|
|
Bukannya menimang cucu, vokalis kumpulan The Rolling Stones, Mick Jagger yang sudah berusia 73 tahun malah menyambut kelahiran anaknya yang kelapan pada 8 Disember lalu. Wah, hebat!
Menurut portal Mail Online, kekasih Mick, Melanie Hamrick, 29, yang juga penari balet selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat di sebuah hospital di New York, Khamis lalu.
 Sumber foto: Mail Online
"Mick berada disamping Melanie ketika dia melahirkan bayi berkenaan dan berharap peminat mendoakan kesejahteraan ibu dan anak itu," kata jurucakap penyanyi itu.
Bercerita mengenai hubungan mereka, Mick dan Melanie mula bercinta dua tahun lalu, namun pasangan berkenaan sangat berahsia mengenai hubungan percintaan mereka.
Selain bayi yang baru lahir itu, Mick mempunyai tujuh lagi anak iaitu empat perempuan dan tiga anak lelaki yang berusia di antara 18 hingga 47 tahun hasil hubungannya dengan empat wanita lain.
Malahan, penyanyi itu juga sudah memilliki lima orang cucu.
Hebat betul penyanyi itu ya. Walaupun sudah berumur, dia masih lagi kuat untuk mendapatkan seorang lagi bayi di usianya yang lanjut itu. Semoga anak Mick membesar dengan baik. - CARI |
|