Tak cukup dengan dinding di mana-mana bangunan, papan tanda lalu lintas pun mereka 'balun'. Semakin menjadi-jadi masalah menampal pelekat pinjaman Ah Long apabila mereka dengan sesuka hati menampal nombor 'perkhidmatan' mereka di mana-mana sahaja.
Penang Kini hari ini memuat naik sebuah foto pelekat Ah Long yang ditampal di papan tanda lalu lintas berhampiran pusat konvensyen dan pameran antarabangsa bawah tanah (SPICE).
Tidakkah terlintas di fikiran mereka bahawa tindakan mereka itu menjejaskan trafik dan pengguna jalan raya selain 'menyakitkan pemandangan'? Atau dalam kepala mereka hanya terfikirkan keuntungan yang bakal dikaut?
Perkongsian foto itu mendapat perhatian netizen yang kebanyakannya hairan kerana masalah ini masih belum diselesaikan.
Ada netizen yang hairan mengapa pihak berkuasa masih belum mengambil tindakan sedangkan no telefon sudah terang-terang tertera pada pelekat berkenaan.
Malah, perbuatan menampal pelekat ini menimbulkan persoalan jika ada rakyat yang kurang kemampuan dan mengharapkan 'khidmat' Ah Long.
Semoga dengan perkongsian ini, pihak berkuasa akan segera mengambil tindakan sepatutnya manakala rakyat pula diharap agar tidak membuat keputusan 'bodoh' dengan mengambil keputusan membuat pinjaman dengan Ah Long. - CARI |