai Richard Lee apabila foto passportnya telah ditolak oleh laman web kerajaan New Zealand kerana perisian pengecaman wajah itu mengatakan matanya 'tertutup'.
Sistem automatik itu memaklumkan kepada Richard perkara tersebut walaupun sebenarnya dalam gambar itu dia membuka mata, cuma keadaan matanya memang sepet semulajadi.
Sumber Foto: www.dailymail.co.uk
Lebih melucukan sistem tersebut memberi mesej berbunyi, "Gambar yang dimuat naik tidak memenuhi kriteria kerana subjek menutup mata."
Manakala seorang jurucakap pula memberitahu yang keadaan wajahnya yang mempunyai cahaya tidak sekata juga menyebabkan fotonya ditolak.
Disebabkan itu, Richard terpaksa mengambil beberapa foto lain di Australian Post sebelum ianya diterima dan membolehkannya memperbaharui passport.
Namun, disebabkan insiden ini, rakan-rakannya mengambil kesempatan mengedit dan memuat naik gambar Richard dengan 'mata besar' di Facebook.
Sumber Foto: www.dailymail.co.uk
Pengguna media sosial kebanyakannya menyelar sistem itu dengan menyifatkannya sebagai rasis. Ada juga yang menganggap insiden ini adalah sesuatu yang melucukan dan banyak lagi pendapat lain.
Sumber Foto: Facebook
Macam-macam pula yang jadi dalam dunia sekarang. Sampai mesin dan sistem pun dikatakan rasis.
Ada sesiapa di luar sana pernah mengalami kejadian yang sama macam ini ke? -CARI
Sumber Foto: www.dailymail.co.uk
|