CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14105|Reply: 147

[Jenayah] Tentera Bashar Sembelih Wanita Dan Kanak-Kanak Setiap Jam, Import ribuan militan

[Copy link]
Post time 15-12-2016 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by jiwarasa at 16-12-2016 02:30 PM



LEPPO - SYRIA: Aktivis kemanusiaan yang berada di Aleppo dalam satu laporan merayu supaya memberi bantuan kepada rakyat Syaria di mana beliau memaklumkan askar rejim Bashar al-Assad mula membunuh mereka yang dituduh mempunyai kaitan dengan Free Syrian Army.


Memetik laporan
CNN
, mereka yang dibunuh termasuklah kanak-kanak dan wanita, kata aktivis Mohammad Basbous di Aleppo Media Center semalam.

"Setiap jam, hukuman bunuh dijalankan,"
kata Syrian Observatory for Human Rights pula.


Aktiviti pembunuhan itu muncul semula selepas tentera rejim dan Rusia berjaya menawan kembali Aleppo dari tangan pemberontak dan pejuang Sunni.


"Ramai orang dibunuh terutamanya mereka yang masih muda,"
kata Pengarah Hospital Union of Medical Care and Relief, Ahmad Dbais.














Laporan juga menyebut, kerajaan telah memecah masuk rumah penduduk san menghalau mereka keluar menyebakan ramai yang kehilangan tempat tinggal.


Ketika ini, kumpulan aktivis dan Pertahanan Awam Syria, White Helmets merayu bantuan antarabangsa untuk keselamatan sukarelawan dan lebih 100,000 orang awam.

"Mayat bergelimpangan memenuhi jalan,"
kata White Helmets dalam satu kenyataan.


Sementara itu, beberapa video 'Goodbye messages from Aleppo' telah dimuatnaik oleh penduduk Aleppo di mana ada yang menyatakan mereka telah hampir dengan tentera Bashar dan kemungkinan ini adalah video terakhir mereka sebelum mati.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2016 01:26 PM | Show all posts
aduh...makin tenat dunia skang nie...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 01:32 PM | Show all posts
gaara_X replied at 15-12-2016 01:26 PM
aduh...makin tenat dunia skang nie...

tapi berita ni xbanyak keluar dekat facebook..apakah umat islam xberapa kisah jika islam dibunuh oleh islam??kisah rohigya yang tah betul tah tidak tu aritu banyak betul keluar..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah kann...media barat dah kecoh dr semalam..belah sini cuma krikk krikk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2016 01:39 PM | Show all posts
ResellerMaxis replied at 15-12-2016 01:32 PM
tapi berita ni xbanyak keluar dekat facebook..apakah umat islam xberapa kisah jika islam dibunuh o ...


sepatutnya tv dulu kena siarkan. takut kat siapa sampai tak berani nak siar..
harap2 krew majalah 3 sudi buat liputan kat syria. ramai nak tahu apa jadi sana

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 01:43 PM | Show all posts
hmmm. kejam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2016 01:44 PM | Show all posts
jiwarasa replied at 15-12-2016 01:39 PM
sepatutnya tv dulu kena siarkan. takut kat siapa sampai tak berani nak siar..
harap2 krew maja ...

karang krew tv3 lak kena..


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasar pussy syrian alawites.  Tanpa askar rusia mereka yang kena sembelih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2016 01:52 PM | Show all posts
Syiah mmg gampang
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bijan.. oh Bijan.. ko ada kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 01:58 PM | Show all posts
Pemuda PAS mahu TGHH jadi orang tengah conflict di Syria

Pemuda PAS hari ini berkata kedudukan presiden mereka dalam Kesatuan Ulama Dunia boleh digunakan bagi menjadi orang tengah dan merundingkan penyelesaian konflik perang berpanjangan di Syria.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul hadi berkata, mereka memang memandang serius dan penuh prihatian terhadap perkembangan sedang berlaku di Aleppo.

Katanya, di wilayah Aleppo pertempuran sengit antara tentera rejim kerajaan Presiden Bashar al-Assad yang disokong Russia dan Iran dan pemberontak baru saja berakhir.

Justeru kata Muhammad Khalil semua pihak yang terlibat perlu untuk tidak bertindak memburukkan lagi keadaan.

Pada masa sama, Pemuda PAS berasakan kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai naib presiden Kesatuan Ulama Sedunia boleh dimanfaatkan bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik berkenaan.

"Dalam usaha mencari penyelesaian, PAS bersedia membantu menjadi orang tengah melalui kedudukan presiden PAS sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia untuk membuka ruang kepada kerajaan Malaysia berunding dengan negara Islam lain bagi menyelesaikan isu Syria," katanya melalui kenyataan hari ini.

