Gara-gara murung kerana hasrat untuk memiliki anak lelaki tidak kesampaian, seorang ibu berusia 31 tahun didakwa membunuh empat anaknya sebaik sahaja dia melahirkan anak kelima, lapor media Cina.
Sumber foto: South China Morning Post
Menurut South China Morniing Post, wanita yang hanya dikenali dengan nama keluarga Zhou dilaporkan menikam lima anak perempuannya kediaman mereka di Zhanjiang, selatan wilayah Guangdong, Jumaat lalu.
Zhou yang baru melahirkan anak kelima bulan lalu ditahan selepas penduduk kampung menghubungi pihak polis.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun Weibo polis Zhanjiang, kesemua anaknya yang berumur di bawah lapan tahun dikejarkan ke hospital, tetapi malangnya empat daripada mereka meninggal dunia.
Menurut laporan, Zhou mengakui dia menikam anak-anaknya menggunakan pisau dapur kerana kecewa dan murung selepas melahirkan anak kelima bulan lepas.
Suaminya berkata, selama bertahun-tahun mereka telah berdoa untuk mendapat anak lelaki, namun Zhou tetap melahirkan anak perempuan.
Siasatan polis masih dijalankan. - CARI |