View: 1509|Reply: 6
|
MB Selangor Umum Maklumat Terperinci 'Kad Peduli Sihat'
[Copy link]
|
|
Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali hari ini menerusi laman Facebook (FB) rasminya mengumumkan maklumat terperinci kad medikal atau perubatan yang dinamakan 'Kad Peduli Sihat Selangor'.
Pendaftaran kad berkenaan terbuka kepada semua rakyat Selangor yang berkelayakkan, subsidi perubatan bernilai RM500 setahun.
Tiga syarat utama yang wajib dipenuhi bagi mereka yang ingin memohon kad tersebut, antaranya :
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.
Borang boleh isi secara dalam talian atau dapatkan di pejabat ADUN berdekatan.
Kad Peduli Sihat Selangor dibahagikan kepada kategori keluarga dan kategori individu, maklumat lanjutnya seperti berikut:
KATEGORI A ( Keluarga )
- Untuk suami dan/ atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan.
- Pendapatan isi rumah : RM3,000.00 sebulan dan ke bawah
Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 500.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang akaun utama)
KATEGORI B: ( Individu )
- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
- Pendapatan individu : RM1,500.00 sebulan dan ke bawah.
Kelebihannya:
- akan mendapat isi kad bernilai RM 200.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang akaun utama)
Pertanyaan lanjut layari https://pedulisihat.com/ atau hubungi: 03-20893911.
sumber foto: FB Azmin Ali |
|
|
|
|
|
|
|
Baguihnya....bertuah selangorean sbb your state govt really taking care of you |
|
|
|
|
|
|
|
selalu golongan middle income dilupakan.. sedih betul |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla ada benda2 mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
same mcm middle child...yg slalu dpt extra attention anak bongsu & sulong
yg tgh diabaikan..uhuhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya... sb tak layak. iskiskisk |
|
|
|
|
|
|
| |
|