Aleppo adalah kubu utama kumpulan penentang Bashar yang bermula seawal Julai 2012 dan terlepas daripada kawalan Damsyik tidak lama kemudian.

Bagaimanapun tentera kerajaan terus melancarkan serangan sistematik sehingga akhirnya berjaya mengusir pemberontak dari bandar Aleppo baru-baru ini.

Berpunca dari Arab Spring

Kedatangan semula tentera kerajaan dilaporkan mencetus konflik kemanusiaan dan mengorbankan ramai orang awam.

Muhammad Khalil berkata Pemuda PAS menggesa semua pihak tidak memburukkan lagi keadaan dan mengambil segala langkah perlu bagi membolehkan bantuan kemanusiaan sampai kepada semua mangsa di Aleppo.

"Pemerintah pimpinan Presiden Bashar al-Assad wajib bertanggungjawab ke atas tindakan yang membawa kepada bencana kemanusiaan kini.

"Pemuda PAS menggesa proses politik dalaman yang demokratik dilaksanakan selepas keadaan kembali reda," katanya.

Kata Muhammad Khalil, apa yang berlaku di Aleppo adalah kesan daripada pakatan negara Arab dan Barat untuk menjatuhkan kerajaan yang sah melalui senjata.

Menurutnya, natijah buruk telah terzahir sejak lebih lima tahun lalu.

"PAS konsisten dengan sikap menolak kezaliman pemerintah, tetapi pada masa sama menolak campur tangan asing yang matlamatnya bertentangan dengan keperluan rakyat dan kepentingan umat Islam.

"Pemuda PAS menyeru negara Islam mengetepikan perbezaan politik dan mazhab untuk membantu memulihkan keadaan dan mencari penyelesaian akhir kepada konflik di Syria melalui jalan aman dan diplomasi," katanya.

Beliau yang anak Abdul Hadi berkata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) wajar mengambil tanggungjawab membantu, menggunakan kuasa dan pengaruh demi kebaikan rakyat Syria.

"Kepentingan orang ramai dan umat Islam hendaklah menjadi keutamaan dalam menangani kes Syria, dan juga krisis dan konflik di seluruh dunia Arab yang berpunca daripada Arab Spring," katanya.


Lain betul nada nya kan..xder pun suruh putuskan hubungan, ajak rakyat berdemo, bersolidariti bersama najib dan lain-lain..

@Modngengade sila komen tentang perangai orang bukan kafir laknatullah ni..

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.. Mampu doakan untuk keselamatan mereka saja..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sahabat2x, mohon doakan saudara2x kita disana jua diseluruh dunia yg sedang dianiaya oleh mereka2x yg x berperikemanusian..
Sebak tak tertahan melihat anak2x kecil terutamanya..syurgalah tempat terbaik bwt mereka yg diuji..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
FUCK WAR!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
yg menyembelih tu sembelih manusia ibarat dia bunuh nyamuk ke?bangsa arab dr zaman nabi sampai zaman millenium mmg x jauh dr kisah berperang..hati umpama shaitan xda perikemanusiaan..bangsa paling bongkak..vodoh semoga mereput d neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 15-12-2016 01:32 PM
tapi berita ni xbanyak keluar dekat facebook..apakah umat islam xberapa kisah jika islam dibunuh o ...

Bukan x kisah tapi x tahu nk buat dan kata apa dah dgn manusia2 yang tak.abis2 bergaduh dan berperang sesama sendiri satu negara. X reti kah mereka mereka ni hidup aman damai dan bersatu padu dengan kenikmatan sumber dunia yang tuhan kurniakan?.bukan jenis x de agama pun mereka ni. Malaysia yang berperang dgn Jepun ..China .portugis. .belanda yang dari lain2 negara pun dah lama merdeka dan tamat persengketaan dan hidup aman dan menikmati kehidupan. Tapi mereka?  Satu negara dan sesama bangsa   ..muka pun x de beza.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2016 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya bangsa ni dari lahir sampai tua berperang
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 02:23 PM | Show all posts
Propa Bana.....  
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 02:27 PM | Show all posts
Edited by AbukRokok at 15-12-2016 02:28 PM

Selamat tinggal dunia...... kami dah nampak bom sedang landing kejap lagi

selamat tinggal dunia...... kami dah nampak gas beracun akan menimpa kejap lagi





http://www.liveleak.com/view?i=010_1468932915

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 02:29 PM | Show all posts
pengganas Nourideen Al Zinki  sembelih kanak kanak

http://www.liveleak.com/view?i=010_1468932915  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.088427 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list